Showing posts with label Daeng Sanusi. Show all posts
Showing posts with label Daeng Sanusi. Show all posts

Monday, April 4, 2016

Daeng Sanusi kena undur untuk jaga maruah Pas

STOP PRESS 

Saya baharu menerima email surat Husam Musa yang ditujukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Daeng Sanusi Daeng Meriok (foto). Atas alasan dan hujah yang diberikan Husam, Daeng Sanusi bukan sahaja tidak layak untuk menghakimi dakwaan ke atasnya (Husam), tetapi dia juga patut berundur dari memegang jawatan itu secara terhormat.

Daeng Sanusi seharusnya lebih bertanggungjawab dan menjaga keampuhan integriti parti daripada orang-orang yang disenanginya. Kalau beliau yang sudah jelas "melakukan salah laku" seperti didakwa Husam itu masih lagi bertahan, macam mana ahli dan penyokong Pas mahu menjadikan dia sebagai "orang tua" berwibawa dan dihormati.

Hendaknya Daeng Sanusi tidak mengulangi krisis kehakiman yang pernah berlaku di negara ini. Wajah dan maruah Pas harus dijaga sebaik mungkin setaraf dengan ia sebagai sebuah parti agama. 

Tuesday, December 2, 2014

Daeng Sanusi patut pupuk perasaan baik bukan lebarkan prasangka

BINGKAS MALAM                                                                                           

Kelmarin saya menerima SMS dari seseorang yang bertanyakan saya apakah sudah dengar atau tidak komen dan ulasan Dr Daeng Sanusi Daeng Meriok (Pak Daeng) terhadap Husam Musa. Begini bunyi SMS berkenaan; "Mso dengar dah ke apa kata Pak Daeng Sanusi kepada Husam, "parok" (teruk) juga. Guana lagu tu?" Saya yakin yang mengirimkan SMS itu daripada orang Kelantan, sebab bahasa digunakan itu, dialek Kelantan. Saya tak kenal nombornya maka saya tak balas dan mengabaikan begitu sahaja.

Husam Musa, tidak jawab.
Daeng Sanusi, tak wajar..
Sehinggalah saya terima satu lagi SMS hal yang sama daripada orang lain pula yang mempertikaikan tindakan Pak Daeng Sanusi. Bunyi SMS itu, "MSO kena nasihat Pak Daeng, orang tua kena dok diam diamlah, dan kalau nak tegur biarlah adil jangan berat sebelah...". Keras nada SMS itu menyebabkan saya sedikit terperagah. Saya kebingungan apa yang sudah Pak Daeng lakukan?