Monday, November 22, 2010

Susupan Petang

Zaid Akan Umum Parti Baru 16 Disember

WALAUPUN Zaid Ibrahim berhasat untuk keluar dari PKR pada 16 Disember depan tetapi parti itu telah menganggap Zaid tidak lagi menjadi ahli PKR. Menurut Setiausaha Agung, Saifuddin nASUTION Ismail, Zaid kini bukan lagi ahli PKR, dan Zaid tidak lagi mempunyai apa-apa halangan lagi untuk melakukan apa saja termasuk mengumumkan parti barunya.

Apakah Zaid akan tetap menunggu 16 Disember mengambil angka keramat yang menjadi kesukaan Anwar Ibrahim sebelum ini? Sebelum ini Anwar menjadi 16 September sebagai sasaran mengambil alih kerajaan Malaysia.

Ketika bertembung dengannya di majlis kenduri kahwin anak Aspan Alias di Kampung Tengah Seri Menanti dua malam lalu, Zaid ada membisikkan kepada saya yang beliau akan mengumumkan hal peting pada tarikh itu.

Apabila ditanya apakah ianya mengenai penubuhan parti baru, Zaid tidak menjawab sebaliknya tersenyum sambil berkata, ada lah sikit-sikit. Saya mentafsirkan sennyuman itu yang beliau akan mengumumkan parti baru pada tarikh itu.

Bila ditanya apakah nama parti baru itu Zaid tidak menjelaskan sebaliknya memberi gambaran dengan berkata, adalah. "Nanti I call you.." katanya.

Saya tidak fikir Zaid akan mendaftar parti baru. Apa yang mungkin terjadia dia akan mengambil mana-mana parti politik yang tidak aktif untuk dijadikan wadah barunya. Tidak boleh diagak apakah parti itu yang didaftar di Semanjung ataupun yang berdaftar di Sabah dan Sarawak.

Begitu juga sesiapa yang akan bersama Zaid beliau tidak menjelaskan, tetapi diprcayai melibatkan satu atau dua orang wakil rakyat dari PKR dan juga beberapa bekas pemimpin PKR. [wm.kl. 6:30 PM 22/11/10]

3 comments:

ahmadyani said...

Kalau Zaid mahu dihormati, dia patut tubuhkan parti sendiri dan berjuang membangunkan parti itu dalam dunia politik malaysia bukan masuk parti yang ditubuhkan orang lain kemudian bertindak seolah dia yang tubuhkan parti itu

Martoiriat said...

Salam MSO
Jika kita tidak percaya atau tidak yakin lagi dengan parti yang kita sertainya dan bertentangan pulak dengan kehendak naluri kita..apa yang ditunggu lagi, surat peletakan jawatan dah kita hantar, belahlah.. nak tunggu pulak sehingga 16 disember. Tak cerdik namanya. Jadilah anak jantan. Dah bagi surat, terus letak jawatan tanpa menaguh-nanguh tarikhnya. Apakah Zaid ada agenda disebalik 16 Disember itu?

Saudara MSO .. Mungkinkah disebalik tarikh itu, Zaid akan menubuhkan parti baru miliknya?
Bagi pandangan saya, menubuh parti baru bukannya salah atau menjadi masalahnya. Sesiapa pun boleh berbuat demikian. Tapi siapa yakin dengan parti nyamuk itu yang tuannya sendiri pun hipokrit. Ketika jadi ketua bahagian Kota Bharu pun dah kecoh, ini pula nak tubuh parti baru. Saya Kenal Zaid bukan hari ini ketika beliau memegang watak bahagian Kota Bharu hingga berlaku kekecohan dibahagian itu pada PRU 11.

Jika Zaid rasa nak tubuh juga, silakan. Saya nak tengok sejauh mana dan banyak mana ahli-ahli dan penyokongnya. Jangan angan-angan Mat Jenin.. ..Jangan jadi macam ayam betina, nak bertelur, riuh satu kampung. Telur cuma sebiji. Nak jual tak untung, nak makan tak kenyang. Nanti... angan-angan yang tidak menjadi kenyataan.. angan-angan mat jenin..

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam....Tuan MSO. Ramai mengatakan, "tak mungkin sertai PAS", ...lagi, "Zaid tak sesuai dengan PAS", ...lagi, "PAS terima ke Zaid ?" ...lagi, "Zaid nak tanding di Parlimen KB, hadiah / tukar dengan 'Bangunan Dewan Pemuda PAS Kelantan"... Macam-macam... jelasnya Melayu tambah celaru...PAS kena pandai bawa diri, jangan jadi pisang berbuah dua kali...Zaid perlu buktikan keikhlasan apa yang diprotesnya dan apa yang dikehendakinya...setakat ini tak ada apa bezanya dengan apa yang PAS, PKR dan DAP selalu sebut cuma ketika menentang DSAI disebut matlamatnya... Banyak mangkuk pinggan ! Terima kasih Tuan MSO. Wallahu A'lam.