Showing posts with label HABIB AN NAJJAR. Show all posts
Showing posts with label HABIB AN NAJJAR. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

Kisah "Rajulun" Habib an-Najjar ahli syurga

MISI KEMANUSIAAN (2)

Setiap daripada kita pasti membaca surah Yassin. Biasanya malam Jumaat paling tidak khatam untuk satu kali. Tetapi apakah kita menyelidi dan menghayati kisah atau ibrah yang tertera dalam surah itu? Menyelami pengajaran yang tersurat dan disirat di dalamnya bagi memaknakan hidup ini. Mungkin tidak.

Makam Habib an-Najjar dalam lubang dalam masjid.
Yang pasti kita tahu bahawa surat Yassin banyak mukjizat dan hikmat-hikmatnya. Surah Yassin menjadi penawar yang boleh menyembuhkan segala macam penyakit.

 Dalam surah Yassin ada dikisahkan mengenai "Rajulun" seorang lelaki disebut datang dari hujung kampung dalam keadaan tergesa-gesa. Kisah ini sangat popular yang diterakan dalam surah berkenaan. Populisnya sehinggakan dianalogikan surah Yassin itu sebagai surah lelaki berkenaan.