Showing posts with label Menjejak Kominis. Show all posts
Showing posts with label Menjejak Kominis. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Sembahyang Jumaat Dengan "Komunis"

JEJAK SEJARAH (3)                                                                               

Sebelum sampai ke kampung perdamaian, Ban atau kampung Chulabhorn Pattana 12, apa yang bersarang di dalam rongga kepala selain daripada membayangkan macam mana suasana perkampungan berkenaan, ialah mengenai sesiapa yang tinggal disitu. Apakah tokoh-tokoh besar atau kepala Rejimen Ke-10 yang tersohor masih ada. 

Imam Kg Chulabhorn Pattana 12 sedang berkhutbah.
Mereka, seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohd Kasim, Chin Peng, Abdullah CD dan lain-lain. Yang wanita pula seperti Shamsiah Fakeh, Zainab Ahmad, Zainab Mahmod, Suriani Abdullah (Eng Ming Ching), Siti Nurkiah Mahmod serta yang lain-lain.

Bagi mereka yang tidak mengikut perkembangan pergerakan dan sejarah mereka khasnya generasi muda mungkin tidak menyedari apa yang berlaku. Begitu juga yang terlalu prejudis dengan perjuangan Rejimen tersebut. Bahkan saya sendiri juga banyak yang terlepas beberapa peristiwa yang berlaku dalam kelompok para pejuang itu yang memakan masa lebih 40 tahun itu.