Monday, October 26, 2020

Pintu taubat buat Muhyiddin masih belum tertutup

 SESUDAH SUBUH

Lapan orang Raja-Raja Melayu yang 
dipanggil untuk dimaklumi cadangan darurat.
1. JTAAN rakyat menjunjung kasih kepada Yang diPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kerana menolak permintaan kerajaan supaya diisytiharkan Darurat atas alasan tidak ada keperluan untuk Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan buat masa ini. 

Penolakan itu melegakan jutaan rakyat yang sebelum ini telah menzahirkan kebimbangan dengan implikasi buruk jika Darurat diisytiharkan. 

2. Langkah diambil oleh Yang diPertuan Agong yang sebelum itu telah berbincang dan menerima pandangan lapan Raja-Raja Melayu adalah terbaik. Rakyat menyambut tindakan itu sebagai terzahirkan peranan dan tanggungjawab Raja-Raja Melayu benar-benar sebagai payung sejahtera buat rakyat. Perasaan rakyat menerima dan menyambut keputusan Yang diPertuan Agong itu semacam diberikan sebuah kemerdekaan. 

2. Seperti mana kata pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari keputusan dibuat oleh Yang diPertua Agong menolak permintaan mengisytiharkan Darurat itu membuka dimenasi baru yang menyerlahkan bahawa Tuanku Agong benar-benar menjadi payung sejahtera kepada rakyat jelata. Dimensi baru dimaksudkan beliau itu, bahawa Yang dipertuan Agong tidak semestinya mendengar nasihat perdana menteri seperti mana diharapkan. Bahawa Yang dipertuan Agong masih berkuasa dan menggunakan hemah baginda serta tidak tertakluk atas nasihat perdana menteri semata-mata. 

4. Dengan penolakan cadangan itu yang dilihat demi kepentingan politik Muhyiddin berselindungkan kepentingan rakyat, beliau harus menerimanya sebagai bayaran setimpal kepada pengkhianatannya sebelum ini menumbangkan kerajaan PH. Setidak-tidaknya penolakan cadangan darurat itu sudah melunasi ssuku daripada hutang khianat itu. 

5. Bertolak daripada peristiwa semalam, dengan menginsafi seruan Yang diPertua Agong agar politik negara diharmonikan, Muhyiddin perlu melakukan muhasabah serta "taubat nasuha" atas rancangan sebelum ini. Agong berharap semua pihak memahami keadaan hari ini dan tidak menimbulkan masalah kepada negara; justeru cara terbaik Muhyiddin menterjemahkan seruan Agong itu dengan bermuafakat dengan pembangkang dan benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi. 

6. Ada baiknya dalam keadaan bersedih duka sekarang atas penolakan itu Muhyiddin meneliti dan mengkaji setiap pandangan diberikan oleh orang di luar Putrajaya mengenai cadangan dibuat itu. Rata-rata orang diluar membentangkan pandangan tidak sehaluan dengan cadangan dan kehendak Muhyiddin bersama kabinetnya itu, ia menunjukkan cadangan tidak sesuai, tidak munasabah dan lebih merupakan cadangan menyanggahi paksi demokrasi.  

7. Antaranya pandangan itu daripada  ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, yang beranggapan cadangan melaksanakan darurat itu bukan sahaja tidak diperlukan kerana ia boleh menganggu pertumbuhan ekonomi, tetapi Muhyiddin sudah sendiri tidak ada hak untuk mengemukakan cadangan itu kepada Yang diPertuan Agong kerana beliau dan kerajaanya sudah hilang sokongan majoriti di parlimen. Sebaik-baik perlu dilakukan Muhyiddin pastikan dahulu beliau masih mendapat sokongan parlimen dengan sedia mengemukakan usul undi tidak percaya ke atasnya. 

8. Bekas ahli Parlimen Johor Bahru Shahrir Abdul Samad juga turut memberi pandangan sebelum Muhyiddin mengemukakan cadangan itu untuk mendapat perkenaan daripada Yang diPertuan Agong, seharusnya beliau (Muhyiddin) berbincang dahulu dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Pandangan Shahrir ini dilihat pandangan bersifat demokratik yang jujur dan ikhlas.

9. Masih belum terlambat dan masih boleh dilakukan untuk Muhyiddin melaksanakan permintaan Shahrir itu walaupun setelah semuanya sudah khalas dan Muhyiddin kini duduk memangku lutut di rumah. Beliau boleh mengubah sikap dan pendiriannya, dengan memanggil Anwar dan juga kalau patut ketua-ketua parti lain bagi mencari jalan terbaik bagi mengatasi kemelut dihadapi negara kini bukan hanya mencari lubang untuk meloloskan dirinya. 

10. Untuk meminta darurat diisytihar itu pasti Muhyiddin mendengar nasihat dan cadangan daripada orang tertentu, dan jelas nasihat itu datang daripada orang yang salah. Apabila cadangan itu tidak diberi perkenan oleh Yang diPertuan Agong jelas ia bertentangan dan tidak sependapat sependapat dengan Raja-Raja Melayu, maka jadikan cadangan itu songsang, tidak penting untuk maslahat umum menyebabkan kita ia membawa bahana kepadanya. 

11. Atas kekhilafan itu Muhyiddin masih boleh meralatnya. Masih ada sisa-sisa waktu dan peralatan itu adalah terbaik. Ralat terbaik adalah bermuhasabah sedalam-dalamnya dengan apa yang berlaku. Dalam keadaan tertekan, malu dan maruah tercalar kini Muhyiddin tidak boleh lagi terus mendengar nasihat, cocokan dan "gumbaan" oleh orang-orang di kelilinginya yang lebih mementingkan kepentingan politik daripada bersikap terbuka untuk negara.

12. Sebaik-baik ralat beliau perlu kembali berbincang dalam komuniti keluarganya, menyerahkan dirinya kepada keputusan keluarga seperti diambil sebelum ini semasa beliau mengetahui mula dihidapi kanser. Pendapat dan pandangan keluarga lebih murni, jujur dan ikhlas daripada nasihat rakan-rakan politik yang mengejar kuasa dan kedudukan. Nasihat keluarga membawa bahagian nasihat kawan politik menyusahkan diri. 

13. Eloklah Muhyiddin mengenepikan nasihat dan cadangan bersifat politik daripada mereka berkepentingan seperti Mohamed Azmin Ali, Hamzah Zainuddin yang dilihat sebagai arkitek politik menjahamkan Muhyiddin. Beliau juga patut tidak mengambil kira kepada sokongan dan tongkat semangat yang diberikan oleh ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa dan juga ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan yang menjaga kepentingan dan perut mereka semata-mata. Mereka ini bercakap di luar kemampuan dan kepakaran mereka. 

12. Jika Muhyiddin masih mahu dihargai dan diterima kasih oleh rakyat beliau harus berundur. Patuhilah apa yang telah saya surati kepada anda sebelum ini. Baca kembali surat saya itu dengan tenang dan insaf. Jangan malu untuk menerima nasihat dari rakyat marhean kerana mereka lebih ikhlas daripada penjolok kuasa. 

Kalau pun Muhyiddin tidak sanggup menebus dosa besarnya ke atas PH itu, beliau boleh serahkan jawatan PM kepada mereka dari dalam PN. Jika beliau masih percaya bahawa PN masih mendapat sokongan beliau boleh pilih sesiapa sahaja untuk memikul biawak hidup kerajaan PN itu. 

13. Sebaik-baik sosok yang sesuai dalam PN untuk Muhyiddin harap dan serahkan ialah ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Dengan kapasiti, keikhlasan Razaleigh dalam membuat teguran serta pengalaman dan pengetahuan yang ada kepadanya, Razaleigh dilihat pantas. Penyerahan jawatan itu kepada ahli Parlimen Gua Musang itu akan menghormikan keadaan dalam PN beranding dengan Muhyiddin sendiri terus babil memegangnya atau diserahkan kepada sosok lain. 

14. Atau pun kalau beliau ingin menebus dosanya atas kesalahan lampau beliau tidak perlu pun mandi di Sungai Genggis di India, tetapi hanya perlu lepaskan jawatan dan pulangkan balik kerajaan kepada pihak yang mendapat sokongan secara hakikat. Serahkan semula kepada PH biarlah mereka meneruskan sia-sia pemerintahannya yang disentap di tengah jalan itu. Biarlah mereka menangani pandemik Coronavirus ini. 

15. Kita faham prosesnya agar rumit dan diluar praktikal, tetapi tidak ada yang rumit kalau kita bersikap tasamuh. Biarlah mereka menentukan siapa PM. Kerana PH hanya mengalu-alukan seorang sahaja sosok untuk menjadi PM, yakitu Annuar Ibrahim mereka boleh mengalungkan jawatan itu kepada Anwar. Apakah kesalahan dan dosa yang ada kepada Anwar yang tidak boleh dimaafi Muhyiddin untuk menyokong ahli Parlimen Port Dickson itu?

16. Sebaliknya kalau Muhyiddin terus ingin bergaduh dan menambahkan dosa dan kemarahan rakyat kepada, beliau boleh sekali lagi boleh menghadap Yang diPertuan Agong untuk mohon parlimen dibubarkan. Jikalau ini terfikir olehnya atau dinasihati oleh desperados (kita percaya ketika ini Muhyiddin sedang mencari kala untuk bertindak balas) maka beliau akan mendapat malu berganda, kerana dengan keadaan pendemik yang masih beluam ada tanda-tanda berakhir tidak munasabah untuk Yang diPertua Agong sedia memberi perkenaan Parlimen dibubarkan. 

17. Dengan cadangan, pandangan dan pendapat yang dilontarkan itu disimpulkan pintu taubat Muhyiddin atas kesalahan kepada kekhilafan sebelum ini masih belum tertutup. [wm.kl. 7:27 am 26/10/2020]

No comments: