Sunday, April 21, 2024

Keprihatinan PM digalang ganti oleh pengawainya

RENUNGAN 

Farhan mengunjungi Syekal.
SEBAGAI perdana menteri yang penuh dan sendat dengan tanggungjawab global untuk negara, tidak mungkin Anwar Ibrahim dapat menangani semua isu secara langsung. 

Beliau hanya mempunyai pancaindra terhad, sama seperti individu lain; dua tangan dan dua kaki saja. 

Dengan kudrat terhad itu tidak mungkin beliau dapat menyantuni dan memenuhi kehendak semua orang dari semua segi segmen kehidupan. 

Lantaran itu tidak dapat elak ada yang kecewa dan dukacita atas hal itu. Yang manja dan sensitif pula akan marah-marah dan kecewa dengan perdana menteri kerana kelemahan itu.  

Maka itu di sinilah peranan dan tugas para pembantunya menyempurna dan meringankan tanggungjawab selaku PM, khasnya dari konteks keinsanan, para pembantulah yang menjadi galang ganti. Mereka itu seperti pegawai khas, pegawai peribadi, setiausaha politik dan orang-orang diberi kepercayaan secara "private"oleh Perdana Menteri. Peranan mereka penting menyempurnakan tugas kemasyarakatan seorang perdana menteri.

Farhan bersama Jalil Hamid.
Peranan dan tanggungjawab para pembantu ini penting kerana ditangan merekalah menentukan jaya atau tidak Anwar sebagai perdana menteri. Kehematan dan populariti yang sedia ada kepada PM ke 10 itu terletak kepada mereka. Merekalah menjadi simbol kepimpinan Perdana Menteri ke-10 itu. Jika mereka cuai atau gagal menjalankan tugas, maka yang menerima musibahnya ialah perdana menteri. 

Justeru para pembantu Anwar seharusnya lebih waspada dan mempunyai kehematan yang tinggi dalam memikul amanah sebagai pegawai atau pembantu perdana menteri. 

Farhan kunjung seniwati 
Sarimah.
Mengenai hal ini, setakat ini syukur, kita lihat para pegawai atau individu yang menjadi pembantu Perdana Menteri melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing masing dengan baik dan memuaskan. Masing-masing telah melakukan sedaya mungkin untuk menangani mana mana kumpulan dan individu yang tercicir atau tidak sempat ditangani Perdana Menteri. 

Atas inisiatif mereka, menyebabkan matlamat atau prinsip kerajaan Madani, mempedulikan rakyat tercapai. Bagaimana pun, bak kata pepatah mana ada gading tidak retak, ada juga para pegawai yang terus dipersoalkan kerana kelemahan tertentu. 

Salah seorang pembantu perdana menteri yang dilihat sangat berkesan melaksanakan tugas hakikinya ialah Setiausaha Politiknya sdr Farhan Fauzi. Tampak Farhan berjaya memainkan peranannya meringan tugas dan tanggungjawab Anwar sebagai perdana menteri dan berjaya meletakkan PM mencapai matlamatnya untuk memberi perkhidmatan kesemua golongan. Kepercayaan diberikan oleh PM kepadanya juga menyakinkan. 

Demi untuk memastikan tiada mana-mana pihak atau individu terlepas daripada menerima kerahmahan  kerajaan Madani, Farhan telah menunjukkan kerja buatnya dengan baik. Semua orang senang dan seronok melihat tugas dan peranan dimainkan oleh anak muda ini. Tidak salah kalau saya kreditkan Farhan adalah Setiausaha Politik yang senang untuk berurusan.  

Misalnya lepas satu, satu artis antara Sarumah, Jalil Hamid, Shekal dan lain-lain yang keuzuran ataupun sudah tidak aktif mengalami keuzuran didatangni Farhan bertanya khabar dan membawa salam perdana menteri. Adakalanya keprihatinan Farhan kepada insan ini mengatasi kepedulian seorang wakil rakyat. 

Kunjungan Farhan di luar waktu pilihan raya juga sangat bererti, bahawa menunjukkan ke perihatinan kerajaan Madani kepada rakyat tanpa menyempadani masa. Kunjungan diluar waktu edah pilihan raya menggambarkan apa yang dilakukan itu penuh keikhlasan dan tidak bermotif politik.

Farhan dan Nadir al Nuri dan rakan.
 
Terbaru suatu tugas besar ditangani Farhan ialah mempersatukan semula seorang aktivis masyarakat Muhammad Nadir Al Nuri. Kisah bagaimana Nadirl al Nuri ini dapat bertemu semula dengan anak isterinya apabila "tersendra" di Rafa sesuatu menakjubkan. Ia bukan sahaja mengejutkan Nadir al Nuri tetapi seluruh rakyat Malaysia terkejut atas kejayaan misi mempertemukan keluarga yang terpisah ini. 

Nadir Al Nuri sendiri dalam catatan aprisasi kejayaan itu, mezahirkan rasa bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan anak dan isterinya selepas terpisah akibat perang di Palestin berbulan-bulan. 

Tanpa siapa mengetahui usaha mempersatukan semula keluarga anak pemimpin Pas itu diusahakan oleh Farhan atas restui Perdana Menteri. Anwar pula menggunakan sepenuhnya konteks beliau dengan pemimpin di negara-negara bergolak itu khasnya di Palestin untuk mempertemukan semula ayah, ibu dan anak-anak terpisah itu. 

Nadir Al Nuri sendiri tidak yakin dengan usaha itu dimana beliau menganggap misi mempersatukan semula keluarganya iru Misi Gila yang bahaya. Apa dialami Nadir Al Nuri dan anak isterinya itu seperti mati hidup semula. Kejayaan misi ini layak untuk dianugerahkan piala seperti Hadiah Nobel baik buat Farhan maupun perdana menteri. 

Demikianlah komitmen seorang perdana menteri yang mempedulikan nasib rakyatnya tanpa mengira siapa mereka. Dan Anwar pula bertuah kerana mempunyai setiausaha politik seperti Farhan itu yang berkerja dalam senyap, membantu sesiapa sahaja tanpa menghebuhkan kepada umum, jauh sekali bersikap tidak menjawab WhatsApp yang dialamatkan kepadanya seperti salah seorang setiausaha politik Anwar. [wm.kl. 2:27 am 21/04/2024]

No comments: