Monday, January 28, 2019

Pirake Semenyih: Ujian lebih getir buah PH?

ULASAN AWAL

PILIHAN raya  kecil (Pirake) Dun Semenyih yang bakal diadakan pada Mac depan akan menjadi medan pertarungan sengit di antara BN dengan PH. Sudah tentu BN jadi lebih bersemangat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Kejayaan di Pirake P 078 Cemeron Highlands memberi inspirasi kepadanya dan juga kepada rakan barunya Pas.

Pas tentu juga jadi lebih bersemangat dan ghairah untuk bersama berhapadan dengan PH bersama BN - Umno. Persepakatan politik yang ditunjukkan di Cameron Highlands tempoh hari sesuatu yang tepat.

Kemenangan calon langsung BN, Ramli Md Nor di CH itu akan menjadi momentum untuk keduanya merealisasikan kehendak dan idaman orang Melayu agar kedua parti itu bergabung demi mempertahankan agama dan bangsa yang disenandungkan sangat dibimbangi?
Mungkin apa yang berlaku di Cameron Highlands itu satu testimoni awal sahaja. Dan ternyata ia berjaya. Tindakan seterusnya ialah pada Pirake Dun Semenyih yang akan berlangsung 2 Mac depan. Selepas Pirake Cameroh Highlands Umno dan Pas sudah mula menemui rentak.

Semangat dan kesatuan yang ditunjukkan oleh kedua penyokong parti itu di Cameron Highlands boleh diterus, dan strategi itu dipraktikan di Semenyih. Semenyih boleh dijadikan tapak mengistyharkan deklarasi dan dikri politik Pas dan Umno bagi diguna pakai pada Piraum ke 15 kelak.

Tidak mustahil Pirake Semenyih juga akan berpihak kepada mereka. Bila dilihat kepada pencapaian dalam pilihan raya umum ke 14 lepas, ia bukan sesuatu mustahil. Apa lagi Semenyih juga adalah kubu Umno sejak berdekad.

Calon PH, (Mohd Bakhtiar Mohd Nor) daripada Bersatu menang dengan majoriti 8,964 dalam Piraum ke 14 lalu. Jika dicampur undi diraih BN dan Pas, bermakna kedua parti itu hanya memerlukan 4,400 undi tambahan sahaja lagi untuk beriringan dengan PH. Apakah dalam situasi hari ini, dengan melihat kepada lonjakan undi Melayu di CH, BN atau Pas tidak dapat melakukan hal sama di Semenyih?

Di Dun Semenyih, peratus undi Melayu 67.71% , Cina 16.6% dan India 13.73%. Pecahan peratus undi mengikut kaum ini ia memberi kelebihan kepada BN dan Pas. Dalam pilihan raya lalu calon PH, (Mohd Bakhtiar) memperolehi, 23,428, BN (Johan Aziz) 14,464 manakala Pas (Mad Shamour Mad Kassim) 6,966. Jika dicampur undi BN dengan Pas, jadi 21,430.

Kalau angka ini masih realistik dan valid bermakna, hakikat majoriti kemenangan PH dalam pilihan raya lalu hanya 1,998. Realiti ini, BN atau Pas memerlukan pertambahan undi kurang 1,000 yakni 999 sahaja sahaja dalam Pirake Mac depan untuk menang.

Apakah dalam senario hari ini, orang Melayu khasnya di luar bandar dan peneroka Felda yang kecewa dengan kerajaan PH, dan mulai mempercayai dengan pelbagai hasutan atau isu-isu dimainkan BN dan Pas; kononnya kerajaan PH tidak membela Melayu, tidak berbuat sesuatu selepas lapan bulan berkuasa, mereka tidak dapat menambah peratus Melayu dalam pirake itu nanti. Pirake CH telah memberi jawaban untuk direnungi oleh semua. Begitu juga semangat himpunan ICERD masih berkobor dan pasti akan dipanaskan secara senyap macam api dalam sekam pada pilihan raya itu nanti.

Kesimpulannya Pirake Semenyih bakal menjadi pertarungan sengit sekali lagi. Ia akan dijadikan medan eksperimen oleh BN untuk menggayang PH. Pirake Semenyih tidak boleh disama dan diukur dengan Pirake Sungai Kandis, atau Setia Setia atau Belakong yang semuanya dimenang oleh PH.

Silap perhitungan dan silap jangka di Semenyih ia membolehkan BN dan Pas membuka luas tangan untuk menggengam kemenangan kedua tahun 2019 ini. Trims.  [wm. Kl. 7: 32 pm 28/01/19]

No comments: