Thursday, May 31, 2018

Dr Mahathir kena jelaskan maksud pergerakan Anwar

GEJOLAK JIWA

Erat dan kekalkan persalaman ini selamanya.
DALAM seronok merayakan kemenangan Pakatan Harapan menerajui Malaysia, dan seronok campur was-was melihat susunan kabinet PH Dr Mahathir Mohamad, orang ramai terus dilanda dengan pelbagai persoalan.

Ada persoalan berat ada persoalan bersifat lelucon yang mudah sahaja berlalu di angin lalu.

Yang lelucon seperti pelantikan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan kurang sesuai, perkara itu mudah diatasinya.

Umno masih "kemamaian", Najib berhentilah bercakap

PENDAPAT

Annuar Musa boleh dilantik jadi
Ketua Pembangkang.
SELEPAS mengalami kekalahan sehingga hilangnya kerajaan berusia 61 tahun, Umno masih buntu mencari jalan untuk bangkit kembali. Rasa terkejut menjadikan para pemimpin Umno seperti hilang akal bagaimana hendak menggerakkan semula parti itu. Masih "kemamaian".

Keadaan yang berlaku dalam Umno kini sudah dijangka, tetapi kesannya tidaklah seperti hari ini. Hilang hampir semua negeri diperintahnya sejak berdekad tewas kecuali Pahang dan Perlis.

Setelah tiga minggu, Umno masih berkabung, belum ada apa-apa majlis bersifat rakyat diadakan oleh untuk menyuntik semangat kalangan ahli parti itu. Pemimpin masing-masing seakan masih mengosok-gosok kesakitan dialaminya. Ada juga yang tersipu-sipu malu dengan kekalahan masih belum keluar rumah.

Wednesday, May 30, 2018

Selepas 100 hari saya akan melukis bayangan masa depan PH

TERASA dan teringin benar untuk memberi gambaran awal mengenai perjalanan kerajaan Pakatan Harapan ini. Bayangan masa akan datang sudah ada yang tersilau masuk ke dalam mata dan kepala. Kadang kadang ia terbawa-bawa masuk ke dalam tidur pula.

Bayangan atau silauan itu ada kalanya tajam menikam, ada kalanya ia sebam sahaja. Ada suara dan cakap-cakap di kuping telinga yang perlu dihindarkan dahulu.

Nawaitu itu biarlah, ditangguhkan dahulu. Sekurang-kurangya selepas 100 hari, di mana tempoh itu dianggap tempoh berpantang dalam budaya kuno Melayu, tidak baik kalau diperapa-apakan. Sebaik-baiknya juga sebelum sampai ke tempoh itu semua pihak dalam PH mengejapkan saf dan menyempitkan jurang perbezaan.

Insya-Allah selepas tempoh itu saya akan cuba melukiskan bayangan terhadap kerajaan PH yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail kini dan membuat spekulasi berdasarkan maklumat yang ada dan berpandukan kepada makrifat pengalaman lalu.  [wm.kl.5:38 pm 30/05/18]

Halangan terhadap Husam dan Wan Rahim atas arahan Istana

SUSUPAN SUBUH

Tindakan kerajaan Kelantan menghalang dua pemimpin PH Kelantan Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki premis kerajaan Kelantan dan semua istana di negeri itu yang menimbulkan kejutan dan persoalan sudah terjawab semalam apabila Setiausaha Kerajaan Kelantan memaklumkan tindakan itu atas arahan pihak Istana Kelantan.

Tindakan atau haangan itu adalah sebahagian daripada tindakan ke atas beberapa individu sebelum ini termasuk juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Penjelasan itu dikira muktamad dan semua pihak kena akur atas prinsip menghormati institusi raja dan menyedari tindakan itu tidak pun menjejaskan mana-mana pihak.  

Marilah kita semua bangkit untuk membangun sambil itu kita berdoa apa yang berlaku semoga mendapat rahmat Allah di sebaliknya. Kita semua kena yakin yang benar itu tetap benar yang salah itu tetap salah. Titik. [wm.kl.6:01 30/05/18]

Tuesday, May 29, 2018

Halang Husam dan Wan Rahim tindakan kebudak budakan

PANDANGAN

SEMALAM telah tular satu surat arahan (Pekeliling) daripada Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK), SUK D200(01)15/1/1 Jld 3(35) bertarikh 1 Ramadhan 1439 bersamaan 27 Mei 2018 yang memberi maklum agar tidak membenarkan dua rakyat Kelantan bernama Husam bin Musa dan Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah daripada memasuki premis kerajaan Kelantan dan juga istana di negeri itu.

Berbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berhubung dengan arahan tersebut. Kerana surat itu dikeluar dan ditanda tangani oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan, maka ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Bermakna surat itu atas arahan kerajaan negeri dimana Menteri Besar sebagai ketua eksekutifnya bertanggungjawab sepenuhnya di dunia dan di akhirat.

Monday, May 28, 2018

Jumpa Hishamuddin sebelum menang

MUSAFIR PIRAUM (2)

Bersama Hishamuddin Rais.
RAMAI orang seronok dan bergembira dengan kejatuhan Najib Razak dan tumbangnya Umno. Ada yang menyembunyikan keseronokan itu atau merainya dengan anak isteri dan keluarga sahaja. Ada yang tidak dapat melindunginya dan diwara-warakan sebagai menunjukkan mereka berpuas hati kerana impian mereka selama ini berjaya.


Macam-macam pula gaya orang menzahirkan keseronokan itu. Ada yang mengolengkan (membotakkan) kepala, ada yang membelanja kawan makan, ada yang bersujud syukur dan macam-macam lagi. Bagaimana pun tidak ada yang merai kejayaan itu dengan membayar hutang lapok. Kalau yang bayar hutang lapok suka lebihlah saya...

Semua menteri kena bergerak ke hadapan segera

SUSUPAN PETANG

TAMPAK semua menteri menumpukan kepada usaha untuk membersihkan daki dan kotoran kementerian masing-masing yang ditinggalkan menteri sebelum ini. Tidak dinafikan menteri sebelum ini banyak meninggalkan sampah hatta najis dalam rumah kementerian masing-masing. Ditinggal dan membusuk.

Ia memang perlu dibersihkan untuk mewujudkan suasana kondusif dalam sesebuah kementerian, menyenangkan menteri merancang agenda untuk pembangunan negara. Memulakan sesuatu yang baharu serta menyambung mana-mana tersisa baik. Polisi atau pun perancangan sebelum ini yang baik hendaklah diteruskan. Jangan tinggal dan ubah semua.

Rumah atau kementerian paling teruk dan busuk ialah Kementerian Kewangan. Kita mengikut pendedahan dibuat oleh Lim Guang Eng. Kerja Guan Eng sehari dua ini membuang kotoran ditinggalkan Najib. Dapat dibayangkan macam mana dia terpaksa memakai mask menutup hidungnya dari luapan busuk ditinggalkan oleh Najib Razak yang menjadi menteri kewangan.

Saturday, May 26, 2018

Jangan ganggu dahulu kerajaan Harapan

PENDANGAN 

USAHA pihak tertentu untuk merapatkan hubungan Pas dengan kerajaan Harapan, secara prinsipnya perlu disokong. Itulah yang patut berlaku selepas selesai pilihan raya dan rakyat sudah membuat keputusan muktamad. Bukan sahaja dengan Pas tetapi dengan Umno juga wajar diambil kira.

Kuasa atau kerusi dimenangi kedua-dua parti itu mewakili hampir separuh 222 atau 32% kerusi parlimen kesemuanya yang berjumlah 72 kerusi. Bahkan jika dikira perolehan kerusi mengikut kerusi Umno merupakan parti dominan memiliki 54 kerusi atau 24.3%.

Keputusan rakyat itu perlu dihormati dan seharusnya memberi pulangan istimewa buat mereka. Ia juga sesuai dengan seruan Dr Mahathir Mohamad sendiri agar orang Melayu menghentikan perbezaan politik dan kembali menyatu-padukan kekuatan ummah. Dr Mahathir menekan kepada orang Melayu kerana seruan itu dibuat semasa iftar Ramadhan.

Friday, May 25, 2018

Pergolakan politik Perlis kian buruk

ULASAN 

Azlan menunjukkan laporan akhbar
politik Perlis bergolak.
[kemaskini] WAJAR kalau Raja Perlis murka kepada Shahidan Kassim dan sembilan Adun negeri itu kerana mereka tidak menghormati majlis raja. Majlis angkat sumpah jawatan MB oleh Azlan Man yang berlangsung petang semalam bolehlah dianggap sebagai majlis raja.

Apa lagi kesemua mereka, Adun terlibat den
gan pemulauan itu sudah dijemput untuk menghadiri upacara berkenaan. Apabila mereka enggan menghadirinya bermakna mereka senganja mengagalkan upacara berkenaan.

Thursday, May 24, 2018

Perhatian kepada penjengok sekalian

REAKSI SAYA

Sejak saya membuka seluas-luasnya kotak komen dalam blog ini saya menerima banyak komen, berbagai-bagai. Saya percaya mereka yang komen ada idea dan buah fikiran tersendiri untuk dikongsikan. Tetapi sayang masih ada juga yang membawa emosi sendiri, sampai isu-isu yang diposting tidak dapat difahami dengan jilan. Itu saya masih tidak melepaskannya.

Ada juga penjengok yang meminta saya memberi penjelasan dan penghuraian lanjut ke atas komennya, (ia bersifat peribadi) tentang sesuatu isu. Namun saya sedia untuk melayannya jika pengomen itu menggunakan nama orang, maksudnya bukan Anonymous. 

Insya-Allah penjelasan yang diminta itu akan saya penuh dari masa ke semasa bila ada waktu. Sekian terima kasih.