Nakhoda Pakatan Terus Diserang
Umno Semakin Panas Kepala!
Berputar-putar kepala pemimpin dan pakar strategis Umno mencari mangsa untuk dilahap
bagi mengenyangkan perut busuk menjelang pilihan raya umum ke 13. Tektik
memburukkan peribadi telah mengambil alih politik kekerasan dan samseng yang telah dicubakan sebelum ini di beberapa buah negeri.
Umno menyedari politik
kekerasan dan mafia sudah tidak laku lagi. Politik hutan rimba itu
ditolak oleh rakyat khasnya generasi muda. Ternyata beberapa siri
ugutan, mengkhianati harta benda pemimpin Pakatan Rakyat seperti memancitkan tayar kereta, merosak premis, lontar batu dan sebagainya tidak memberi
bekas kepada pembangkang. Malahan makin dilakukan ugutan, kekasaran,
semangat orang ramai yang simpati kepada pembangkang makin meninggi. Pemimpin pembangkang pula seakan tidak sedikitpun pedulikan kepada
politik mafia itu.
 |
| Anwar, Husam dan Azmin terus diserang. |
Umno jadi mati akal dan buntu. Kerana itu Umno menukar
tektik menyerang peribadi pula. Mereka cerita dan membuat fitnah. Skrip-skrip kejahatan ditulis kemudian dilakonkan. Satu demi satu para pemimpin
pembangkang yang berpotensi diserang hendap. Kisah-kisah lama, termasuk
laporan dan siasatan SPRM ke atas pemimpin Pakatan dibuka kembali seluasnya dengan penuh dramatik dan terancang.
Orang
yang sebelum ini dipergunakan menjadi alat dan 'mengurikan' diri,
diugut atau diberi upah atau menyuarakan semula segala kisah-kisah dan
cerita rekaan itu. Tindakan ini menyebabkan sesetengah orang yang
menjadi alat sakit dan mengalami tekanan jiwa kerana terpaksa melakukan
sesuatu kejahatan bukan atas kerelaan mereka menjadi semakin sakit jiwa serta ada yang bermenung panjang di malam hari membawa ke dini Subuh.
Kisah timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang kononnya
memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit dengan memiliki saham diungkit
semula. Digunakan darah daging Azmin sendiri untuk membusukkan dan
menjatuhkan reputasi Azmin. Kes itu sudah pun selesai 17 tahun lalu dan
seharusnya tidak ada lagi mulut dan ***** gatal menyebutkannya dan mengenyehkan kisah itu. Celakanya orang-orang yang dulunya dapat membeli rokok dengan wang Azmin turut menjadi juara dan saksi utama.
Tetapi
kerana kebutuhan perut, memerlukan wang untuk membeli gincu dan bedak
untuk mengkosmetikkan wajah agar cepat dipinang ia dilakukan. Orang ini terpaksa sanggup
menungging punggung kepada anggota keluarganya sendiri dan hilang rasa hormat dan
peribadi seorang perempuan demi itu semua. Dia memerlukan kosmetik
bagi 'menjangokkan' dirinya agar tidak selamanya menjadi anak dara tua
yang tidak pernah tersentuh. He he...
Apabila ada orang sanggup membuka aib orang lain dan
menyuburkan fitnah, maka ia disambut oleh media penjilat buntut. Media
itu pun melalaklah memperbesarkan cerita sudah selesai itu. Wartawan dan pengarang di media berkenaan pun menjadi naif
senaif-naifnya bukan saja melangkah etika kewartawanan tetapi menunjukkan
diri seolah-olah bodoh kerana menyiarkan cerira basi. Minda
kewartawanan juga jatuh melerek ke dalam car - longkang kerana ditekan
dari atas ataupun kerana ketiadaan kekuatan diri.
Jika media berkenaan ada maruah mereka tidak akan memainkan isu
yang sudah lapok itu dan tamat itu. Sebelum ini ia sudah runyai dan hanyir memainkan
isu berkenaan. Tetapi ternyata orang yang hendak dijadikan mangsa, Azmin
Ali tidak juga hancur. Kebenaran tetap akan ampuh meskipun sebesar mana
kepalsuan dan fitnah yang direkakan. Maruah wartawan dan media berkenaan juga hancur lebur.
Isu Azmin memiliki kekayaan sudah pun reda. Umno pening kepala dan
gagal untuk mengerutukan kepala rakyat. Rakyat tidak sedikit pun
mempersoalkan integriti Azmin dengan pendedahan semula perkara itu sebaliknya rakyat meludah kahak kepada
media PB itu. Betapa ia didedah penuh dramatik tetapi orang ramai tidak
mempercayainya. Azmin bukan dicemuh tetapi rasa simpati dan sokongan
moralnya menjadi semakin hebat lagi. Beliau sendiri tentunya akan jadi bertambah semangat untuk menentang kemungkaran dan kejahatan yang dihalakan kepadanya.
Selepas Azmin tidak
berjaya dimakan dan diganggu mindanya, Umno berpaling pula kepada
Anwar Ibrahim. Tidak habis-habis Umno meliwat Anwar dari depan dan
belakang. Ada kalanya isu berulang-ulang dimainkan. Semua orang
digunakan untuk memalu dan menghancurkan Anwar. Pembalasan terhadap Azmin dan Anwar ini bergilir-gilir kerana Umno melihat nyawa dan roh PKR terletak di dalam diri kedua manusia ini.
Kaki
pukul, kaki betina, ibu ayam, perempuan sundal digunakan. Dari jenis
orang seburuk-buruk moral hingga kepada orang yang berdarjat tinggi
sampai ke bekas Perdana Menteri diguna atau pun ikut menjadi tuku,
gergaji, sesiku, pahat dan sebagainya untuk memusnahkan Anwar. Yang belum
digunakan ialah raja dan sultan. Tidak mustahil juga kalau terdesak dan
Umno boleh mempengaruhi sultan dan raja, akan ada raja dan sultan
gila bertitah agar menolak Anwar atau menolak Pakatan Rakyat?
Isu atau modal terbaru untuk memburukkan Anwar ialah kononya Anwar
mengawal akaun induk semasa menjadi menteri kewangan dulu bernilai RM3
billion. Sepatutnya cerita ini tidak diungkitkan lagi kerana umum sudah tahu apa dan mengapa sebab cerita itu didedahkan dalam
Utusan Malaysia. Orang waras dan
sempurna akalnya tidak akan sentuh lagi kerana ia sudah selesai. Isu ini
sudah pun dibincang hangat 13 tahun lalu dan sudah pun ditutup oleh SPRM?
Tetapi kerana pemikiran Umno tidak stabil, kepalanya berasap kepanasan maka isu ini terus diungkit. Ia akan dibangkit selagi Anwar
ada di atas dunia ini. Tindakan ini juga menunjukkan Umno sudah
kehabisan modal dan kekeringan idea untuk menjahanamkan Anwar. Segala formula dan teori jahiliah digunakan namun ia tetap menghampakan. Sudah habis
ikhtiar dilakukan tetapi rakyat tetap menyokong dan menyokong Anwar.
Selain Azmin dan Anwar, Umno juga turut mengintip dan menyerang
Naib Presiden Pas Husam Musa menerusi media massanya. Hari ini geger di media massa PB
yang kononnya berlaku penyelewengan dalam syarikat Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd yang menguruskan
dinar dan dirham di Kelantan. Direkakan cerita kononnya berlaku
penyelewengan menyebabkan berpuluh juta pembelian dinar dan dirham oleh KGT hilang.
Husam dituduh bertanggungjawab dan menuntut menjelaskan apa yang berlaku. Untuk menampakkan tuduhan itu sebagai real diwujudkan orang-orang yang hanya ada nama tetapi
tidak ada anggota (hantu) kononnya tertipu atau ditipu oleh syarikat pengurusan
dirham dan dinar itu. Husam telah pun membuat cabaran supaya tuduhan itu
dibuktikan. Beliau meminta agar orang yang mendakwa ditipu itu tampil ke
hadapan. Sehingga menjelang Maghrib ini orang yang dimaksudkan masih
belum tampil lagi.
Sebenarnya orang sudah faham apa yang
dilakukan atau pun didedahkan oleh media PB yang memetik dari laporan
sebuah blog itu. Ia bukan kebenaran tetapi ilusi bloger berkenaan yang berdendam dan sakit hati berulam jantung dengan Husam.
Seribu cerita boleh dilakukan untuk memburukkan Husam khasnya dan
kerajaan Kelantan amnya. Kerja sebegitu tidak perlu dirasakan hairan dan pelik kerana
sebelum ini bloger itulah juga yang menukar skrip dan membuat suntingan
untuk memuji Husam menjadikan Husam sebagai ratu Cik Siti Wan Kembang.
Jadi kalau hari ini dia jadi sebaliknya tidak pelik
kerana kerja-kerja menulis skrip dan suntingan itu yang memerlukan upahan (hingga mencecah ribuan ringgit) boleh dipindah hanya dengan menekan butang di keyboard sahaja.
Kesimpulannya
isu-isu peribadi yang ditimbulkan oleh media PB atas arahan Umno itu
kenapa menjadi pilihan mereka kerana orang yang mereka serang itu adalah wira dan master mind di dalam perjuangan (PR) hari ini. Sudah semestinya untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat mereka harus memusnahkan para nakhoda dan panglima ini terlebih dulu. Bila panglima ini cedera atau pun tempang maka mudahlah untuk mereka menguasai negeri kerana para awak-awak yang tinggal tidak sukar untuk mereka musnahkan. Jerkah pun para awak-awak itu akan lari, tetapi tidak dengan nakhoda-nakhoda ini.
[wm.kl.7:46 pm 20/06/12]