Sunday, January 15, 2023

Intipati persidangan Umno 2022

SESUDAH SUBUH

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) untuk tahun 2022 telah tamat semalam dengan merumus atau mencapai beberapa kesimpulan ada yang kurang menyenangkan. Perhimpunan (PAU) itu diadakan pertama kali selepas Umno berkejasama dengan penentangnya, (PH) setelah pembentukan kerajaan Perpaduan. Lantaran itu hawa dan nada dalam PAU memberi sedikit kelainan pesepsi para pemimpinnya berhubung senario semasa parti dan politik negara. 

Anaranya, Umno telah mula bersikap lunak dengan DAP yang selama ini menjadi musuh utama dan sasaran politiknya dalam usaha mengaut sokongan Melayu. Umno selama ini menjadi DAP sebagai khinzir yang hanyir tidak boleh didekati. Maaf DAP kerana saya guna istilah ini.  

Namun apabila Umno berada dalam kerajaan Perpaduan yang mana DAP ikut sama ada, menjadikan Umno terpaksa merubah nada. Umno terpaksa mencari kitab lain untuk mengubah tanggapan dan sikap. Khinzir yang hanyir itu sudah tidak berbau atau nampak demikian. Tindakan atau perubahan itu walaupun tidak sampai menimbulkan perdebatan dalam Dewan Merdeka, tetapi ada kalangan ahli yang mempertikuiakan di luar. Masih ada segelintir ahli Umno masih kekal dengan pendirian lama yang Khinzir itu tetap Khinzir. 

Timbalan presiden Umno Mohamad Hassan membuat justifikasi kenapa Umno perlu menerima DAP. Justfikasi itu wajar apabila Umno menjadi sebahagian kerajaan. Tetapi apabila beliau membandingkan yang DAP seperti lebih baik daripada Pas, ia dikira sedikit agak keras dan terlebih. Mohamad Hassan dalam membuat dan mencari justifikasi seperti menjadi Kucing sebagai hanyir bukan lagi, Khinzir. 

Dari konteks integriti demokrasi dan prinsip organisasi, DAP memang mengatasi Pas. DAP berbeza dengan Pas yang melaungkan istiqamah tetapi tidak ada perndirian. Berbeza dengan DAP yang tegas dan keras dalam soal prinsipnya. Tetapi dari konteks politik bangsa dan negara, Pas masih lebih relevan menjadi kawan kepada Umno yang berjuang bernuansa bangsa dan agama. Nuansa atau ideralogi mereka serupa. 

Apakah Umno perlahan-lahan mahu mengubah pegangan dan prinsip politik nasionalisnya kepada liberal kerana semata-mata mengikut peredaran zaman? Tegsnya Umno tidak boleh statik dan perlu mengikut perdaran zaman asalkan tetap pendirian dan prinsipnya. 

Bagaimana pun pernyataan Mohamad Hassan itu bukan sesuatu yang rigid, memandangkan politik itu dinamik. Mungkin apabila Pas telah tertanggal daripada peneraju utama kini, (sebut sahaja Abdul Hadi Awang) ataupun setelah Umno merasai kesakitan dalam kerajaan Perpaduan kini, mereka akan boleh berjabat tangan semula dengan Pas. Politik itu sifatnya dinamik dan pegangan pragmatik, jadi jangan terkejut kalau tiba-tiba berlaku beralih angin dan berubah rasa kelak. 

Kita tidak nampak bahawa seratus peratus ahli Umno dapat menerima apolegetik Mohamad Hassan kepada DAP itu. Tetapi dari konteks atau maslahat untuk memperkukuhkan kerajaan Perpaduan ia adalah baik. Dinamika politik kena difaham semua orang. Umno adalah pembangun kerajaan Perpaduan yang mempunyai peranan besar dalam kerajaan sampai presidennya menjadi timbalan perdana menteri, sewajarnya ia perlu memperkukuhkan kerajaan Perpaduan. 

