Friday, November 23, 2012

Saman Ke Atas Utusan Perlu Menyeluruh

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                              

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu., pada 5 November lalu.

Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Isak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.

Sebelum ini sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan. Kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.

Bagaimana pun akhabr berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.

Mengenai hal ini sukaciata dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu. Saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vandor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.

Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan. Sudah pasti kalau agen-agesn kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan.

Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko. [wm.kl.2:05 pm 23/11/12]

No comments: