Tuesday, November 3, 2020

Perhatian, sibuk mengerjakan buku baru.

Artwork beberapa
bab buku tersebut.
 
SEMINGGU saya tidak mengangkat apa-apa post atau bahan dalam blog ini kerana sibuk dan "kelelahan" menyiapkan buku terbaru yang kali ini merupakan buku yang paling tebal mencecah 500 muka surat. 

Buku ini merakamkan detik-detik  kebobrokan kerajaan PH dan juga kronologi kejatuhannya awal Februari lampau. 

Selain itu  buku ini juga memperkatakan untuk kesekian kalinya politik hati kering Dr Mahathir Mohamad, yang saya istilahkan sebagai "Politik Bipolar OT95". Apa dia politik bipolar itu? 

Ada beberapa artikel atau tulisan saya sebelum ini yang membayangkan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap kerajaan PH, ternyata menjadi kenyataan. Ia menarik untuk disemak dan dianalisa bagi dijadikan peringatan di masa-masa akan datang. 

Buku ini mungkin tidak akan disenangi oleh para pengkagum Dr Mahathir khasnya mereka yang menerima sejemput budi semasa bersama OT95 menubuhkan kerajaan 22 bulan. Namun saya tidak mengira ia menerima nasib sama sewaktu saya menulis buku "Talqin Untuk Mahathir" (1988), dimana proses percetakan buku itu dihentikan printer kerana diganggu oleh pihak berkuasa.

Saya menghormati kepada pemuja Dr Mahathir kerana itu hak asasinya terutamanya oleh mereka yang menerima sejemput budinya semasa OT95 jadi Perdana Menteri.  Tetapi bagi saya yang tidak menerima setitik budi, tetap bersikap dan memberi pandangan dan ulasan bebas saya terhadap OT95 tanpa malu-malu alah dan mengambil hati sesiapa. Saya tetap dengan pendirian saya, benar tetap benar, salah tidak boleh dibenarkan. 

Kerja-kerja proof reading dan editing akhir sedang siap dilakukan. Insya-Allah akhir November buku saya yang ke 54 ini akan menemui anda budiman. Jadi kalau penjengok blog Merah Tinta tidak dapat mengikut catatan atau post baru di sini seperti biasa dipohon kemaafan. [wm.kl.7:12 pm 03/11/2020] 

No comments: