Showing posts with label Yakin. Show all posts
Showing posts with label Yakin. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Teguran Ketua Audit Negara terhadap Yakin perlu dipandang serius

PERINGATAN                                                                                   

Teguran Ketua Audit Negara terhadap kelemahan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dalam mengendalikan aktiviti usahasama perlombongan mangasene dan mineral sehingga menyebabkan berlaku kerugian lebih RM5 juta tidak boleh dilepaskan begitu sahaja seperti meluah butir 'moktan', tetapi sewajarnya ia diberikan pandangan serius oleh pihak Kerajaan terutamanya Menteri Besar yang juga Pengerusi Yakin, Ahmad Yaakub.

Ini penting, kerana Yakin adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memberi biasiswa dan bantuan kewangan serta kemudahan pembelajaran kepada anak-anak Kelantan yang miskin dan hauskan pendidikan. Seharusnya segala aktiviti Yakin untuk menjana kewangan dilaksanakan dengan baik agar matlamat utamanya penubuhannya tercapai seperti dirancang.

Pasti tanpa sumber kewangan mencukupi Yakin tidak akan mencapai matlamatnya, dan yayasan itu yang dianggap sebagai sebuah badan unggul juga hanya tertinggal di atas kertas sahaja.