Monday, January 16, 2012

Tahniah dan Syabas

Ahli Parlimen Machang Bergelar Datuk,
Tahniah Saif...

Ahli Parlimen Machang yang juga Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail kini bergelar Dato' apabila DYMM Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah perkenan menganugerahkan darjah kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'.

Penganugerahan itu adalah sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke 84 kelmarin.

Penyampaian anugerah itu berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Star 15 Jan 2012 jam 9 pagi.

Anugerah disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah D.K.H.,D.M.K.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,P.S.B., Tunku Bendahara Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Penganugerahan itu adalah satu penghormatan tertinggi dari pihak istana Kedah kepada ahli politik dan sangat bertepatan dengan komitmen Saifuddin terhadap perjuangan menerusi parti (PKR) untuk agama, bangsa dan negara.

Penganugerahan itu juga mengembirakan seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat khasnya PKR dan sedikit sebanyak memberi semangat dan nilai tambah dalam perjuangan. Penganugerahan itu merupakan pengikhtiraf pihak Istana terhadap perjuangannya.

Sementara itu Pas kawasan Machang turut berbangga di atas penganugerahan itu. Malam tadi semasa berlangsungnya majlis Temu Mata Dengan Anak-Anak Machang di Gombak, Yang Dipertua Pas Machang, Zulkefli Mamat memaklumkan penganugerahan itu yang disifatkan satu penghormatan juga kepada Pas.

"Saya maklumkan di sini ahli Parlimen kita, sdr Saifuddin Nasution Ismail semalam telah menerima anugerah membawa gelaran Dato' dari Sultan Kedah dan kita mengucapkan tahniah," kata Zulkifli disambut dengan tepukan bergemuruh dan takbir Allahuakbar.

Saifuddin mulanya dijangka hadir pada majlis dihadiri lebih 400 orang terdiri dari anak-anak Machang di perantauan itu terpaksa menunda kerana terpaksa menghadiri majlis santapan di raja di Alor Star.

Blog Merah Tinta juga mengucapkan tahniah atas penganugerahan itu semoga ia memberi suntikan semangat kesetiaan bertambah-tambah kepada Al Sultan Kedah. [wm.kl.10:45 am 16/01/12]

No comments: