Wednesday, October 13, 2010
Promo
Sekiranya tidak ada apa-apa halangan insyaAllah pada hari Isnin depan satu lagi khabar gembira akan meletus di Kota Bharu Kelantan. Apa yang berlaku pada tarikh tersebut pasti menggembira dan menyenangkan banyak orang. Perisitwa ini memang sudah diduga dan dijangkakan. Sama-sama kita (khasnya rakyat Kelantan) mendoakan semoga ia berlalu dengan baik? [wm.kl. 9:19 pm 13/10/10]
Sunday, October 11, 2009
Perkembangan Bagan Pinang
[terkini] 7: 15 pm Angka tidak rasmi UBN menang dengan majoriti 5,435. UBN meraih 8,013 undi manakala Pas mendapat hanya 2,578. Satu kekalahan yang diluar dugaan. Faktor awal menunjukkan kekalahan ini disebabkan undi pos di mana Pas hanya mendapat 601 undi pos dari jumlah keseluruhannya lebih 4,122 undi.
Selain itu kekalahan teruk Pas ini juga kerana kegagalan Pas untuk meraih simpati undi masyarakat India khasnya yang tinggal di ladang (estate). Tunggu ulasan dan analisa selanjut menjelang tengah malam ini. Out!
[terkini] 6: 50 pm Pas kalah dengan majoriti lebih 4,000. Ini bermakna UBN menang besar dan terget parti itu untuk meraih majoriti tahun 2004 berhasil. Dengan meraih majoriti sebanyak lebih 4,000 ini bermakna UBN mendapat hampir 100 peratus undi pos.
KIRA-KIRA 50 minit lalu semua lapan pusat mengundi di Bagan Pinang telah ditutup. Menurut perangkaan tidak rasmi peratus keluar mengundi sebanyak 81.65 peratus iaitu kira-kira 11,157 pemilih menjalankan kewajiba mereka. Angka ini tersasar dari jangkaan awal saya sebanyak 1.65 peratus.
Pengiraan undi dipusat-pusat pengundi sedang berjalan pada masa ini. Dipercayai kedua pihak yang bertanding sudah dapat mengagakkan mengenai nasib masing-masing. Sementara itu berbagai maklumat dan laporan liar berlegar di serata tempat mengenai keputusan pilihan raya berkenaan.
Dari pihak penyokong UBN telah mengeluarkan angka-angka majoriti tertentu yang diperolehi calon UBN, Mohd Isa Samad. Ada yang menganggarkan Isa menang dengan majoriti 3,500 hingga 4,000 undi. Ada juga yang mengira Isa menang hanya sekitar 3,000 sahaja.
Berlainan dari pihak Pas tidak ada sebarang maklumat setakat ini menyatakan dengan optimis yang Pas berjaya merampas kerusi berkenaan. Tidak ada laporan dari sumber dalaman Pas. Mungkin Pas tidak mahu mendedahkan maklumat sebenarnya kerana ingin menimbulkan kegemparan kepada umum.
Bagaimana pun keputusan tetap juga akan diketahui tidak lama lagi. Biarlah kita berteka teki dalam masa sedikit ini sekruang-kruang dengan keadaan kita masih menaruh harapan calon kita menang.
Kepada pengundi Bagan Pinang yang telah menunaikan tanggungjawab mereka diucapkan terima kasih dan syabas. Dan kepada penyokong kedua pihak pulanglah ke tempat masing-masing dan terimalah keputusan pilihan itu dengan penuh keterbukaan. [*** 5:25 pm 11/10/09]
Thursday, October 8, 2009
Terkini Dari Bagan Pinang
Malam tadi sekumpulan orang telah menyerang markaz pilihan raya yang dikendalikan Dewan Pemuda Pas di Bagan Pinang. Dalam kejadian yang berlaku jam 3:00 pagi itu seorang telah cederah parah.
Menurut sumber tidak rasmi sekumpulan penyerang itu datang dengan kereta dan motor dengan bersenjatakan benda tajam dipercayai parang.
Motif kejadian masih belum diketahui. Pengarah pilihan raya Pas, Sallahuddin Ayub ketika dihubungi jam 9:00 pagi berkata pihaknya belum mendapat penjelasan lanjut tetapi mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.
Laporan akan menyusul. [wm.kl.12:00 t/hari 08/10/09]
Monday, September 14, 2009
Berita Terkini
Pilihanraya kecil kerusi N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11Oktober depan hari Ahad, hari mengundi manakala hari penamaan calon pada 3 Oktober. Demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf sekejap tadi.
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian Adun berkenaan Mohd Azman dari UBN pada 7 September lalu. [wm.kl. 12:19 t/hari]
Tuesday, September 8, 2009
Belesungkawa
[ralat] Isteri Mohamed Yaacob namanya Nik Azizah bukan Nik Aziz, maaf.
BEKAS Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob (foto) telah kembali ke Rahmatullah hari ini di Pusat Perubatan Pentai (PMC) di Kuala Lumpur. Isterinya Nik Aziz berada di sisinya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.Beliau dimasukan ke pusat rawatan berkenaan sejak Jumaat lepas.
Allahyarham menjadi MB Kelantan dari tahun 1978 - 1990 apabila UBN berjaya merampas Kelantan pada tahun 1978. Sebelum itu beliau juga pernah menjadi menteri kabinet menjabati Kementerian Pelajaran.
Beliau juga merupakan bekas Yang Dipertuan Dewan Negara. Sepanjang kerjayanya dalam politik Allahyarham dikenali sebagai seorang tokoh politik yang tidak suka kontroversi dan tidak kepada politiking.
Beliau dilahirkan di Plekbang, Tumpat, Kelantan dan menyertai politik dan bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya umum 1969 bagi kerusi Parlimen Tanah Merah. Sebelum itu beliau merupakan pegawai kerajaan negeri dan pernah berkhidmat di Johor. [wm.kl. 5:55 pm 08/09/09]
Tuesday, September 1, 2009
Berita Senja
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan kerusi DUN Kota Seputih, Kedah tidak kosong dan Adunya Abu Hassan Sarif masih kekal menduduki kerusi berkenaan. Keputusan SPR ini sudah dijangkan.
Keputusan itu mencabar undang-undang negeri Kedah yang memperuntukkan mana-mana Adun yang tidak hadir sidang Dewan akan gugur sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.
Keputusan SPR ini sama dengan apa yang berlaku di Perak tidak lama dulu bila mana surat Speaker DUN Perak memaklumkan dua kerusi kosong tidak dilayan oleh SPR.
Keputusan SPR itu sudah tentu akan mengudang polemik perundangan. Apakah speaker akan membawa kes itu ke mahkamah atau menerimanya keputusan SPR itu masih menjadi tanda tanya.
Yang pastinya keputusan SPR itu menyebabkan tanggapan SPR berpihak kepada UBN selama ini akan menjadi lebih sahih lagi. Kerusi DUN berkenaan adalah dari UBN. [wm.kl. 5:40 pm 01/09/09]
Thursday, August 27, 2009
Belasungkawa
Allahyarham berasal dari Salor seberang Pasir Pas, Kelantan dianggap sebagai seorang insan yang gigih tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya. Beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU)(buta) yang pertama di negara ini dilantik menjadi anggota Dewan Negara.Tuesday, August 25, 2009
Terbaru Dari Permatang Pasir
[kemaskini] SAH PAS MENANG DENGAN MAJORITI 4,551 UNDI. PAS MENDAPAT 9,618 MANAKALA UBN 5,067. Sejak jam 7:00 malam tadi Pas terus mengungguli pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan memperolehi 8,524 undi berbanding UBN sebanyak 4,063. Pas kini mengatasi dengan 4,461 undi. Terdapat kira-kira 1,000 undi lagi belum dikira. Dipercayai Pas akan menang dengan majoriti hampir sama dengan pilihan raya umum lalu lebih 5,000. Ini bermakna Pas menang secara mutlak dalam pilihan raya ini. Selamat berbuka puasa.
Keputusan tidak rasmi Pas mendapat 7,217 manakala UBN mendapat 3,204. Majoriti 4,013?
PROSES pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh telah pun amat. Semua pusat membuang undi telah ditutup kira-kira 40 minit tadi. Kini pengiraan undi di pusat-pusat pengundi sedang dilakukan sebelum peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi.
Keputusan tidak rasmi dijangka akan diketahui sekitar jam 6:30 petang, manakala keputusan ramsi dari SPR jam 8:00 malam.
Sebanyak 73.1% pengundi telah keluar mengundi iaini kira-kira 14,832 pengundi. Ternyata peratus ini meleset daripada sasaran SPR yang mensasarkan 80%.
Peratus ini dikira sedarhana. Berdasarkan fakta biasa dalam pilihan raya kecil peratus ini memberi kelebihan kepada Pas.
Dalam pemerhatian bebas dijangka Pas menguasai antara 55% hingga 60% dari jumlah berkenaan. Sekiranya andaian ini tepat bermakna Pas dilihat akan memenangi pilihan raya ini dengan majoriti sekitar 3,000 undi.
Berdasarkan fakta itu Pas mengaut lebih 9,000 undi manakala UBN sekitar 5,500 undi.
Dalam pada itu satu perkembangan tidak memberangsangkan Pas menurut maklumat dari salah seorang pemimpin tertinggi Pas peratus keluar mengundi di kawasan Cina agak lembab. Katanya situasi ini boleh membantutkan Pas untuk menang dengan majoriti besar. [*** 5:45 pm 25/08/09]
Friday, August 14, 2009
Angin Permatang Pasir
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Ustaz Salleh Man dijangka akan berhadapan dengan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos depan. Hari penamaan calon 17 Ogos.
Nama Rohaizat diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau merupakan seorang peguam muda lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).Sehingga ini Pas belum membuat pengumuman rasmi mengenai calonnya. Tetapi dipercayai Salleh Man dijangka akan dipilih oleh Pas.
Sebelum ini nama Muhammad Sabu disebut sekali lagi akan diletakkan bertanding di situ tetapi cakap-cakap itu tidak lebih daripada berita untuk mengimikkan pilihan raya berkenaan saja.
Pas dijangka akan mengumumkan calon mereka malam ini atau esok. [wm.kl. 8:00 pm 14/08/09]
Wednesday, August 12, 2009
Menjawab Berita
Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Polis Brigjen Polis, Eddy Suparwoko dalam sidang akhbar khas pagi ini.
Katanya hasil ujian DNA mayat yang ditembak di Temanggung itu ia tidak sama dengan sample keluarga Noordin di Johor dan juga dengan anak-anaknya Celicap, Indonesia.
"Ia tidak sama," katanya.
Dengan penjelasan pihak berkuasa Indoensia itu ini bermakna Noordin Mat Top masih hidup. Sumber Kompos.com Jakarta. [jln phg 11:00 am 12/08/09]
Belesungkawa
Sasterawan, budayawan dan ahli politik Abdul Muluk Daud, 62 yang lebih dikenali dengan nama Dharmala NS telah kembali ke Rahmatulah awal pagi ini di hospital Selayang, Selangor. Menurut SMS daripada anaknya Dharmala menghembuskan nafas terakhir jam 8:40 pagi tadi.
Tekanan darahnya mula menurun sejak jam 3:oo pagi.
Jenazahnya kini dibawa balik ke rumahnya di Seri Gombak untuk dimandi dan dikafankan sebelum dibawa ke kampung halamannya di Jelebu untuk dikebumikan di sana lewat tengah hari ini.
Dharmala dimasukkan ke hospital seminggu lalu akibat serangan jantung. Beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital Selayang. Sejak dimasukkan beliau tidak sedarkan diri.
Selain dari aktif dalam seni dan budaya Allahyaraham juga merupakan seorang ahli politik dan pernah bergiat dalam parti DAP. Beliau menyandang jawatan timbalan Setiausaha parti itu dan pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum, di Jelebu menentang Rais Yatim dan di Segambut.
Dharmala meninggalkan seorang balu Dian Mat Lanan dan enam orang anak. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al Fatihah. [jln pahang 10:30 am 12/08/09]
Tuesday, August 11, 2009
Laporan Lewat
Anuar akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM60,000. Di samping itu juga beliau akan mendapat kemudahan mencipta karya sastera serta kemudian menerbit dan juga kemudahan rawatan kelas pertama di hospital kerajaan.Thursday, August 6, 2009
Khabar Dharmala NS
SAYA baru menerima SMS daripada anak Dharmala NS memaklumkan keadaan ayahnya ada sedikit perubahan. Ada tanda-tanda pemulihan terhadap serangan yang jatung dialaminya. Bagaimana pun Dharmala masih lagi tidak sedarkan diri kerana direhatkan.
Buah pinggangnya yang tidak berfungsi sejak dimasukkan ke hospital tiga hari lalu sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Kini Dharmala sedang melalui proses pembersihan buah pinggang.
Dhrmala dimasukkan ke CCU tingkat lima hospital Selayang pagi Selasa lalu apabila dengan tiba-tiba diserang sakit jantung selepas bersahur menjelang Subuh. Sama-sama kita mendoakan agar Allah s.a.w. menyelamatkan keadaan Dharmala dan diberikan juga kesabaran kepada keluarganya. [wm.kl. 4:30 pm 06/08/09]
Tuesday, August 4, 2009
Berita Tengahari
BARU sekejap tadi saya ke hospital Selayang melawat sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud, 62 (foto) yang kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Jantung (CCU) tingkat lima hospital Selayang, Selangor.
Beliau dikejarkan ke hospital pagi tadi apabila diserang jantung selepas bersahur menjelang Subuh tadi.
Katanya kerana mengesyaki serangan jantung menyebabkan Dharmala dikejar ke hospital Selayang.
Dharmala kini tidak sedarkan diri dan diberi bantuan peralatan pernafasan sepenuhnya.
Beberapa rakan baik beliau turut melewat Dharmala antaran yang awal Abu Bakar Ninggal, Yahya Ismail, Rashid, Roze isteri Kamal Amir. Semua keluarga terdekat Dharmala juga sudah berkumpul di luar bilik CCU.
Saturday, August 1, 2009
Foto Himpunan Anti ISA
Trak polis siap sedia untuk angkut penunjuk perasaan.
Serangan dengan gas pemedih mata sudah bermula. Kuala Lumpur dipenuhi jerebu dengan gas pemedih mata.
Polis berada dalam keadaan selamat kerana kemudahan alat pertahanan disediakan kerajaan. Pemandangan yang sering dilihat bila berlaku demonstrasi.
Mahasiswa juga turut sama berarak, katanya untuk membela keadilan!
Mara terus mara jangan pedulikan semburan gas pemedihan mata. Lokap adalah pilihan kita!
Kaum Hawa juga tidak ketinggalan ikut sama berarak. Akta zalim perlu ditentang kerana mangsanya mereka dan anak-anak.
Dari Lokasi Himpunan
[kemaskini] 4:00 pm Himpunan dan perarakan untuk menyerahkan memorandum menghapuskan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong yang bermula tengah hari tadi sudah hampir berakhir. Ternyata benteng pertahanan polis yang lengkap dengan segala peralatan disediakan kerajaan sungguh ampuh untuk dirempuh para himpunan.
Ketika ini kelompok himpunan sudah berpecah dalam mengelakkan diri dari serangan dan tangkapan polis. Ketumbukan di Sogo juga yang merupakan ketumbukan terbesar sudah pecah. Sebahagianya melaikan dii ke Jalan Raja Laut ke ibu pejabat Pas yang terletak di situ.
Deklarasi atau memoandum pemansuhan sempat dibaca oleh pemimpin GMI di Sogo. Bagaimana pun perarakan ke Istana Negara tidak dapat dilakukan kerana halangan polis yang menggunakan belantan, gas pemedih mata dan water cannon. Gara-gara sekatan itu memorandum gagal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong seperti mana dirancangkan.
Himpunan Anti Isa Gagal!
[kemaskini] 3:00 Beberapa pemimpin utama Pakatan termasuk Anwar Ibrahim kini berada di Sogo. Sogo masih lagi dalam kawalan dan kepungan polis. Ketumbukan dari luar Sogo temasuk di masjid Negara da masjid Jemek juga bergerak untuk bersatu dengan ketumbukan di Sogo.
Kawalan ketat polis di sepanjang jalan ke Dataran Merdeka, masjid Negara dan istana Negara menyebabkan perarakan untuk ke masjid Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum tidak akan kesampaian. Polis juga sudah menyembur water cannon dan menembak gas pemedih mata.
[kemaskini] 2: 15 Polis bejaya memecahkan ketumbukan dari masjid Jamek. Mereka bepecah. Sebahagian bertempiaran dan sebahagian menyatu dalam kelompok kecil untuk bersatu dengan kelompok besar di Sogo. Di Sogo polis terus mengawal keadaan dan tangkapan dilakukan. Tiada laporan dari masjid Negara diperolehi setakat ini.
Di sekitar Sogo polis mulai menyerang si baju merah Unit Amal Pas. Ketika ini sudah ada beberapa orang anggota Unit Amal dipukul dengan belantan dan ditangkap.
[kemaskini] 2:10 Ketumbukan dari Sogo juga sudah mula berarak menuju ke masjid Negara. Walaupun polis membuat sekatan dan kepungan ketat namun orang ramai tidak hiraukan sekatan itu. Mereka cuba juga meloloskan diri untuk ke masjid Negara. Perarakan digemai dengan laungan takbir Allahuakbar. Naib Naib Presiden Pas, Sallehudin Ayub mengelapai ketumbukan ini.
Penyertaan dari kalangan orang Cina pada ketumbukan ini juga dikatakan memberaangkan?
[kemaskini] 2: 00 pm Ketumbukan anti ISA dari masjid Jamek sudah mula bergerak menunju ke masjid Negara untuk bersatu dengan kelompok anti ISA di di situ sebelum bergerak menuju ke Istana Negara. Pergerakan itu dikawal 70 unit amal Pas manakala jumlah ketumbukan sekitar 100 orang.
MUNGKIN matlamat untuk menghimpun 50,000 oang untuk berarak mengiringi penyerahan memorandum mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong agar dihapuskan tidak akan tercapai. Ini kerana sejak awal pagi lagi polis telah menghalang dan membuat tangkapan terhadap para himpunan.
Sehingga kini seramai lebih 200 orang yang disyak menghadiri penghimpunan berkenaan ditangkap di Sogo dan sekitar masjid Negara. Tangkapan ini bukan saja terhadap aktivis GMI tetapi sesiapa saja yang disyaki akan menyertai himpunan itu akan dicekup tanpa banyak soal.
Tangkapan paling aktif ialah di Sogo. Sebanyak lima buah trak sudah penuh dengan hasil tangkapan. Polis dikatakan bertindak ketelaluan bila mana turut sama menangkap orang yang sedang makan atau membeli belah di kompleks berkenaan tanpa usul periksa.
“Sesiapa saja bekopiah dan berjanggut akan ditangkap,” begitu ujar seorang peserta yang sempat melarikan diri dari dicekup polis di Sogo. Beliau turut melaporkan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin turut ditangkap.
Tindakan polis ini juga dikira awal berbanding dengan apa yang berlaku sebelum ini. Dalam peristiwa seumpama itu polis hanya menangkap setelah para himpunan berhimpun dan berarak. Selalunya para himpunan diberikan masa dan amaran supaya besurai sekurang-kurang dua kali. Selepas nasihat tidak diedahkan baru tangkapan mula dibuat.
Tindakan polis ini mungkin sesuai dengan perubahan jawatan Menteri Dalam Negeri (KDN) yang baru yang bertanggungjawab mengawal polis hari ini iaitu Hishamuddin Hussein sepupu kepada Najib Razak.
Bagaimana pun tindakan awal polis ini mungkin juga kerana bimbang dengan keadaan himpunan hai ini akan meletus ketegangan bila mana hari ini juga satu lagi puak dikenali Magaran turut menyibuk sama mengadakan himpunan untuk menyerahkan momerandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Gabungan itu dikepalai Majlis Maufakat Perpaduan dan Persatuan Peribumi Perkasa (Perkakas) yang dikenali dengan puak yang menyokong kerajaan. Magaran ini diwujudkan sejak beberapa hai ini tegasnya selepas GMI bercadang untuk mengadakan himpunan berkenaan. Orang penting kedua-dua NGO ini dikenali sebagai pembodek kerajaan.
Apakah Magaran itu sengaja diwujudkan sebagai taktik agar membolehkan polis bertindak awal menggagalkan himpunan hari ini dengan menangkap peserta himpunan anti ISA? Ada tanda-tanda strategi itu mungkin dilakukan.
Ada bukti kemungkinan Magaran ini sengaja diwujudkan kerana jelas kehadiran kumpulan di tiga venue yang ditetapkan tidak seberapa. Magaran telah mengarahkan orangnya behimpun di Pasar Seni, Padang Merbok dan Dataran Merdeka. Ketiga-tiga tempat ini semuanya lengang kecuali kelihatan trak polis dan pasukan FRU berkepala merah. [*** kl 1:50 pm 01/08/09]
Friday, July 31, 2009
Belasungkawa
ADUN N 11 Permatang Pasir, Pulau Pinang, Hamdan Abdul Rahman, 60 (foto) telah kembali ke Rahmatullah di Institiut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini, demikian menurut dua SMS yang mengkhabarkan berita itu kepada saya.
Jenazah akan dibawa ke pulang ke kawasannya dan dijangka dikebumikan lewat petang ini.Dalam pilihan raya lalu Hamdah berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon UBN Ahmad Sahar Shuib.
Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun tahun 1999. Tahun 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal Pas dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.
Saturday, July 25, 2009
Berita Petang
AHAD lepas saya telah membayangkan seorang tokoh MIC akan mengikut jejak bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng untuk menyertai PKR. Saya membayangkan tokoh MIC itu akan berbuat demikian selepas kongres parti berkenaan, paling lewat.
Apabila saya melepaskan posting mengenai kemungkinan itu ramai juga yang jeling dan jeler kepada saya. Mereka tidak percaya dan menuduh saya kreat cerita, termasuk juga sesetengah ahli PKR sendiri.
Beberapa komen masuk dan turut menempelak saya. Tetapi saya tidak lepaskan kerana kritikan berbentuk emosional dan pengomen itu tidak mampu menjangkau pelangi politik Malaysia.
Namun hari ini apa yang saya bayangkan telah mejadi kenyataan. Tokoh MIC itu nampaknya tidak menunggu lama terus membuat keputusan sebelum kongres partinya. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Naib Presiden MIC, SS Subramaniam.
Subramanian menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga bekas anggota Parlimen Segambut. Beliau juga merupakan tokoh kanan MIC penting di Kuala Lumpur dan Selangor. Ekoran penyertaannya itu lebih 10 cawangan MIC dibubarkan melibatkan keahlian seramai 1,700.
Pengumuman kemasukan SS Subaramanim ke dalam PKR itu diumumkan oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dalam satu majlis khas di Kampung Medan petang ini.
Dengan kemasukan tokoh kanan MIC itu , PKR terus mendapat semangat dan kekuatan baru. Secara tidak langsung juga penghijrahan Subramaniam itu memberi pukulan kepada MIC terutama s Samy Vellu yang semakin tidak popular di kalangan masyarakat India negara ini.
Apakah dalam masa terdekat ini PKR akan menerima seorang lagi tokoh politik berkelas negawaran? Jikalah negawaran terbilang ini yang dibuang oleh Umno menyertai PKR jawabnya UBN semakin goyah dan goyah. Selamat berjuang kepada Subramaniam dan kita menunggu perkembangan seterusnya. [wm.kl. 7:05 am 25/07/09]
Wednesday, July 22, 2009
Pemakluman
Alhamdulilah menjelang tengah malam ini mesin imbas kira menunjukkan page view penjenguk yang membelek blog Merah Tinta sudah mencecah ke angka 3.5 juta. Perkembangan ini memberangsangkan dan sekaligus menunjukkan blog ini terus dipantau.
