Semasa minum di Kuala Krai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur malam kelmarin saya ditanya oleh seorang calon yang akan bertanding merebut jawatan peringkat cabang PKR di situ mengenai apakah alasan Anwar Ibrahim bertanding merebut jawatan presiden yang kini disandang oleh isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pertanyaan itu disebabkan dia merasa bingung dengan apa yang berlaku.
![]() |
| Pilihlah berdasarkan nilai perjuangan bukan nilai ringgit! |
Ini kerana kalau Anwar benar-benar ingin kepada jawatan itu, beliau boleh membisikkan ke telinga Azizah sewaktu berada di atas katil atau meja makan, agar berundur dan memberi laluan kepadanya. Tidakkah sebelum ini Azizah banyak memberi laluan dan kelegaan kepada Anwar? Saya tidak fikir Azizah akan berkeras untuk memegang jawatan itu.
