Showing posts with label Zanariah Wan Abdul Rahman. Show all posts
Showing posts with label Zanariah Wan Abdul Rahman. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

Perginya serikandi sasterawan Kelantan

BELASUNGKAWA

NEGERI Kelantan hari ini (semalam) kehilangan seorang serikandi sasterawan terbilang apabila Zanariah Wan Abdul Rahman telah pergi menghadap penciptanya kira-kira jam 2:30 petang semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam usia 71 tahun di kediaman anak bongsunya di Kuala Lumpur dipercayai kerana serangan jantung. Allahyarham  meninggalkan tiga orang puteri, Wan Shariza, Wan Salwani dan Wan Syahrina serta beberapa orang cucu.

Tentu, selebihnya apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham untuk anak bangsa segugus karya-karyanya dalam pelbagai gerne.