Pendirian diambil Umno itu adalah bijak dan melabakan sekiranya ia pandai membawa diri sampai tidak terhanyut oleh keadaan. Dalam hal ini menyerlah akan tanggungjawab dan amanah Zahid Hamidi sebagai presiden. 

Bagi saya peranan Zahid dalam membangun kerajaan Perpaduan adalah penting dan jika beliau pandai dan bijak memainkan peranan serta mnggunakan kesempatan Umno berperanan besar bahkan lebih besar daripada Keadilan memandangkan tokoh-tokoh yang diwakilkan Umno dalam kerajaan sudah berpengalaman. Soal angka dimana Umno hanya berbilangan 28 kerusi tidak menjadi ukuran mutlak dalam bekerajaan. 

Perkara lain yang tesembur dalam PAU tersebut dan akan jadi percakapan diluar, serta tidak mustahil akan menimbulkan petaka kepada pati nasionalis itu ialah berhubung usul tidak ada pertandingan merebut jawatan presiden dan timbalan presiden dalam PAU akan datang.

Usul itu walaupun diterima 90 peratus perwakilan, tetapi ia tidak dilihat keputusan sebulat suara dan memuktamadkan apa-apa daripada berlaku kekecohan dalam Umno. 10 peratus yang menentang usul berkenaan bakal menjadi Tungau dalam kain yang boleh menyebabkan badan Umno tidak selesa dan gatal. Walaupun Tungau itu kecil dan tidak kelihatan, tetapi ia boleh menimbulkan rasa gatal dan pedih memeritkan. 

Maka itu, dikirakan usul itu tidak menutaskan bahawa Umno akan damai dan berpadu sampai ke hujungnya.

Di sini tidak perlu disebutkan pihak yang menentang dan tidak senang dengan konsesus itu kerana ia sudah menjadi pengetahuan umum. Setiap daripada pencerap dan pemerhati politik Umno sudah kenal dan tahu mengagak sesiapa mereka. Cuma apa yang hendak disebutkan disini, tanpa ada persetujuan seratus peratus terhadap usul agar presiden dan timbalan presiden itu tidak dipertanding, ia menjadi Umno tidak sendik dan tenang setenang-tenangnya bak air dalam kolam.

Sekiramnya Tugau itu tidak dibuang ia akan memerebakkan rasa gatal yang kian meluas dalam jasad Umno. 

Bertolak dari situasi dan kondisi itu usah terkejut kalau selepas ini ada tindakan disiplin di ambil dalam parti itu hatta sampai kepada peringkat penggantungan dan pemecatan. Kemungkin ini tidak mustahil apabila dimengerti apa yang diucapkan oleh presiden, Ahamd Zahid Hamidi sangat kecewa dengan tindakan mereka. 

Katanya walauun kekhilafan segelintir mereka menjadi Tungau itu telah dimaafi dan kesemua mereka telah kembali bersama menyokong kerajaan Perpaduan, tetapi katanya beliau tidak melupai akan perbuatan mereka. Pegeasan Zahid itu seperti memberi arahan secara tidak langsung agar mereka bertindak menjadi Tungau itu dibersihkan.

Kesimpulannya, selepas ini Umno perlu bersiap sedia menghadapi satu lagi keretakan yang boleh membelah parti itu. Dari hemat dan firasat saya sang Tungau yang ada dalam parti itu berpotensi untuk meretakkan Umno dan akhirnya menyebabkan satu lagi kumpulan serpihan dari Umno mengagasan sebuah parti baru.

Sebenarnya sudah ada Ngo yang ditubuhkan kemnudian untuk diconvert sebagai parti politik. Anda tentu tahu Ngo berkenaan yang kini didakwa sudah mempunyai 30,000 ahli dengan disertai pelbagai lapisan ahli politik yang bergerak mengatasi sempadan idealogi politik. [wm.kl. 7:51 am 15/01/2023]

No comments: