Showing posts with label Hishamuddin Hussein. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin Hussein. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

Pelantikan Hishamuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas isyarat jelas buat Zahid?

STOP PRESS

Wah..dalam diam-diam Umno rupanya bergolak? Hari ini Najib Razak telah melantik sepupunya Hishamuddin Hussein menjadi Menteri Dengan Tuga-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri. Kebiasaanya porfolio ini bertanggungjawab khusus kepada perdana menteri.

Untuk apa dan kenapa pelantikan ini dibuat? Apakah ianya dalam proses Najib untuk menyalinkan kekuasaanya kepada Hishamuddin. Maka Hishmuddin perlu diletakkan di situ untuk melakukan apa yang patut?

Dalam Umno mungkin senyap dengan pelantikan itu tetapi di luar pasti riuh. Akan ada berbagai spekulasi mengenai hal ini. Orang Umno tidak berani untuk membuat apa-apa spekulasi dengan pelantikan ini walaupun ia memberi cabaran kepada Zahid Hamidi. Mereka yang digamkan mulut oleh Najib dengan wang ringgit, taubat tak berani bersuara.

Sunday, March 5, 2017

Hishamuddin eksploit lawatan Raja Salman untuk politiknya?

KOMENTAR

Keratan akhbar memuatkan tulisan Hishamuddin.
Panjang lebar, memakan ruang semuka penuh Hishamuddin Hussein menulis merakamkan pengalaman, keterujaan dan ulasan beliau mengenai kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Malaysia beberapa hari lepas.

Tulisan Hishamuddin itu dimuatkan dalam akhbar berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris, New Sunday Time keluaran 5 Mac, 2017.

Manakala dalam bahasa Melayu pula dalam Berita Minggu (?), pada hari yang sama. Kedua keratan akhbar itu dimuatkan dalam twiternya.

Thursday, April 26, 2012

Ulasan Isu

Berish 3.0 Akan Merosak Kredibiliti Hishamuddin


Kalau projek lembu gemuk (NFC) bernilai RM250 juta dianugerhakan kepada suami Sharizat Abdul Jalil, Datuk Salleh akhirnya merosakkan imej Sharizat sebagai Menteri Pembangunan Keluaraga dan Wanita sehingga memaksa menteri itu meletak jawatan - atau tidak disambung jawatannya, proses dan implikasi yang sama juga sedang berlaku ke atas Hishamuddin Hussein dengan isu Bersih 3.0 ini.

Hishamuddin Hussein
Sebelum ini ramai yang tidak menduga akhirnya Sharizat dibelit tali lembu dan mengakhiri kerjaya politiknya. Andaian ini mungkin dibuat kepada usaha pencacai, pendendam dan pendengki tertentu kepada Pakatan Rakyat yang telah cuba mengeksploitasikan lembu korban untuk menjatuhkan MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim tetapi gagal. Walaupun gara-gara isu itu memaksa Khlaid mencemarkan tapak kasut ke SPRM, namun hasil diharapkan tidak menjadi.

Berlaku istidraj apabila orang yang melaporkan isu Khalid ke SPRM akhirnya 'bertaubat' dan menyertai PKR. Takdir Allah talaan itu memberi kemenangan besar dan menaikkan darjat Khalid.

Khalid tidak diheret ke mahkamah atas tuduhan melakukan rasuah dengan lembu korban. Kegagalan isu yang dibawa oleh golongan Mat Buntal itu, menyebabkan orang Umno termasuk Shahrizat sendiri memandang enteng kepada isu lembu gemuk itu. Sebenarnya mereka terlupa bahawa nilai lembu korban Khalid dengan lembu Datuk Salleh laki Sharizat jauh bezanya, sejauh negara dengan syurga.

Lembu Khalid lembu suci yang diberikan untuk rakyat melakukan korban sebagai mengenang sunnah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Roh lembu yang dikorbankan oleh Khalid itu sampai ke syurga. Sebaliknya lembu Datuk Salleh, lembu yang diragui. Sebahagian duit yang diperuntukan untuk lembu berkenaan disalahgunakan dengan membeli kondo, tanah, kenderaan dan juga makan angin di luar negara.

Justeru Sharizat buat tidak kisah dan menganggapnya isu remeh yang tidak memberi risiko dan memecahkan kudis gatal kepadanya. Sebaliknya yang berlaku, lembu gemuk itu sudah kencing dan berak dalam mangkok politiknya menjadikan buana politiknya huruhara.

Nah.. apakah yang menimpa Sharizat itu akan menimpa Hishamuddin Hussein pula? Ada tanda-tanda ia akan mengikuti jejak Sharizat. Hishmuddin akan berdepan dengan risiko seperti Sharizat juga. Menteri Dalam Negeri itu seakan melihat isu Bersih 3.0 ini sebagai remeh temeh dan hanya kemucut yang lekat di kaki seluar saja. Cara beliau melayan Bersih seakan main-main saja dan tidak serius. Dolak dalih terhadap Bersih menjadikan Hishamuddin melayan Bersih seperti melayan budak-budak dan bukan usaha dari seorang bertaraf menteri.

Bersih bukan budak-budak. Ia dianggotai golongan profesional dan perjuangannya jelas. Ia mendapat sokongan rakyat. Sebanyak 84 buah Ngo bersama Bersih. Walaupun ia bukan sebesar dan sehebar parti politi; Pas, PKR dan DAP tetapi gerakan itu merakyat. Bukan semua yang bersama Bersih orang parti. Makanya ia lebih besar dari isu-isu yang dibangkitkan oleh parti politik. Bersih jauh sekali dari Ngo bernama Tibai atau pun Jati malah Perkasa(m).

Lantaran itu Hishamuddin seharusnya tidak main-main dan perlu serius menanganinya. Dia tidak boleh menjadikan Bersih sebagai testimoni untuk melihat sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat. Kejayaan dan pengaruh Bersih sudah pun terbukti. Sepatutnya beliau mengambil iktibar atas semua itu.

Hishamuddin sepatut nilai siapa yang berada di belakang dan hadapan Bersih. Mereka adalah pejuang tulen untuk rakyat dan negara. Mereka tidak ada kepentingan. Apa yang berlaku, parti politik yang mengambil kepentingan atas Bersih. Silap Hishamuddin dan Umno tidak mahu mengambil kepentingan itu di sinilah liar atau cerdiknya oposisi.

Rakyat yang menyertai Bersih termasuk saya, tidak akan sedia untuk bersusah payah kalau bukan atas prinsisp dan asas yang benar. Bukan sahaja kebetulan ia mendapat sokongan Pas, PKR dan DAP, tetapi kalau perkara sama digerakan Ngo lain dan disokong Umno saya dan orang lain juga bersedia. Asalkan demi kebenaran dan keadilan untuk semua. Sebab itu saya secara peribadi dalam mengkritik Umno, tidak semua apa dibuat Umno saya kritik dan tidak setuju begitu juga dipihak Pakatan Rakyat kerana kita bukan dibajai emosi partisan, tetapi waras.

Cuba Umno buat tunjuk perasaan menuntut Hudud dilaksanakan di negara ini. Saya rasa ramai yang akan bersama Umno. Saya pasti berada di hadapan. Tetapi jangan seperti Ngo beras kampit yang menggunakan nama Islam, nama akidah, namah ummah, tetapi ceramahnya mengutuk Anwar dan beberapa pemimpin Pas lain.  Itu bukan perjuangan atas nama Tuhan tetapi sebuah pengkhiatan yang menggunakan nama Tuhan. Nauzubilahiminakzalik.

Berbalik kepada Hishamuddin, apabila beliau melayan Bersih seperti layan budak-budak, acuh tak acuh dan suka-suka implikasi buruknya akan singgah ke atas belakangnya. Dunia akan menilai sejauh mana wibawa dan juga integriti beliau sebagai menteri. Dunia akan menilai kemampuannya menangani kemelut rakyat.

Dalam hal ini nampak sangat Hishamuddin tidak konsisten dan hilang punca penyelesaian. Kedangkalan idea dan buah fikir. Satu masa dia mengatakan kerajaan membenarkan Bersih satu masa lain berdolak dalih soal keselamatan. Satu masa dia mengatakan Bersih pertubuhan haram, hari ini Bersih sudah menjadi halal. Kata-kata dan keputusan Hishamuddin sepreti orang kemabukan brendy. Betukah ejaan itu?

Mulanya dia menegaskan Polis dia tidak ada masalah kalau Bersih hendak diadakan. Tetapi hari belum sampai terbalik ke petang polis Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan melarang himpunan Bersih. Apakah erti semua ini kalau bukan berlaku mis komunikasi dan persefahaman antara menteri dengan polis.

