CATATAN SORE
Apakah balanya. Nasib malang satu demi satu menimpa Pas, bukan kerana lawan tetapi kerana ulah pemimpinnya sendiri. Harapkan pagar pagar memakan padi. Teringat sebuah kata-kata jika sesuatu itu diserahkan kepada bukan ahli, maka tunggulah kemusnahannya. Apakah kejadian ini menjadi tanda-tanda pertengahan dan akhir akan kemusnahan parti agama itu lebih besar lagi? Begitukah. Nauzubillahiminazalik.
"Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." al-Isra'" 81.OH.. berlinang mata saya mengenang nasib parti gemula chek (Pas) dengan apa yang berlaku kini. Sungguh tegal mereka yang melakukannya, itulah detapan nastapa di sanubari. Bohonglah kalau hati tidak sedih dengan apa yang berlaku dan menimpa Pas sekarang ini, sebab parti itu dicintai saya sejak dari kecil lagi.