RENCANA
Berhentilah meramal nombor.
USAHA untuk
mengambil alih kerajaan PH yang hilang kerana dicuri tampaknya samar dan
harapan untuk berjaya semakin berbalam-balam dan kelihatan seperti fotamorgana. Walaupun ada usaha ke arah itu sedang
dijalankan dengan nawaitu mengembalikan hak dan sekaligus “membalas dendam”, tetapi ia tidak menyakinkan. Ada
dua hambatan terhadap usaha berkenaan.
Berhentilah meramal nombor.
![]() |
| Dua Pertemuan: Agen nombor ramalan sedang memberi ramalan mereka. |
Pertama, bilangan sokongan untuk berbuat demikian masih diragui. Majoriti mudah yang
diperlukan (112) masih belum sahih walaupun ia didakwa sudah genap bahkan mencapai 129 kerusi? Wow...
