ULASAN DAN PENDAPAT |
Anwar bersama Zahid Hamidi, gabungan menjadi paksi kerajaan Madani. |
KEMERIAHAN Aidilfitri 1445 ini digerhanai oleh cerita baru yang "digumbakan" untuk menganggu ketenteraman kerajaan Madani amnya, dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri khususnya.
Gangguan ini bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan ini. Selepas projek tebuk atap khalaf, kini timbul pula isu addendum (titah tambahan), pengampunan terhadap bekas PM Mohd Najib Razak. Dengki dan dendam kepada Anwar tidak habis-habis.
Titah tambahan atau
addendum berhubung pengampunan terhadap Najib dijadikan modal untuk menggugat kerajaan Madani dan Anwar. Iya menambahkan kegembiraan pihak membenci Anwar apabila adendum itu diikrarkan (dijadikan afidivit) oleh Zahid Hamidi menyokong semakan kehakiman oleh Najib Razak.