Showing posts with label Korban Aceh. Show all posts
Showing posts with label Korban Aceh. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Salam Dari Aceh

Raya Di Tanah Rencong

Sudah dua hari saya di Aceh. Alhamdulilah urusan korban sudah selesai dilaksakan. Esok saya akan solat raya di masjid Baiturrahman. Seusai solat akan ke Ujung Batil untuk menyaksikan upacara korban di sana. Catatan di sekitar korban dan suasana aidil adha di sini akan dimuatkan dalam blog.

Dikesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan salam aidil adha kepada penjenguk blog teristimewa mereka yang ikut memberi sumbangan untuk korban tahun ini.





Rakaman perarakan menyambut Aidil Adha di perkarangan Masjid Baiturrahman

InsyaAllah semoga korban ikhlas kita akan diterima Allah. Selamat hari raya korban. [banda aceh.5:00 ptg 05/11/11]

Wednesday, November 2, 2011

Pemakluman

Terima Kasih Atas Sokongan Anda
Pintu Korban Sudah Ditutup

Assamualaikum wbh wbt.

Sehingga hari ini saya masih lagi menerima panggilan dan pertanyaan berhubung ibadat korban di Aceh. Masih ada rakan-rakan dan penjenguk setia blog Merah Tinta ingin ikut sama menyumbang.

Tetapi sayang masa sudah semput menyebabkan saya tidak boleh menerima sumbangan lagi. Terima kasih saya ucapan kepada rakan yang memberi komitmen atas usaha saya ini yang mana ia juga merupakan usaha bersama menerusi blog Merah Tinta.

Saya sungguh terharu di atas kerjasama dan budi baik penjenguk sekelian. Semua kebaikan itu membuktikan bahawa masih ada ehsan di jiwa kita untuk membantu atau memberi bahagia kepada rakyat Acheh khasnya mangsa tsunami.

Segala sumbangan, harapan, doa dan kerjasama baik dari anda sekalian saya tidak mampu membalasnya melainkan dapat berdoa dan meminta keampuan Allah dan semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua. Doakan juga sumbangan kita dapat dilaksanakan sesempurnanya.

InysaAllah untuk masa akan datang saya akan mengusahakan kebajikan bentuk lain pula. Dengan ini saya istyharkan Pintu Korban di Aceh 1432 H ditutup dengan rasminya. Salam hormat MSO. [wm.kl.10:20 am 03/11/11]

Friday, October 28, 2011

Sumbangan Korban Untuk Aceh

Assalaimualaikum wbt wbh para penjenguk blog MT budiman.

Pihak jawatankuasa masjid di Ule Batil di Aceh salah satu kawasan dibaham tsunami telah menghubungi saya untuk bertanya sumbangan untuk melakukan korban Aidi adha di sana. Menurut panitia itu mereka sangat berharap sumbangan korban dari mana-mana pihak untuk dilakukan di masjid berkenaan.

Semasa Ramadhan lalu saya beberapa teman telah ke sana dan membuat sedikit kenduri untuk penduduk sekitar di samping menghulurkan sumbangan untuk 40 orang anak yatim. Kunjungan itu menyebabkan mereka yang kebanyakannya mangsa tsunami tidak kecupan tangan menadah sumbangan yang kami dan kita semua berikan.

Ekoran kunjungan kami itu mereka berharap agar diadakan korban di masjid berkenaan untuk anak-anak kariyahnya sekitar 1,000 orang. Saya begitu tersentuh apabila Imam masjid berkenaan memberi tahu yang penduduk sekitar khariyah itu sudah bertahun tidak pernah menjamah daging korban.

InsyaAllah sempena ini hari raya korban tahun ini saya dan teman akan berusaha mendapatkan sumbangan seekor lembu untuk dikirimkan di sana. Saya bercadang akan ke Aceh dalam masa terdekat untuk urusan itu.

Kepada penjenguk blog ini khususnya yang ingin ikut sama menghulurkan sumbangan khasnya yang sebelum ini mencadangkan supaya dilancarkan tabung korban, sama ada untuk nilai seekor lembu atau satu bahagian boleh berbuat demikian.

Untuk pengetahuan seekor lembu di Aceh sekitar RM4,000 hingga RM5,000 manakala untuk satu bahagian nilainya antara RM500 hingga RM650. Sesiapa berminat boleh hubungi saya ditelefon 019 202 6388 atau 0192336996 serta boleh berintraski menerusi email saya. Sekian dimaklumkan. [wm.kl. 4:53 pm 28/10/11]