Friday, March 27, 2020

Pakej rangsangan RM250 B Anwar minta bahas di parlimen

ULASAN

Muhyiddin hanya tukang umum sahaja.
MUHYIDDIN Yassin berdiri dengan rasa bertanggungjawab dan simpati dengan nasib rakyat dan negara mengumumkan pakej rangsangan ekonomi benilai RM250 billion petang tadi. Ia disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Pengumuman sejumlah wang itu memperlihatkan Muhyiddin sebagai seorang PM bertanggungjawab dan perihatin kepada nasib rakyat yang berhadapan dengan Covid-19 hari ini. Langkah diambil itu ditepok sorak oleh rakyat khususnya mereka yang berasakandan percaya akan terbela dengan kerajaan PN dibawah pimpinannya hari ini.

Sewajarnya semua orang berterima kasih dengan pakej berkenaan. Dalam saat negara kritikal begini bantuan kewangan (one off) adalah terbaik. Seharusnya peruntukan sebegitu diperuntukan bagi menagani nasib rakyat.

Bukan sahaja Muhyiddin, kalau Najib Razak menjadi PM pun, beliau juga akan melakukan hal demikian. Apa lagi Najib sangat percaya kepada "cash is king". Membantu rakyat dalam kesusahan dan berusaha untuk menyelamat negara daripada karam, itulah tanggungjawab dan amanah yang tersangkut di bahu seorang pemimpin, PM.

Namun disebalik apa berlaku itu ia tidak lari daripaa persepsi politik. Para pendukung dan mereka yang berkolaborsai dengan Muhyiddin membentuk kerajaan PN 1 Mac lalu, menjujung tindakan Muhyiddin itu dan menganggap dia adalah "dewa penyelamat" tanpa mengambi kira menyelidik dan mengambil kira daripada mana wang sebanyak itu dipogor untuk membantu rakyat. 

Ada yang memuji Muhyiddin sebagai PM paling prihati kerana pakej rangsangan berkenaan. Dan lebih lucu lagi ada yang memuji menganggap itulah kemampuan Muhyiddin dan meletakkan kehebatan Muhyiddin sebagai PM. Muhyiddin dapat menunjukkan kemampuan dan membuktikan kehebatan. 

Cara membuat kesimpulan dan dapatan itu nampaknya tidak bersuluh kepada fakta dan realiti.  Jika mereka menggunakan akal dan melihat realiti tidak mudah untuk mereka memuji dan mengangkat Muhyiddin sebagai PM berjaya dan bertaraf Ummar al Khattab kerana usia kerajaan PN pimpinanya baru berusia sebulan, meniarap pun masih belum boleh. Apakah kerajaan belum meniarap sudah mampu melangkah?

Justeru apa diumumkan Muhyiddin itu adalah wang hasil dipunggut dan dihimpunkan dizaman kerajaan Najib Razak dan kerajaan pimpinan Dr Mahathir (kerajaan PH) 22 bulan lepas. Memang Muhyiddin tidak mengakui peruntukan itu yang dicarinya, tetapi pendukung buta mata melihat begitu.

Saya ada menulis awal sebelum ini dalam Facebook bahawa, Muhyiddin atau kerajaan PN hanya sebagai pemudah cara sahaja. Ujian sebenar untuk Muhyiddin dan kerajaannya selepas ini.


