Showing posts with label Rahim Noor. Show all posts
Showing posts with label Rahim Noor. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Analisa Isu

Rahim Nor Mungkin Cadang
Tangkap Anwar Ibrahim

[kemaskini] Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari panel penyiasat Bersih. Cara beliau mengomen dan memberi pandangan berhubung himpunan Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara.

Rahim Mohd Nor
Banyak komen beliau mengenai Bersih dipertikaikan dan campur tangan beliau dilihat tidak revelan.  Sebelum ini orang sudah tahu dan masih ingat macam mana beliau berusaha keras mengikut kehendak dan arahan pihak tertentu dengan membelakangkan semangat dan profesional polis apabila beliau melakukan kekejaman kepada bekas TPM Anwar Ibrahim.

Ekoran pendedahan suruhanjaya di raja yang menyiasat mengenai insiden mata lebam dialami Anwar terdedah di pelakunya buruk dan sadis Rahim. Pendedahan itu sungguh memalukan Rahim dan maruahnya sebagai KPN terjejas. Pasukan polis di raja Malaysia juga tercermar.

Penangkapan Anwar waktu itu ada hubung kait dengan konspirasi untuk meleburkan kerjaya politik Anwar. Tindakan Rahim menangkap kemudian menumbuk mata Anwar semasa dalam tahanan polis dengan kedua belah tangannya digari tidak menyelesaikan masalah, perkiraan Rahim bahawa dengan tumbukan itu Anwar akan 'mati' tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Anwar menjadi lebih segar dengan tumbukan Rahim itu. Tumbukan itu menyuntik semangat dan nekad waja kepada Anwar. Tumbukan itu juga menyebabkan keadaan Umno huhuhara dan akhirnya kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.

Rahim perlu bertanggungjawab dan perlu menebusnya. Satu-satu cara untuk menebus dosanya kepada Umno ialah mengekangkan kemaraan Anwar yang semakin gila disambut rakyat hari ini.

Apabila Rahim melakukan kekejaman ke atas Anwar dengan harapan Anwar akan kojol dalam politik, tetapi jadi sebalilknya, Rahim harus merasa malu. Beliau sepatutnya meletak jawatan lebih awal demi menjaga maruah dan reputasi polis. Tidak boleh dinafikan perosak maruah dan imej polis negara ini ialah Rahim.

Kini tugasnya disambung dengan membuat kenyataan-kenyataan palsu bersifat perkauman dan jahat mengenai Bersih 3.0. Rahim berharap dengan kenyataan dan maklumat kononnya sulit diperolehi itu akan mempengaruhi panel penyiasat Bersih diketui seorang lagi bekas KPN Hanif Omar. Hanif  boleh membuat rumusan dan dapatan-dapatan mengenai Bersih. Beliau juga boleh mencadangkan apa-apa tindakan wajar dan tidak masuk akal. Tektik dan strategi jahat polis yang selalu digunakan untuk menangkap orang tanpa bukti boleh digunapakai, dan Hishmauddin Hussein akan merestuinya asalkan ia boleh menyelamatkan Umno.

Sudah dapat dibayangkan apakah tindakan diingini. Dia sudah pun mula membuat provokasi dan andaian-andaian yang busuk yang membolehkan beliau membuat kesimpulan khianat untuk mempengaruhi  siasatan. Percayalah usaha Umno untuk menawan hati rakyat dan transformasi dilakukan Najib akan hancur apabila pendekatan dan tindakan mengekang pembangkang dilakukan mengikut cara dan otak lapok polis cara Rahim.

Tidak dapat dipastikan apakah kerajaan telah berbincang dengan KPN Ismail Omar sebelum melantik Hanif Omar?  Rasanya tidak? Sewajarnya kalau pihak kerajaan terlebih dahului bertanya Ismail untuk mengelakkan timbul implikasi lain kerana umum tahu mengenai latar belakang Hanif dan juga hubungkait dengan bekas pemimpin sebelum ini

Cadangan atau pun tuduhan mengatakan Bersih ada rancangan untuk melakukan pertumpahan darah adalah bahaya dan ia merupakan tuduhan lebih dahsyat dari hasutan. Kata Rahim dia ada maklumat perkara itu digerakkan oleh individu yang ada rekod buruk. Siapa dia? Tektik Rahim membuat provokasi itu untuk menarik perhatian panel penyiasat.

Kenapa Rahim berkata begitu?  Dalam hal ini Rahim merendahkan minda politik pembangkang dan memberi konotasi pembangkang sebagai jahat dan tidak tamadun serta sedia melakukan keganasan untuk mendapatkan kuasa. Rahim lupa beberapa keganasan yang meletus di tempat-tempat ceramah hari ini adalah perbuatan siapa? Kalau Rahim ikhlas beliau harus siasat segala kejadian itu dulu sebelum membelokkan jarinya ke arah lain.

Saya tidak terkejut selepas selesai siasatan ke atas Bersih, panel itu khususnya ketunya Hanif  akan mencadangkan kepada kerajaan agar menahan dan menangkap individu tertentu termasuk pemimpin Bersih dan pembangkang. Undang-undang pencegahan khas yang baru diluluskan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh diguna pakai dan ditry. Apabila dua orang bekas KPN bergabung tenaga ia boleh mengelirukan orang ramai dengan menganggap dakwaan mereka benar kerana mereka adalah bekas KPN.

Lama sebelum ini bila bercakap fasal bila pilihan raya akan diadakan, saya meramalkan parlimen dibubarkan apabila Anwar ditolak masuk ke penjara. Apakah dengan campur tangan Rahim dalam usaha menyelamat kapal UBN yang hampir karam ini menyebabkan Anwar akan ditangkap? [wm.kl.10:49 am 21/05/12]

Friday, October 28, 2011

Susupan Malam

Kebangkitan Suara Hak Asasi Tidak Boleh Disekat

SAYA hampir bersetuju dengan pandangan penumbuk mata nombor satu negara Rahim Nor yang meluahkan kebimbangan terhadap kebangkitan suara hak asasi dan menyamakan gerakan itu di negara ini sama dengan fahaman (gerakan) komunis yang mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum termasuk kontrak sosial.

Tetetapi penerimaan itu bukan bermakna menerima dan menganggap suara hak asasi manusaia itu sama dengan fahaman Marxisme atau komunisme. Persetujuan itu dilihat dari sisi potensi gelombang hak asasi yang akan mengambil alih peranan sistem demorkasi yang semakin pincang ke kebelakangan ini.

Memang suara hak asasi akan menjadi gelombang baru. Cuma andaian beliau terlebih sedikit dengan menyifatkan semangat itu sebagai agama baru. Andaian ini agak mengelirukan sedikit dan ada niat untuk memburukkan kebangkitan suara ini sebagai sebuah agama. Tujuannya ialah untuk mengelirukan pandangan umum.

Suara hak asasi dan kebangkitannya tidak sama dengan agama disyarit dan diperjuangkan. Ia bukan agama baru. Kebangkitan kuasa manusia biasanya untuk membela dan menuntut hak-hak di sekitar atau kepentingan kemanusiaan dan keduniaan semata-mata, ia bukan cuba membawa kebangkitan itu kepada fahaman agama, kepercayaan dan keyakinan sehingga ia menjadi akidah.

Kalau Rahim (foto) bermaksud menyamakan kebangkitan suara hak asasi berlandaskan perjuangan agama, adalah tidak tepat anologi itu. Agama adalah penunjuk kehidupan manusia bukan saja menuju dunia tetapi akhirat juga. Agama tidak sama dengan mana-mana perjuangan kerana ia mencakupi dunia akhirat dan tertakluk kepada hukum-hukum halal dan haram.

Adapun perjuangan hak asasi berlegar di atas dunia semata, mengenai ketidakadilan sosial, ekonomi, budaya dan sebagainya. Begitu juganya berpegang kepada konsep matlamat menghalalkan cara. Jadi ia tidak sama dan tidak boleh disamakan.

Kenapa saya hampir setuju pula, ialah dari sudut suara hak asasi semakin diterima umum hari ini. Perwujudan berbagai-bagai Ngo yang memperjuang hak asai lebih diterima dari parti politik yang stereotype pendekatan dan matlamatnya. Melainkan Ngo itu menjadi perkakas dan terompah kayu kepada mana-mana parti politik secara melampau ia akan dicemuh dan ditolak rakyat lebih teruk dari parti politik.

Contoh Ngo yang menjadi perkakas atau kaldai dungu tunggang Ngo ialah Ngo yang dirasmi pembukaan mesyuaratnya oleh Rahim sendiri. Ngo itu tidak ada potensi langsung untuk mewakil atau menjadi wadah baru kepada rakyat kerana kewujudannya hanya sebagai alat dan perkakas seperti tong sampah busuk semata-mata. Kalau Rahim ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan keadilan dan kebenaran dia harus buang selempang pahlawan yang disarungkan Ngo itu ke tubuhnya.

Nampaknya Rahim bimbang kepada Ngo - pejuang hak asasi ini boleh melunturkan kepercayaan umum kepada parti politik khususnya Umno. Rahim benar-benar peka dan intelligent dalam hal ini. Rahim harus tahu kenapa suara hak asasi menjadi ancaman baru hatta dalam negara demorkasi seperti Malaysia. Jawabanya mudah kerana demorkasi Malaysia bukan demokratik. Demokrasi kita hanya indah diucap dimulut tetapi dari segi amalannya jauh menyimpang dan ia sudah lama pincang dan catat. Demokrasi kini pipih di luar rencung di dalam.

Bagaimana seperti berlaku ke atas pasukan polis yang diharap menjaga keamanan dan keselamatan, sebaliknya ia menjadi skuad pemusnah kepada integeriti pasukan berkenaan. Apa yang berlaku ke atas Rahim sendiri memumbuk mata Anwar sehingga lebam menunjukkan bagaimana proses kelunturan integriti pasukan polis itu berlaku dan sukar untuk dipulihkan kandati pun sudah satu dekad.

Jadi kalau Rahim takut kepada suara hak asasi beliau harus menanya dirinya sendiri kerana gagal menjadikan pasukan polis dibawah kekuasaanya sebagai pasukan berintgeriti dan disegani. Lebih malang lagi sesetengah tindakan polis di zamanya jelas menjadi alat dan perkakas secara terang-terang kepada Umno.

Suara atau gelombang hak asasi yang makin membara kini tidak boleh dipadamkan selagi tahap atau nilai demorkasi kita tidak dikembali kepada kedudukan dan matlamat asalnya. Selagi ada penyelewengan, kerajaan yang bobrok maka selama itu suara hak asasi menjadi semakin lantang dan terkedepan.

Terbaru apa yang berlaku kepada Abdul Aziz Bari yang mana dikenakan tindakan penggantungan secara veto oleh pihak UIA. Kebangkitan mahasiwa yang membela Aziz Bari ialah mereka merasakan ketidakadilan dilalukan kepada Profesor itu. Tindakan ke atas Aziz itu sebagai usaha untuk memenjarakan kebebasan akedemik kerana tindakan politik yang takut kepada bayangan sendiri dan perampasan hak asasi yang rakus.

Kebangitan mahasiwa membela isu-isu berhubung kepentingan mereka dan rakyat adalah disebabkan mereka mulai melihat demokrasi negara makin pincang dan catat serta pasukan polis yang semakin diragui akan integriti dan profesionalismenya adalah disebabkan Rahim yang mengelecahkan polis dari ril sebenarnya lebih 10 tahun lalu.

Jadi kalau Rahim berniat untuk menyelamatkan Umno dengan menimbulkan kebimbangan sekaligus mengecam suara hak asasi ia adalah tindakan sia-sia. Dalam dunia terbuka dan manusia hidup menggunakan otak tidak boleh dikejutkan dengan kuasa berbentuk cota, tukul dan juga pelbagai tindakan kekerasan lainnya. [wm.kl.8:00 pm 28/10/11]