Friday, June 1, 2018

Kita tidak perlu takut dengan ancaman

ULASAN BERITA

TEKANAN terhadap kerajaan baharu Malaysia sudah bermula. Ia bukan daripada pihak parti lawan, bekas kerajaan, (UBN) tetapi pihak luar yang berasakan peluang mereka terlepas apabila berlaku perubahan kerajaan.

Kekalahan dan tumbangnya kerajaan UBN secara tidak langsung menghanguskan peluang pihak-pihak tertentu untuk mengongkong Malaysia.

Tidak melampau juga kalau disebut perubahan kerajaan Malaysia itu mengecatkan agenda mereka untuk menakluki negara ini menerusi ekonomi. Pelan tersembunyi mereka menawan Asia menerusi perdagangan (ekonomi) terjejas.


Salah satu pihak yang terasa dengan perubahan kerajaan ialah syarikat pelaburan daripada China.

Sebuah artikel yang disiarkan oleh akhbar China berbahasa Inggeris, menjelaskan keadaan itu. Akhbar Global Daily yang bersekutu dengan akhbar China Pepole Dialy memberi ingatan keadaan ekonomi negara ini dalam ketidaktentuan ekoran kekalahan UBN. Ingatan itu bernada negatif dan mengancam.

Pandangan itu dibuat bertitik tolak daripada langkah kerajaan membatalkan projek SHR (Keretapi Berkuasa Tinggi Kuala Lumpur - Singapura) serta mengkaji semula beberapa projek mega lain termasuk keperluan projek ECRL (Keratapi Laju Pantai Timur) .

Pernyataan itu menunjukkan akhbar berkenaan kesal dengan pembatalan projek berkenaan. Memang baginya pembatalan itu dirasakan merugikannya walaupun tidak dipihak rakyat negara ini. Mereka sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa masalah dihadapi rakyat negara ini sekiranya projek itu diteruskan.

Dalam artikel sama di akhbar itu juga memberi gambaran pembatalan itu menyebabkan kerajaan perlu memberi pampasan kepada syarikat terbabit.

Sememangnya akhbar berkenaan menulis untuk kepetingan pihaknya tanpa mengetahui beban yang ditanggung kerajaan hari ini. Akhbar berkenaan juga mengajar pembatalan itu agar ia diselesaikan dengan baik dan menyebut Malaysia bukan satu-satu negara pelaburan bagi China.

Apa yang hendak dijelaskan bahawa syarikat daripada China bukan hanya bergantung projek daripada Malaysia semata-mata. Ia bernada sombong. Jika begitu kenapa harus ke sini?

Seharusnya akhbar berkenaan menyelidik kesan kepada projek yang ditanda tangani oleh Najib Razak itu. Mereka juga sepatutnya mengikuti sepanjang kempen pilihan raya lalu macam mana isu projek itu dideahkan dan bersiap sedia menghadapi kesannya. Pembatalan projek itu beraspirasi daripada manifesto PH ia menunjukkan sesuatu yang relevan dan menjadi cita-cita kerajaan baru.

Jadi apabila PH menang, mereka bukan sahaja perlu melaksanakan apa tertulis dalam manifesto, tetapi sedia untuk keluar dari lingkaran ular yang dibawa oleh syarikat daripada China. Akhbar itu juga perlu faham yang menanda tangani dan tersihir dengan kontrak daripada China itu adalah Najib Razak.

Akbar berkenaan atau mana-mana pihak di China harus faham pembatalan itu dibuat demi rakyat dan maruah negara ini. Pembatalan itu adalah pembetulan kesilapan di zaman perdana menteri lama dan kerajaan lama. Malaysia tentulah tidak mahu tertindas dengan tawaran kebendaan yang tidak adil yang berlaku di zaman "Pak Angguk".

Akhbar berkenaan berharap embataan itu dan kajian ke atas kontrak mega China dibuat dengan betul, Itu sudah tentu kerana kerajaan tidak akan bertindak zalim dan membelakangi prinsip undang-undang. Malaysia sebuah negara bermaruah. Namun apa-apa tekanan dan ugutan tanpa berdiplomasi tidak mudah dipatuhi kerana ia menjaga kepentingan rakyat.

Kepada kerajaan diharap tidak mudah gentar dengan ancaman itu. Jalan penyelesaian bijak hendaklah dicari untuk mengelakkan berlaku ketengangan di antara kerajaan dengan kerajaan. Mungkin tindakan membatal kesemua projek tidak berlaku sekiranya ada tolak ansur atau pengkajian semula ke atas kontrak berkenaan.

Apa yang perlu ditegaskan, kerajaan jangan mudah lemah dengan tindakan serupa itu, demi negara ia perlu dipertahankan dan semua rakyat perlu berkorban dan menyokong. [wm.kl. 12:54 t/hari 01/06/18]

No comments: