Showing posts with label Shamsul Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Shamsul Iskandar. Show all posts

Thursday, January 8, 2026

Bila PM nak isi kekosongan Setiausaha Politik kanannya?

UALASAN PAGI

SUDAH sepurnama lebih Datuk Seri Iskandar Md Akin (Sam) melepaskan secara relapaksa jawatan
sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri. Sam melepas jawatan itu 25 November, 2025 beberapa hari menjelang pilihan raya negeri Sabah. Ketika itu saya berada di Makkah menerima maklumat itu pernuh terkesimakan.

Walaupun keputusan itu berat, tetapi beliau mengambil akauntabiliti demi menjaga maruah kerajaan dan parti. Disini beliau lebih mengutamakan perjuangan daripada mempertahankan hak dan kepentingan peribadi. 

Katanya keputusan berat itu diambil untuk mengelakkan isu yang menimpanya menjejaskan kerajaan. 

Beliau boleh terus memegang jawatan itu atas prinsip keadilan seseorang itu belum didapati bersalah selagi ia belum diadili?' Disinilah jiwa besar Sam.

Saturday, December 1, 2018

Shamsul sentuhi pekebun kecil getah di Kuala Krai

CATATAN PERJALANAN 

Shamsul menyampaikan sumbangan
kepada Amni Baldisha.
BEGITU saya diberi tahu Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md. Akin akan turun ke Kuala Krai untuk bertemu dengan para pekebun kecil getah di kawasan itu saya turut terpanggil untuk ikut sama ke majlis itu.

Saya terpanggil dan berasa perlu mengikutinya kerana majlis pertemuan pemimpin dengan penduduk luar bandar itu sesuatu yang saya harap-harapkan. Bagi saya rakyat marhen yang tidak berkepentingan perlu dahulukan.

Saya mahu lihat sendiri dari dekat akan perasaan dan wajah rakyat luar bandar apabila berjumpa dengan pemimpin apa lagi bertaraf menteri atau timbalan. Dengan perjumpaan itu mereka akan dapat menyampai dan meluahkan masalah mereka secara langsung dan pemimpin dapat memahaminya.