"KERAJAAN PN HANYA PEMUDAH CARA SAHAJA
 
RM250 billion pakej rancangan ekonomi diumumkan Muhyiddin Yassin. Semuanya untuk rakyat. Purata seorang dapat RM8,000 dengan mengambil kira teori pendapatan Makcik Kiah.
 Muhyiddin baru jadi PM baru sebulan. Tentulah duit itu adalah dikumpul pada zaman Najib Razak dan dicermati oleh kerajaan PH yang sebelum ini Muhyiddin juga ikut jadi kerajaan. 
Sesiapa yang waras dan mata tidak buta akan dapat mengira bahawa peruntukan itu dari kerajaan sebelum ini bukan hasil dan jereh perek kerajaan baru berusia sebulan. Justeru kepada penyokong kerajaan PN tidak perlu mendabik dada. Kerajaan PN sesungguh belum teruji.
Makcik Kiah pun faham yang wang diberikan RM8,000 itu juga duit yang dikumpulnya selama ini. Macamlah pencarum KWSP yang mengeluarkan wang mereka itu adalah hak mereka. Cuma kerajaan PN menjadi pemudah cara sahaja.
Ini kena faham betul-betul. Dan selepas habis Covid-19 ini (kita doakan selesai segera), sekiranya kerajaan PN panjang umur ia akan berhadapan dengan masalah (resesi) ekonomi yang teruk. Di situ nanti baru kerajaan pimpinan Muhyiddin akan teruji dan kita akan dapat melihat sejauh mana kemampuannya.
Makanya puak PH jangan bernafsu untuk merampas balik kerajaan PN yang ada hari ini. Biarlah Muhyiddin dan para jemaah menteri memikul beban dan masalah negara seterusnya.
 Jangan sesekai kata orang tidak ada beban batu digalas. Trims.

Dalam pada itu Presiden PKR Anwar Ibrahim juga meragui akan keberkesanan peruntukan atau inisiatif kepada rakyat seperti diumum Muhyiddin dalam pakej rangsangan itu mengenai sejauh mana ia akan sampai dan dinikmati rakyat.

Katanya, beliau khuatir apakah kerajaan yang dibangunkan oleh "perompok" dan dilaksanakan oleh pegawai tidak amanah, tidak melakukan ketirisan dalam pengagihan nanti?

Beliau berpendapat seharusnya pakej rangsangan itu dibawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi mengelak berlaku ketirisan yang dikhuatiri itu.

Menurut Anwar, walaupun Muhyiddin mengakui bahawa kerajaan yang ada ini tidak dipilih rakyat, namun beliau (Muhyiddin) memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

"Di negara demokratik, Korea, Jepun, Australia dia serahkan juga belanjawan ini untuk dibahas dan diawasi di Parlimen supaya ada kebertanggungjawaban," kata Anwar dipetik. Anwar membuat ulasan itu dalam live Fb selepas Muhyiddin bentang pakej rangsangan berkenaan petang tadi.

Dalam pada itu Anwar juga mempersoalkan dari mana tambahan RM25 billion diambil, dan bagaimana kerajaan boleh membayar hutang negara nanti perlu djuga diperincikan.

Mungkin kebimbangan yang diutarakan Anwar itu tidak akan dipedulikan rakyat asalkan mereka mendapat habuan dari rangsangan itu walaupun tidak sampai 50% diterima mereka daripada jumlah sebenar apabila berlaku ketirisan. 

Bagi rakyat yang lapar, terdesak apa lagi yang taksub dan mempercayai kerajaan yang dibentuk secara membelakangkan mandat rakyat itu,  (dan mempercayai seratus peratus kepada slogan Muhyiddin kenapa dia berkoloborasi menggulingkan kerajaan PH adalah kerana hendak menyelamatkan keadaan), mereka menerima seadanya. 

Bagi mereka yang mempercayai dan mudah termakan dengan slogan Islami dan Melayu, tidak akan mempedulikan apa yang berlaku selepas ini asalkan mereka puas hati dapat menumbangkan kerajaan yang mereka benci. Padahal wang sebanyak RM@50 billion itu adalah juga hasil dikumpul oleh kerajaan kafir. 

Lagak mereka samalah seperti penagkap beruk yang mengimpikan untuk tangkap beruk yang diimpikan selama ini. Apa yang mereka ingini ialah tangkap beruk, tanpa memikir apakah beruk itu bisa diajar untuk panjat kelapa dan menggugurkan buahnya atau tidak. Mereka tidak peduli itu yang penting mereka sudah berjaya tangkap beruk. [wm.kl.7:39 pm 27/03/2020]

No comments: