Showing posts with label Isu-isu UBN. Show all posts
Showing posts with label Isu-isu UBN. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Sudah Sediakah PAS Kelantan Untuk Berdepan Dengan UBN?

ANALISA                                                                                                                           

Mungkin masa masih ada sedikit lagi untuk PAS Kelantan memperbetulkan mana-mana yang tidak betul dan menyempurnakan mana-mana yang cacat. Gunanya untuk memantapkan semua jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Saya tidak tahu apakah PAS sudah berada dalam keadaan siap sedia seratus peratus dari semua segi atau macam mana. Logistiknya, bilik gerakannya, petugas-petugas pilihan raya ataupun senarai calon-calonnya.

Mustapa dan Nik Aziz: Kedua-duanya harapan rakyat.
Sebagai parti yang menerajui kerajaan yang berusia 22 tahun dan sudah melalui beberapa kali pilihan raya, saya  mahu menganggap PAS sudah pun siap sedia mengenai perkara itu. Kesiapsiagaan PAS barang kali jauh lebih baik dari UBN. Apa lagi PAS Kelantan yang dianggap sebagai universiti kepada PAS negeri-negeri lain, tentulah PAS Kelantan lebih bersedia dan mantap.

Saya tampak hari ini PAS Kelantan masih steady dan selesa saja. Kenapa saya berkata begitu, kerana kalau PAS masih belum siap sedia tentulah PAS tidak ralik dengan beberapa program yang saya fikir tidak memberi impak bear kepada PAS dalam persiapan menghadapi pilihan raya. PAS akan mulai serius dan mengaturkan gerak kerja memantap dan mengemaskan pasukan untuk berdepan dengan ketumbukan musuh kalau PAS tidak dalam zone selamat kini? PAS boleh melupakan program-program lara atau pun bersifat hiburan kosmetik.