Friday, November 9, 2007

Catatan Perhimpunan 2

Larang Himpunan 100,000
Abdullah mulakan perang dengan rakyat

TINDAKAN dan cara Abdullah Ahmad Badawi menegur pihak yang mengajurkan himpunan 100,000 rakyat di Dataran Merdeka esok memulakan episod baru Perdana Menteri itu dengan rakyat.

Kalau selama ini hanya kalangan Umno sahaja yang kurang menyenangkan cara beliau mentadbir negara, kini rasa kurang senang itu mulai berjangkit kepada rakyat umum.

Rakyat yang merasakan tindakan Bersih mengaturkan himpunan 100,000 di Dataran Merdeka jam 3:00 petang esok merasakan larangan Abdullah ke atas perhimpunan itu agak keterlaluan dan sengaja mahu menghulurkan senjata untuk bergaduh dengan rakyat.

Semasa berucap menggulung perhimpunan agung Umno di hari akhir sekejap tadi Abdullah di samping merasa dukacita dengan perhimpunan esok turut mencabar rakyat yang akan berhimpun dan menasihati rakyat supaya tidak menghadirinya.

“Saya pantang dicabar,” begitulah antara lain kata Abdullah. Walaupun ucapan itu mendapat tepukan gemuruh perwakilan namun ia sungguh mengecewakan orang ramai di luar.

Abdullah menyifatkan perhimpunan esok sebagai mencabar undang-undang negara dan bukannya mencabar beliau. Abdullah juga turut menempelak pembangkang supaya jangan takut untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau mempersoalkan tujuan Bersih untuk melakukan perubahan sebagai tidak wajar dan munasabah., “Apa perubahan, mahu perubahan apa. Tunggulah pilihan raya apa nak takut?" soal beliau.

Di samping menegaskan perhimpunan esok tidak dibenarkan oleh pihak polis, Perdana Menteri itu seakan memberi ingatan kalau ianya tidak dibenarkan tetapi tetap diadakan juga tentulah ada sesuatu yang akan berlaku.

Selaku merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Abdullah seharusnya tidak bersikap keras sebaliknya lebih bersikap diplomasi. Cara beliau cuba meredakan perasaan rakyat yang ingin melihat SPR bersih itu menambahkan lagi kemarahan dan semangat rakyat untuk beramai-ramai membajiri Dataran Merdeka. [pwtc 8:50 pm 09/11/07]

No comments: