[kemaskini] Bertempat di sebuah dewan kecil Yayasan Kepimpinan Perdana di Puterajaya, semalam, telah berlangsung majlis dialog politik di antara dua tokoh dengan para cendekiawan Melayu. Dua tokoh yang diangkat dalam majlis tiu ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dan Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad.Meletakkan dua sosok ini dipodium dialog sangat tepat kerana mereka boleh dianggap dua tokoh mewakili dua generas. Dr Mahathir boleh disifatkan sebagai tokoh veteran yang ever green manakala Husam tokoh muda menjadi "katalis" harapan negara.
