Wednesday, October 23, 2013

PRK Sg Limau bakal memaniskan siapa?

ULASAN PRU SG LIMAU                                                                             

Calon PRK Sg Limau, Sohami dan Azam angkat tangan. 
11 hari lagi penduduk di kawasan Dun Sungai Limau akan mendapat wakil rakyat baru bagi menggantikan Azizan Abdul Razak yang telah kembali ke Rahmatullah 26 September lepas. Pada hari itu (4 November) seramai 27,287 pengundi berdaftar di Dun Sungai Limau akan membuat pilihan di antara dua calon pengganti Azizan; Mohd Azam Abdul Samat, 37 dari Pas dan Ahmad Sohaimi Lazim 52 dari UBN.

Kedua nama itu telah diumumkan layak bertanding oleh SPR pagi ini. Hanya mereka berdua sahaja menyerahkan borang penamaan calon. Dua calon bebas yang pernah bertanding dalam pilihan raya lalu tidak berbuat demikian, mungkin kerana tidak cukup wang deposit.

Sebagai kerusi miliknya, Pas menyandarkan harapan besar kepada Azam rupakan seorang guru sekolah agama. Manakala Umno dalam mencari ruang untuk menambahkan bilangan kerusi di Dun Kedah telah memilih seorang pensyarah di IPTA, Sohaimi sebagai pencabar kepada Azam.

Dari segi saiz kedua mereka cukup sifat dan hampir sama sahaja. Kedua-duanya anak tempatan di dalam Dun Sungai Limau. Mereka juga kebetulan merupakan aktivis atau pun penjawat parti. Azam ketua Pemuda Pas, manakala Sohami ahli jawatan kuasa Umno bahagian Jerai. Kalau dibeza pun dari segi fizikal, seorang bermisai dan berjanggut tebal manakala seorang tidak. Ini berdasarkan kepada gambar terbaru mereka hari ini.

Di atas kertas Pas diramalkan mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Sungai Limau merupakan kubu kuat Pas sejak berdekad lalu. Kemampuan Azizan Razak yang ketika itu sudah uzur syarie dan berdepan dengan berbagai kritikan atas kelemahan dan keegoaanya sebagai MB Kedah mempertahankan kerusi itu membuktikan Sungai Limau merupakan 'limau manis' buat Pas ketika itu apabila Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi. Azizan mendapat 13,294 undi manajala calon UBN Mohd Fadzilah Mohd Ali mendapat 10,520 undi manakala dua calon bebas hilang wang pertaruhan.

Jadi insya-Allah Azam akan mampu mengekalkan kerusi itu dan menyambung khidmat kepada rakat yang tertinggal oleh Azizan Razak. Pastinya Pas Kedah yang kini dipimpin oleh Mahfuz Omar telah membuat semakan dan pilihan tepat dengan memilih Azam. Perhitungan dari semua sudut dibuat sebaik mungkin.

Azam juga dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas timbalan peseruhjaya Pas Kedah. Pemilihan waris Phahrolrazi itu sedikit sebanyak boleh melendikkan keadaan di Kedah. Phahrolrazi yang sebelum ini menjawat jawatan timbalan pesuruhjaya Pas Kedah bertindak melepaskan jawatan itu apabila Pas Pusat melantik Mahfuz Omar menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan. Pelepasan jawatan oleh Phahrolrazi itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena dalam Pas Kedah dan ini membimbangkan.

Memang tepat kalau Azam dipilih menjadi calon. Kalau Phahrolrazi ada menyimpan rasa terkilan atau ada apa-apa 'sampah' di dalam matanya, beliau akan pulih dengan pemilihan Azam. Kata orang walaupun sebusuk-busuk daging bila dibasuh, direbus akhirnya dicecah garam dan asam dimakan juga. Pas Kedah tentu berharap sangar Phahrolrazi ang dilihat menjadi penentang kepada Azizan Razak semasa kerajaan Kedah wujud akan memberi sokongan padu kepada Azam

Sokonagn padu dan kerjasama erat sesama sendiri cukup penting dalam pilihan raya kecil seperti Sungai Limau itu. Walaupun Pas menerusi Azizan Razak menang besar tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Semua terletak kepada kerjasama dan kemantapan sokongan Pas Kedah sendiri. Apa lagi sokongan kepada Azizan itu katanya kerana keperibadiannya di situ. Sokongan ramai, petugas dan pembantu dari luar tidak akan memberi apa-apa kesan, retak kecil tidak dapat ditampal dengan gam dari luar.

Insya-Allah kalau keadaan ini dapat diatasi Pas akan menang walaupun dengan majoriti sekitar 300 hingga 500 undi.

Isu dan masalah Umno

Pilihan raya kecil itu bukan saja menjadikan Pas dalam situasi tertekan, tetapi ia ia juga berlaku kepada Umno. Begitu juga dengan masalah di dalam Pas juga berlaku di dalam Umno. Pilihan raya kecil itu menjadi ujian kedua buat Mukhriz Mahathir, yang kini menjadi Pengerusi Umno Kedah dan juga MB Kedah yang baru. Beliau baru sahaja kalah dalam merebut jawatan naib presiden Umno. Kelahan itu menjadi phobia kepada anak bekas PM itu. Namun dia akan menggunakan Sungai Limau sebagai medan untuk menebus kekalahan itu.

Mukhriz mahu menjadikan kemenangan itu sebagai penawar. Tetapi itu bukan gampang kerana seperti dinyatakan tadi, Umno juga menghadapi masalah dalaman seperti Pas juga. Mukhriz termasuk bapaknya mahukan kemenangan. Untuk itu mereka akan melakukan apa sahaja. Bagi Mukhriz kejayaanya menambah kerusi di Dun Kedah satu lagi nilai untuk dirinya. Manakala kekalahan menjadikan kekalahan tripple untuk Mukhriz di dalam Umno. Sebelum ini dia kalah kepada Khairy Jamaluddin dalam merebut jwatan Ketua Pemuda, baru lalu kalah lagi apabila gagal merebut kerusi naib presiden. Dan kekalahan di Sungai Limau nanti akan mengenapkan kekalahan ketiga.

Mukhriz mungkin dapat merasai dia tidak begitu konfiden dalam menghadapi pilihan raya kecil itu. Dalam keadaan beliau diasak oleh para pencemburunya, sukar untuk dia meloloskan diri. Sekurang-kurang ada tiga individu di dalam Umno yang kurang selesa dengan kemaraan Mukhriz yang ditopang oleh bapaknya itu. Bagi individu-individu ini walaupun Mukhriz kelihatan kecil tetapi ia diragui kerana ia bersifat macam virus yang boleh berkembang dalam masa singkat.

Mereka yang dimaksudkan itu ialah Zahid Hamidi, Hihsmuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin. Mungkin Zahid tidak merasa sebimbang Hishmuddin dan Khairy dalam menghadapai Mukhriz bersama Mahathir ini. Kerana itu Hishmuddin dan Khairy perlu berhati-hati. Mereka pasti sedang memerhati langkah dan tindakan Mukhriz seterusnya.

Justeru kerana Sungai Limau ini bakal memberi penambahan nilai politik (political mileage) buat Mukhriz maka mereka harus berbuat sesuatu.  Senario itu kalau mengikut sifir politik kemenangan bagi Ubn di Sungai Limau tidak memberi kebahagiaan kepada Hishmuddin dan Khairy. Kemenangan itu adalah kemenangan Mukhriz yang boleh mengubati kesakitannya untuk terus melanggar mereka berdua dan tidak merasaikan kegagalan memenangi kerusi naib presiden sebagai kekalahan. Perlu diingat cita-cita Mukhriz bukan saja ternokhtah dengan menadi MB tetapi ke puncak jawatan perdana menteri.

Makanya hendak tidak hendak, suka atau tidak, Hishmuddin dan Khairy harus membentengi Mukhriz. Caranya dengan menjadikan piliha raya kecil Sungai Limau sebagai kekalahan ketiga buat Mukhriz. Untuk melakukan ini Hismuddin dan Khairy tidak perlu bergerak secara nyata. Beliau hanya memberi semangat sahaja. Sudah ada jentera di Kedah sendiri yang tidak seronok dengan tindak tanduk Mukhriz yang kelihatan naik berdecun macam jet. Mereka yang kesal ini boleh bertindak menjadi petugas rahsia kepada Hishmuddin dan Khairy.

Itu hakiat apa yang dapat dikesani di sebalik semangat atau roh pilihan raya berkenaan. Hakikat inilah yang menyebabkan Mukhriz merasa sakit untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Beliau akan merasakan Sungai Limau bakal menghanyutkan jasad kekalahan dalam merebut jawatan naib presiden.

Tetapi bagaimana pula dengan isu-isu yang akan dimainkan di sepanjang pilihan raya itu. Dalam konteks ini Pas agak kurang bernasib baik sedikit kerana keadaan memberi kelebihan kepada UBN. Banyak isu-isu menarik di pihak UBN. Bagaimana pun isu-isu berkenaan hanya sampingan saja sebab ia merupakan isu nasional yang dikira tidak begitu mempengaruhi pengundi tempatan.

Antaranya ialah isu, kalimah Allah, akta pencegahan jenayah, syiah, kemelut dalaman Pas di Kelantan dan cadangan dewan ulamak agar Pas mengkaji semula kerjasama politik dengan PKR. Isu-isu itu adalah isu utama yang pasti akan diguna UBN untuk menjadi tuba kepada pengundi di Sungai Limau. Pastinya juga beberapa individu yang telah keluar Pas menyertai Umno di Kedah akan mengambil bahagian aktif dalam menyebarkan isu-isu ini.

Manakala isu-isu yang akan digunakan oleh Pas pula seperti isu kalimah Allah di mana Pas akan membawanya secara songsang dengan memimbulkan isu itu bukan kepentingan agama tetapi politik apabila ia dihalang di Semenanjung tetapi dibenarkan di Sabah dan Sarawak. Isu-isu lain tentang kenaikan harga minyak 20 sen, jenayah sosial, isu TTPA dan lain-lain. Isu-isu nasional ini juga dikira tidak memberi kesan besar kepada Pas dalam pilihan raya Sungai Limau ini.

Seperti disebut tadi isu-isu nasional itu tidak banyak mempengaruhi kedua-dua pihak. Sebaliknya isu tempatan yang bakal memberi dan menguntungkan di antara kedua pihak. Dan sekiranya Pas dapat mengekalkan 90% pengundi diperolehi Azizan Razak, calon Pas Azam akan menang. Dan untuk ini Pas sedikit kekok sebab yang memuji Azizan bukan saja Pas, tetapi Umno juga. Gambar Mahathir menyirami air mawar di kuburan Azizan pasti akan digunakan sebagai kempen secara berleluasa.

Manakala ketiadaan Nik Aziz Nik Mat pada hari kematian Azizan Razak sudah pasti akan dimanipulasikan secukupnya oleh Umno. Kita tunggu 11 hari dari sekarang Sungai Limau akan memaniskan siapa? [wm.kl.1:39 pm 23/10/13]

No comments: