CATATAN MUSAFIR
Dalam catatan akhir siri ziarah musafir ke kampung Temboro, Karas, Magetan, Jawa Timur Indonesia ini saya hendak bercerita mengenai pondok pesentren Al Fatah yang menjadi mercutanda dan daya tarik kepada kampung Temboro, juga menjadi destinasi tujuan saya ke situ minggu lepas.
 |
| Pemandangan sebahagian masjid utama Pondok Al Fatah. |
Kampung Temboro itu tidak akan mempunyai apa-apa keistimewaan kalau tidak ada pondok pesentren berkenaan. Keistimewaan dan tersohornya kampung Temboro disebabkan wujudnya pondok pesetren Al Fatah itu.
Tawarikh pondok pesetren Al Fatah Temboro, menurut satu catatan dikutip dari internet, ia dibangunkan pada tahun 1940-an semasa zaman Belanda lagi. Ia diasaskan oleh seorang Kiyai Haji (KH) Sarbun Siddik yang dikenali dengan Mbah Siddik r.h. Mbah Siddik merupakan seorang pengamal tarikqat Nasybandiyyah Khalidiyyah yang katanya sempat berbai'ah (mengambil) amalan wirid tariqat berkenaan di Jabal al Qubais, Makkah semasa almaruhm menunaikan Haji.