Saturday, August 11, 2012

Kawan Najib Serah Borang Masuk Pas Malam Esok

BERITA MALAM

Malam esok kawan rapat Najib Razak yang sama-sama berjuang dalam Pergerakan Pemuda Umno tahun 80-an akan menyerahkan borang menyertai Pas kepada presiden Abdul Hadi Awang. Majlis bersejarah bersempena dengan malam bakal menjelang lailatu qadar itu akan berlangsung di Taman Melawar, Gombak.

Sebelum ini saya telah mendedahkan hasrat kawan Najib itu di minggu pertama berpuasa. Adalah dipercayai berita di portal Pas hari ini yang memaklumkan tokoh Umno akan menyertai Pas itu adalah orang sama dengan saya maksudkan kawan Najib itu.

Penyertaan kawan Najib ini akan menyemarakkan lagi Pas sebagai sebuah parti penting dalam Pakatan Rakyat. Apa yang menjadi tanda tanya kenapa kawan Najib itu memilih Pas bukan PKR sedangkan penasihat umum PKR Anwar Ibrahim adalah bos beliau ketika itu?

Ada kemungkinan selepas kawan Najib menyertai borang menyertai Pas dan bertindak berkerat rotan berpatah arang dengan Umno akan ada lagi beberapa orang rakan PM itu yang satu geng dengan rakan beliau yang akan menyerahkan borang Pas malam besok mengikut jejak rakan yang akan serah borang itu.

Biarlah saya tidak menyebut siapa tokoh berkenaan dan anda cubalah menekannya sendiri. Rasanya tidak payah saya menyebut nama itu cukup sekadar kalau saya menyebut beliau pernah menjadi ahli Parlimen Batu Berendam Melaka di tahun 80-an dulu. Saya percaya 70% daripada anda penjengok blog MT sudah dapat mengagaknya.

Kepada rakan Najib itu diucapkan selamat berjuang semoga kemasukan anda dalam Pas menambahkan lagi eset buat Pas. Dalam pada itu kemasukan itu akan membuka mata dan menjadi buah fikiran mereka sekampung dengannya kenapa beliau menyertai Pas dan tidak kekal dalam Umno.

Saya tidak dapat hadir menyaksikan upacara penyerahan itu kerana akan Sarawak. Doa saya semoga malam besok juga lailatul qadar akan turun. [wm.kl.12:04 am 10/08/12]

No comments: