Monday, March 22, 2010

Eksklusif Tengah Malam

Erti Keributan di Parlimen
Persiapan Untuk Tahan Anwar Dibawah ISA?

SEHARI dua ini berlangsung kenduri report polis ke atas ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Isunya kerana Anwar dituduh mengaitkan atau menggunakan nama Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk agenda politiknya bagi mencapai projek 16 September mengambil alih kerajaan Malaysia menerusi lompat kangaroo secara besar-besaran.

Sehingga saat ini sekurang-kurang 10 report polis telah dibuat hampir di seluruh negara. Dipercayai esok, lusa masih ada beberapa laporan polis. Sebuah NGO yang menjeler lidah mengakui pejuang Melayu mungkin sedang merancang untuk membuat laporan polis. Yang membuat laporan polis hari ini kebanyakannya dari kalangan Pemuda Umno dan BN.

Menurut ketua polis yang tidak jadi bersara sempena hari polis sehari dua lagi, Musa Hassan, pihak polis akan menjalankan siasatan berdasarkan laporan. Beliau sudah memberi jaminan. Untuk itu kenyataan akan diambil dari semua pihak terlibat. Menurutnya para pegawainya sudah bersiap sedia untuk membuat siasatan. Hanya menunggu lampu hijau saja.

Di dalam parlimen pula ahli parlimen UBN dan termasuk ahli bebas (sebenarnya tidak ada istilah bebas dalam parlimen Malaysia kerana bebas automatik penyokong UBN,) juga turut mengecam Anwar. Sampai serak suara membuat kecaman, penghinaan dan dakwaan ke atas Anwar. Hampir semua pemimpin kelab penyokong BN terlibat mengecam dan menyerang Anwar walaupun terpaksa menggunakan hujah atau bahasa yang sama. Sebenarnya isu yang dimainkan adalah isu lapok yang menjadi momok kepada UBN.

Perkembangan ini menarik. Dan bagi saya yang perlu ditangani dengan serius oleh pihak Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri. Rakyat semua lapisan juga perlu membimbangi perkembangan ini. Walaupun isu itu lapok tetapi cara ianya diangkat ke muka semula seperti ia membawa mesej yang perit untuk ditelan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat. Ada sesuatu yang sedang rancangkan.

Kerja membelasah Anwar itu bermula dengan pendedahan ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim. Ia berterusan sampai ke hari ini. Seolah sidang parlimen penggal ketiga kali ini dikhasnya untuk membahas mengenai Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim cuba digambarkan sebagai pengganas dan pengkhianat besar negara. Itulah yang cuba dicapturekan menerusi parlimen hari ini.

Usahanya serius dan bersungguh. Inilah mengapa saya katakan semacam ada tindakan besar bakal dilakukan ke atas Anwar Ibrahim dalam usaha melumpuhkan gelombang kebangkitan rakyat. Semacam negara akan dikejutkan dengan satu aksi politik yang sangat rakus dan sadis untuk kali kedua ke atas batang tubuh yang sama.

Kerana itu saya melihat ia ada agenda tersendiri disebalik apa yang berlaku sehari dua ini. Pendedahan Zahrain itu ia bukan saja-saja melainkan ia dirancang begitu rupa. Ia di plan. Tindakan membelasah itu sebagai satu tindakan psywar untuk mempengaruhi pemikiran umum agar tidak terperanjat dengan tindakan susulannya nanti.

Umum tahu Zahrain seblum ini hanya menjadi wakil rakyat tikus saja di parlimen. Beliau tidak pernah mengambil bahagian. Apabila tiba-tiba dia berjaya mempengaruhi dewan sudah tentu kerana ianya dirancang ataupun dibekalkan senjata (ucapan) untuk menyerang Anwar.

Zahrain ibarat batang kayu yang dijadikan ulu kapak untuk menebatang pokok induknya. Soal Zahrain di sini tidak penting tetapi natijah daripada apa yang dicetuskannya itu adalah besar dan inilah yang perlu difikirkan.

Selepas MP yang mencuri symbol PKR itu membuat ucapan mendedahkan rahsia Anwar (sebenarnya rahsia kebodohan beliau sendiri), di situlah bermula serangan tubi ke atas Anwar. Ia dikaitkan denagan segala macam persoalan kecil dan remeh bagi melebatkan serangan dan bukti ke atas Anwar.

Di samping itu cercaan dan kejian ke atas Anwasr diteruskan tanpa ada segan silu lagi. Paling baru ditimbulkan pula mengenai provokasi bahawa 1 Malaysia sebagai 1 Israeil. Semua ini dibangkit dan dipersoalkan kerana ada perancangan dan satu strategi. Jika hendak dikira apalah ditakuti kepada provokasi Anwar itu, ianya boleh dijawab dengan sepatah perkataan saja.

Tetapi kenapa ia sengaja diperpanjangkan kerana ada motif lain yang lebih besar.

Seperti mana dikatakan tadi ia bukan saja-saja, melainkan serangan ke atas Anwar hatta tindakan lebih keras untuk dijadikan kayu penyelamat UBN yang kelemasan dalam arus demokrasi negara ini. Apa yang berlaku serangan tubi ke atas Anwar ialah mendedahkan ketakutan UBN kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar. Walaupun saban hari media memberi gambaran Pakatan Rakyat lemah, berpecah dan hancur, tetapi hakikatnya UBN semakin merasa mereka yang lemah.

Kecaman, kritikan kepada Pakatan Rakyat bukan melemahkan sebaliknya ia mendapat simpati dan sokongan rakyat khasnya golongan bawahan. Kurang sambutan golongan muda dan pertengahan termasuk kalangan pegawai kerajana terhadap slogan 1 Malaysia menyebabkan UBN bimbang sehingga tidak dapat tidur malam. Inilah yang mencemaskan UBN dan menjadikan UBN khasnya Umno hilang akal untuk mengatasinya.

Tengoklah sendiri, isu liwat kedua yang cuba ditimbulkan namun tidak memberi impak besar. Rakyat hanya mendengar tetapi rakyat tidak mempercayainya. Rakyat lebih melihat perjuangan Anwar daripada mendengar tuduhan-tuduhan menjijikkan ke atanya yang dibuat secara berlebihan. Bagi sebilangan besar rakyat isu liwat itu sudah tidak penting dan iainya dikambus oleh politik baru Anwar yang diterima hari ini.

UBN merasai ini. Kalau mereka tidak merasai hakikat ini mereka tidak jadi mania untuk terus menyerang dan membelasah peribadi Anwar. Dalam usaha mempertahankan wibawanya hari ini UBN tidak lagi berhujah mengemukakan wawasan dan manifesto politik mereka tetapi menyerang peribadi.

Lantaran itu UBN kena cari sesuatu penabat untuk menghalang UBN dari terus dikelami oleh oleh kehangatan sambutan kepada Pakatan Rakyat. Justeru pelan dan tindakan diluar normal manusia harus diambil. Untuk itu caranya tidak lain, dengan menghentam Anwar habis-habisan. Anwar harus dimusnahkan atau pun kemaraan Anwar untuk kali kedua ini perlu dikekangkan, kaki Anwar perlu 'dipeteh' agar kemaraannya tergenjat atau pincang terus.

Menyedari inlah maka sesuatu perlu dibuat. Saya melihat apa yang UBN lakukan sekarang ini ke atas Anwar adalah serius. Ia merupakan soal hidup dan mati. Kalau UBN tidak berjaya mengekang Anwar, ini bermakna mereka sengaja menggali kubur untuk minimbus diri sendiri pada pilihan raya ke 13 kelak. Jadi sebelum mereka terjerumus dalam lubang itu maka UBN kerana pastikan Anwar dulu harus masuk dalam lubang dan ditimbus hidup-hidup.

Lubang pembunuh

Lubang jubur dijadikan lubang untuk mengambus Anwar. Tetapi tampaknya lubang jubur terllalu sempit dan meloyakan sehinggakan para jagohan Umno kena cari kaedan lain. Pendedahan Zahrain yang sudah lapok itulah dijadikan titik mula untuk membawa Anwar ke lubang pembunuh baru.

Di sini naluri saya merasakan ada perancangan untuk membawa Anwar awal ke dalam penjara sebelum kes liwatnya selesai. Mungkin juga pihak UBN merasakan kes liwat sukar untuk menolak Awnar ke dalam tembok besi, maka kes atau isu baru dicipta. Isu baru itu merupakan pelan kedua untuk memastikan tangan dan kaki Anwar terjerut dan diikat.

Dengan laporan polis terhadap atas tuduhan Anwar sebagai pengkhianat negara, bersekongkol dengan negara luar dan terbaru mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong nampaknya UBN cuba menjadikan lesen gelap untuk menahan Anwar. Laporan polis dikumpul dan selepas ini NGO akan berhimpun pula mendesak kerajaan. Matlamat mereka daripada apa yang berlaku untuk menahan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mungkin bagi para pemikir atau sang dalang mereka mengira hanya dengan menahan Anwar di bawa ISA sahaja baru mereka merasa selamat untuk berdepan dengan pilihan raya umum ke 13 nanti. [wm.kl. 9:00 pm 22/03/10]

8 comments:

Jashamsulnizam said...

benar mso, penjajaan nama YDPA dan ATM dlm kempen 16 sept. yg dikecohkn oleh 'geng bebas' tajaan UBN adlh sengaja diwar2 kn bg mengalihkn mata rakyat trhadap beberapa isu2 yg berbangkit yg mula menampakkn keraguan rakyat trhadap kredibiliti dan integriti dikalangan para pemimpin BN sendiri, walau apepon rakyat kini xmcm 20, 30 thn dlu yg senang diperbodohkn melalui propaganda media arus perdana mainan UBN... apepon rakyat sdng ayik melihat dan menonton pihak manakah yg berjoget dr alunan gendangan yg sumbang itu, maka pihak itulah yg akan ditalkinkn pd pru-13 nanti, apepon cerekarama politik M'sia semakin brtambah klimaks nya, mainan watak2 antagonis dan pratagonis mula menarik lebih ramai rakyat utk menonton siri cerekarama yg hebat ini...

"mari kita tengok siapa yg bakal trkena..."

luncai gallery said...

setelah lubang taik saiful gagal menjadi talian hayat umno/bn...timbul pula sang arjuna dari bayan baru...menggunakan isu lapok menyerang anwar...terkini anwar diliwat depan belakang...aduh! malang sungguh insan bernama anwar ini...dari lubang taik hingga ke pengkhianat negara...segala mcm tuduhan dilemparkan ke batang tubuh insan bernama anwar...sungguh memualkan...sudah terang lagi bersuluh...unmo/bn benar2 gentar berdepan dgn makhluk bernama anwar ibrahim ini...kpd umno/bn selamat menunggang sang arjuna dr bayan baru...rakyat sedang memerhati..

Unknown said...

Salam MSO,

Dalam senario politik hari ini semuanya telah banyak berubah.Hari ini bukan Parti yang jadi sasaran tetapi terlampau banyak isu-isu individu pemimpin, baik dari BN ataupun PR.

Senarai isu-isu peribadi yang hangat dikatakan ialah:

1.Isu liwat
2.Isu Attantuya
3.Isu Lompat Parti
4.Isu Rampasan Kuasa
5.Isu Bogel
6.Isu Rasuah dan

kalau nak senaraikan,memang panjang lebar dan kita boleh difikirkan dengan sendiri apa isu-isu yang di bawa untuk menyerang peribadi seseorang.

Persoalannya siapa yang benar dan siapa yang salah.

Persoalannya siapa yang memulakan semuanya ini.Adakan pihak Bn ataupun PR.

Keseluruhannya cara-cara sedemikian sudah menjadi permainan yang penting dalam percaturan politik hari ini.

Siapa yang diheret dalam isu-isu ini sehinggakan seluruh rakyat telah di tanam satu persepsi dimana tidak tahu akan kebenaran sesuatu isu itu. Yang penting skrip yang dimainkan boleh mendapat kemenangan dalam menjatuhkan seseorang pemimpin itu baik dari BN ataupun PR.

Rakyat perlu bijak hari ini dan balik ke ajaran Islam yang sebenarnya.Fitnah sudah menjadi permainan dlm politik negara ini, baik dari BN ataupun PR.

Oleh itu setiap warga Islam di negara ini perlu bersyukur dengan nikmat yang diberi di negara ini dan jangan dengan permainan politik yang serba cetek ini untuk kepentingan peribadi maka rakyat keseluruhannya akan menerima bencana dan musibah di atas perbuatan pemimpin-pemimpin itu sendiri yang ada asas ugama tetapi masih meneruskan agenda masing-masing.

Marilah kita semua balik kepangkal jalan.Menjadi seorang Muslim yang sejati dan yang berkualiti.

Cetusan said...

kalu tak jadi, kena cari peluru ke3 pulak.

banyak agaknya dapat POJEK bila jadi ulu kapak..

ramly said...

mso yang hebat ....
tuntaik anwar yang mso sanjung.......mso mungkin dil++wat anwar...

bat8 said...

Tuan MSO

Apa yang saya lihat dari isu yang tuan ulas adalah betapa paniknya UBN sekarang ini. Nanar seperti ibu ayam hilang anak, tiada perancangan rapi yang jitu dan gameplan yang dirancang rapi. Yang nampak setiap tindakan mereka semua jenis tangkap muat je.

2. Dulu mereka menyerang pembangkang secara sebagai satu pakatan, lepas tu mereka menyerang parti-parti dalam pakatan. Apabila semuanya gagal, mereka merubah tektik kepada menyerang peribadi pemimpin Pakatan terutamanya DSAI sekarang ini. Seperti tektik-tektik mee segera mereka yang lain, serangan terbaru ini juga akan gagal.

3. Yang jelas kita nampak sekarang adalah betapa NTR begitu lemah dan hilang kawalan samada sebagai pemimpin UMNO dan sebagai pemimpin No.1 malaysia.Ini tidak baik untuk ekonomi dan kestabilan negara. apatah lagi dalam keadaan dunia yang mengalami kegawatan ekonomi global.

4. Saya tidak faham dimana pandangan jauh dan strategi ampuh UBN selama ini. Jika mereka berfikir bahawa dengan meng-ISAkan atau memenjarakan DSAI mereka dapat memecahkan Pakatan Rakyat - mereka terselap. DSAI lebih berbahaya bila berada didalam.

bat8

Rillink said...

assalam Tuan.

Saya tak sangka penjenguk blog tuan ada yang makanan asasinya adalah taik,iautu ramly taik,,,memang sah lah dia ni pemakan najis kaum umNO.
Wassalam.

Mat Puting said...

BN sekarang telah terkena panic attack, satu persatu tindakannya tidak menjadi...itulah akibatnya tidak melakukan sesuatu berasaskan tuntutan agama, tiada barakah dan pertolongan Allah yang datang. Doa rakyat yang selama ini teraniaya telah mula menampakkan kesan. Sebenarnya BN boleh mendapatkan kembali kepercayaan rakyat dengan mudah iaitu kembali kelandasan agama...tetapi nampaknya BN telah terjerumus terlalu jauh, hanya menunggu utk lupus dan digantikan dengan pihak lain yang lebih baik.