Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh walaupun sudah tiada, suaranya masih bergema

BELASUNGKAWA                                                                                

Kandati berkerusi roda Karpal tetap hadir parlimen.
Pagi ini tidak ada khabar paling menggempar dan menyedihkan melainkan berita kematian ahli Parlimen dan peguam kanan Karpal Singh, 74 akibat kemalangan jalan raya di kilometer 301.6 lebuh raya Utara-Selatan jam 12:45 pagi tadi. Kemalangan itu juga turut membunuh pembantunya Michael Cornelius manakala anaknya Ram Karpal dan pemandunya cedera parah.

Kematian Karpal merupakan suatu kehilangan buat negara dan ia dirasai oleh semua orang yang mengenali kehebatannya sebagai anggota parlimen dan juga sebagai peguam digeruni.

Saturday, April 27, 2013

Karpal Singh Hidapi Saraf Politik?

ULASAN ISU                                                                                          

Kalau kita menyifatkan Karpal Singh sedang menghidap satu penyakit berhubung saraf mungkin ada yang tidak bersetuju dan akan menganggap tanggapan itu busuk dan kejam. Tetapi kalau diperhatikan tindak tanduk dan aksi-aksi lisan poliiknya (kenyataan media) yang tidak menuruti alunan angin semasa dalam PKR, Karpal Singh memang sah menghidap sejenis penyakit.

Karpal: Naif politik.
Pemikirannya mungkin masih waras, tetapi politiknya sudah tidak begitu waras. Karpal semacam bercakap apa yang terlintas di kepalanya saja tanpa mempedulikan maslahat lain dan dia seakan berada dalam kekacauan fikiran antara politik dengan profesyennya sebagai seorang pengamal undang-undang. Apakah Karpal tahu bahawa di dalam politik tidak ada (valid) undang-undang? Atau undang-undang hanya digunakan untuk pemanis mulut sahaja bukan untuk diamalkan sepenuhnya seperti di dalam sebuah perbicaraan mahkamah yang mempunyai tatacara dan peraturan ketat?

Jadi dunia politik tidak boleh disamakan dengan dunia mahkamah yang berdasarkan hujah dan fakta dan menang kalah bergantung kepaada teknikal?

Sunday, January 20, 2013

Karpal Singh Harus Memahami PAS

SESUDAH SUBUH                                                                                                                                 

Dalam demokrasi yang membenarkan kebebasan bersuara hatta kepada mereka yang gagap, sengau ataupun telor semuanya boleh bersuara. Itulah demokrasi yang difahami dan dituntut. Walaupun suara yang disuara itu jelas bertentangan dengan nilai diri ataupun wujud konflit tetapi kerana atas nama kebebasan ia boleh dilakukan.

Karpal Singh
Atas dasar itu jugalah Pengerusi DAP Karpal Singh terus bersuara bagi memenuhi erti dan makna demokrasi tadi. Beliau tidak langsung cuba memahami atau pun menghormati hak-hak orang lain. Justeru beliau mahu memujuk Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula keputusan majlis syura ulama mengenai kalimah Allah.

Karpal mahu Majlis Syura Ulama atau PAS membuat keputusan selari dengan ketetapan Pakatan Rakyat berhubung penggunaan kalimah Allah. Pakatan Rakyat bersetuju perkataan Allah diguna pakai oleh semua dan ia boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu.