Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki (foto) berharap supaya pelantikan Haron Din sebagai Ketua Kluster Sosial Dakwah Majlis Perundangan Islam (MPI) tidak dipolitikkan ini kerana . menurutnya Haron paling tepat bagi mengepalai kluster itu dan ia sebagai satu penghormatan kerajaan kepadanya.
Asyraf juga kata pelantikan itu bukan satu penghinaan kepada Haron Din seperti disifatkan oleh sesetengah orang. Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pesimis dengan pelantikan itu dan beranggap ia menghina Pas. Sokongan Asyraf atas pelantikan Haron itu kerana dia mengenali Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding dengan politik. Tanggapan itu memang betul jika dilihat perjalanan perjuangan Haron yang tersekat-sekat dalam politik dan dakwah.