Satu masa dia mengatakan bukan soal tidak benarkan Bersih di Dataran Merdeka, tetapi soal keselamatan. Naif sangat politik Hishamuddin yang cuba menyembunyikan bangkai di bawah sehelai lalang. Keselamatan? Bukankah keselamatan bukan saja keselamatan Dataran Merdeka, tetapi keselamatan seluruh negara terletak ditangannya. Kalau skop keselamatan Hishamuddin belum tahu macam mana dia boleh dilantik menjadi menteri sepenting itu. Apakah kelayakannya kerana dia adik sepupu Ha Najib Razak?

Apakah kalau Bersih diadakan di stadium yang dicadangkan itu ia boleh menjamin keselamatan? Di sinilah orang dapat menduga dan membaca tektik kebudak-budakan Hishamuddin. Beliau mengajak peserta Bersih ke situ untuk memudahkan mengurung mereka. Keselamatan yang dikatakan itu berbanding dengan di Dataran Merdeka adalah helah semata-mata. Kalau peserta sudah ramai mencecah ratusan ribu apakah kalau diadakan di stadium keselamatan akan terjamin? Jawabnya tidak.

Jadi tawaran di tempat alternatif itu hanya helah saja. Untuk menampak kerajaan baik dan digunakan isu keselamatan. Isu keselamatan tidak berbangkit kerana Bersih kali ini duduk dan dan bantah selama 2 jam. Itu sahaja. Ia lebih selamat dan tidak membimbangkan dari Bersih sebelum ini. Soalnya kalau polis tidak menjadi gila dengan menyembur air gatal, mengejar dan pukul peserta ia tidak menjadi kecoh. Dalam hal ini juga mneunjukkan polis kita atau menteri sendiri belum bijak membaca suasana dan membuat prediction.

Keadaan Hishamuddin kini sudah sukar untuk diperbetulkan. Cakap-cakap dan kata-katanya orang sudah tidak percayai lagi. Apa saja dia cakap orang akan melihat ianya sebagai helah politik untuk menyelamatkan Umno yang sudah terjempit. Natijah dari tektik dan strategis Hishamuddin itu menyebabkan orang melihat Hishamuddin adalah antara menteri yang paling lemah dan tidak melayakkan dia berada di situ.

Kalau lembu menendang dan menendeh Sharizat, Bersih pula bakal menimbuskan Hishamuddin. Tengoklah nanti, bukan hari ini tetapi sejarah akan mencatat demikian, bahawa Hishamuddin menteri dalam negeri yang tidak konsisten dengan keputusan dan tidak tegas dengan tindakannya. [wm.kl.10:05 am 26/04/12]

Thursday, February 23, 2012

Sebelum Rehat Petang

Yang Maki Hamun Anwar Sahih Budak Nakal Sembrong?

Ahli Parlimen Sembrong Hishamuddin Hussein menafikan kekacauan dan gangguan ke atas ceramah Anwar Ibrahim malam Ahad lalu di Johor bukan berlaku di dalam kawasan parlimennya tetapi di Batu Empat, Kluang. Katanya anak-anak muda yang buat nakal termasuk melontar air kencing yang dimasukkan ke dalam botol mineral bukan ahli Umno yang diupah.

Cepat sangat menteri dalam negeri itu buat penafian. Saya tidak hairan sikit pun kerana menteri ini selalu buat kenyataan sebelum laporan penuh disampaikan kepadanya. Banyak kes atau pun kenyataan dibuat mendahului laporan tiba keadaan ini menyebabkan Polis kurang senang dengan telatah menterinya itu. Al hasilnya wibawa beliau sebagai menteri boleh dipertikaikan.

Kebetulan malam kejadian itu saya berada di tempat itu. Saya tidak tahu kalau tempat Anwar ceramah itu termasuk dalam kawasan Sembrong atau tidak. Saya tidak sempat ukur tetapi menurut orang kawasan itu sempadan dengan Sembrong kerana ia dirujuk kepada Sembrong. Pejabat Keadilan sendiri menggunakan alamat Sembrong.

Mungkin apa yang saya saksi mengesahkan bahawa yang buat nakal dan bertindak seperti orang liar itu adalah orang Umno ataupun anak-anak nakal yang diupah oleh Umno Sembrong. Ini kerana dua tiga orang anak muda yang melaung-laung dan bertempik memaki hamun Anwar benar-benar di depan mata saya memakai t-shirt berwarna hitam tertulis Sembrong 13 dan di atasnya tertera gambar Hihsmuddin pakai topi ada lambang BN.

Yang membuat bingit dengan menguatkan enjin motosikal pula memegang bendera dacing dan bendera Umno keris lucah. Mereka menyanyi lagu patriotik kepala lutut Umno dan sambil melemparkan kata-kata kesat dan menjijikkan.

Apakah itu bukan anak-anak nakal Sembrong? Atau pun mereka itu sengaja diupah oleh PKR untuk memburukkan Hishamuddin? Begitukah yang hendak disampaikan oleh Hishamuddin dengan penafian itu... nak tunjuk Umno Sembrong berakhlak dan bertamadun? Maklumlah Anwar ini suka bersandiwara dan membuat kerja menipu? Dulu semasa di tahan dalam lokap polis, Anwar telah menghantukkan mukanya ke kepala lutut hingga lebam.

Mahathir yang ketika itu jadi PM membuat kenyataan itu. Tetapi apa yang didedah oleh suruhanjaya diraja mengesahkan mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh bekas ketua polis negara. Mungkin juga malam itu yang buat kacau adalah budak-budak Anwar sendiri? Kalau ketua polis sekarang sebaka dengan ketua polis dulu mungkin dia akan membuat dakwaan begitu juga, Anwar sengaja memburukkan dirinya sendiri di Sembrong.

Kata Hishamuddin polis akan menyiasat dan mereka yang bersalah tentu akan ditangkap. Itu prinsip undang-undang tetapi Hishamuddin tahu sejauh mana prinsip itu dilaksanakan.

Bagaimapun janji itu bagus. Tetapi jangan pula selepas dijalankan siasatan polis tangkap Anwar. Untuk membuktikan Anwar yang arah budak-budak nakal lagi liar itu diletakkan dua tiga helai baju t shirt Sembrong 13. Kalau ini berlaku ia tidak pelik kerana sudah acap kali taktik demikian diperlakukan. [wm.kl 2:43 pm 24/02/12]

Wednesday, March 30, 2011

Jamahan Malam

Hishamuddin Kena Lawan Tikus Dulu..

KHABARNYA Menteri Dalam Negeri (KDN) Hishamuddin Hussein akan menyaman Anwar Ibrahim. Kesalahannya kerana Anwar dakwa beliau dan abang sepupunya Najib Razak terlibat dalam pembikinaan video lucah yang mengaitkan dirinya.

Saman menyaman itu hak Hishamuddin dan sesiapa saja. Kalau kita merasakan dianiaya maka mahkamahlah tempat mengadu. Adulah kepada mahkamah dan mahkamah akan menentukan apakah yang didakwa itu benar atau tidak.

Tindakan Hishamuddin itu satu keberanian untuk menafikan dia terlibat dengan pendedahan video itu. Tindakan Hishamuddin itu boleh dianggap berani kerana untuk berlawan dengan Anwar bukan calang-calang orang. Tenguklah hari ini dalam semua orang menghala muncung senjata, bedil, keris dan segala macam ke arahnysa, dia masih mendapat sokongan. Hanya orang yang memiliki kuasa ajaib sahaja boleh surivive bila diserang begitu rupa.

Pun begitu di sini saya nak sebut sikit kepada cucu Onn Jaafar itu, daripada dia sibuk hendak menyaman Anwar elok kalau dia jenguk ke Pulapo di Jalan Gurney melihat apa yang berlaku di situ sebaik mungkin. Kejadian di pusat latihan polis itu cukup membimbangkan dan sewajarnya diberikan perhatian serius.

Menurut laporan berita tv sekejap tadi setakat ini sudah tiga orang pelatih meninggal dunia di Pulapo kerana terkena air kencing tikus. Manakala empat orang lagi sedang dirawat di hospital dan sebanyak 59 orang pelatih pula diasingkan.

Ini kes berat ini. Seingat saya inilah pertama kali pelatih mati 'percuma' di dalam pusat latihan. Memalukan lagi bila mana kematian itu disebabkan air kencing tikus.

Jadi adalah baik Hishamuddin selesaikan dulu masalah virus berkenaan daripada bercakap soal-soal politik yang lebih untuk menyembunyikan fakta. Rasanya tindakan menghalau tikus lebih afdal daripada menyaman Anwar.

Masalah yang berlaku itu melibatkan nyawa manusia dan maruah pasukan polis dan negara ini.

Kalau dunia dengar nanti macam mana nak jawab pelatih yang dalam kewalan begitu eksklusif pun boleh diserang tikus. Macam mana pula dengan rakyat yang berada di luar, lebih-lebih lagi terdedah dengan bahaya itu.

Kita tidak mahu dengar selepas ini kerana kelalaian dan pengabaian keselamatan dan kebersihan akan ada pula anggota polis atau bekas KPN yang mati kerana terpijak ekor tikus. He he he...[wm.kl. 9:00 pm 30/03/11]