Waktu ini angka yang tertera di mesin imbas kira ialah 3,002933 yang mula membuat catatan rasmi pada 9 OKtober 2007.
Sementara pengikut setia yang mendaftar menjadi komuniti blog ini pada masa ini ialah seramai 463 orang.
Sebagai pemilik blog saya berbangga atas pencapaian ini dan mengucap terima kasih kepada penjenguk. Seperti selalunya - teguran, kritikan dan juga makin hamun (termasuk dari penjenguk gelap) tidak dapat dinafikan memberi semangat kepada saya untuk menulis dan terus menulis berdasarkan tagline "Hanya Kita Memahami Diri Kita".
Adalah diharap sokongan padu dari penjenguk budiman akan berterusan.
Terima kasih
MSO. [jln pahang 11:25 pm 22/07/09]
Sunday, July 19, 2009
Rasa-Rasa Ahad
Selepas Tokoh MCA, Tokoh MIC Juga Disebut Akan Menyertai PKR?
NAMPAKNYA lepas seorang-seorang ahli politik yang tidak mendapat tempat dalam parti asal ataupun kerana perjuangan dalam parti asal sudah melencung dari prinsipnya telah mengambil tindakan keluar parti. Menariknya mereka tidak bersara tetapi memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wadah baru.
Terbaru ialah bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng mengumumkan keluar daripada MCA dan menyertai PKR semalam. Pengumuman Chua yang memilih PKR itu ialah kerana perjuangan PKR sesuai dengannya dan menyamai manifesto sewaktu merebuat jawatan presiden dulu.
Sepanjang kempen merebut jawatan dulu Jui Meng melaung-laungkan yang beliau ingin melakukan reformasi dalam parti terbesar kaum Cina itu. Bagaimana pun hasrat beliau ditolak apabila beliau beliau gagal memenangi jawatan presiden. Dua kali Jui Meng kalah dalam perebutan jawatan itu.
Jui Meang tidak keseorangan menyertai PKR. Ikut sama bersamanya, bekas ahli Partlimen Lumut, Dr Yap Yit Thong dan bekas ahli Dewan Negara, David Yeoh.
Walaupun ketiga-tiga tokoh itu tidak mengumumkan jumlah pengikut masing-masing yang ikut bersama mereka, tetapi sudah tentu kemasukan itu tidak keseorangan. Memandangkan mereka merupakan pemimpin kanan dalam MCA tentu pengikutnya ramai. Plaing-paling komeng pun isteri dan anak-anak mereka akan ikut sama menyertai PKR. Sesungguhnya penyertaan tokoh berpengalaman MCA ini memberi pukulan kepada parti berkenaan.
Hakikat ini terserlah sekali apabila beberapa pemimpin MCA terkejut dan sedih atas keputusan yang diambil oleh Jui Meng itu.
Manakala kemasukan itu juga memberi suntikan dan semangat baru kepada PKR. Apa lagi Jui Meng ialah bekas Menteri Kesihatan seorang tokoh MCA yang tidak boleh dipandang ringan. Anwar Ibrahim telah mengumumkan Jui Meng akan dilantik menjadi ahli kepimpinan parti berkenaan. Apakah PKR akan memberi tanggungjawab baru kepada Jui Meng untuk mengepalai PKR Johor terlalu awal untuk diramalkan.
Sekiranya telahan ini benar ini bermakna Jui Meng akan menjadi bukan Melayu pertama yang mengetahui badan perhubungan PKR negeri.
Kemungkinan itu ada memandangkan kepimpiann PKR Johor waktu ini tidak menyerlah dan mampu untuk menyaingi Umno Johor yang terkenal sebagai negeri kubu kuat Umno. Adalah diharap kalau Jui Meng diberi tanggungjawab itu beliau akan membuka ruang popilit baru kepada masyarakat Cina menerusi PKR.
Sebulan lalu PKR juga menerima kemasukan Zaid Ibrahim yang juga bekas menteri Kabinet. Walaupun kemasukan Zaid itu tidak diulas dan diperkecilkan oleh Umno namun hakikatnya kemasukan Zaid itu memberi suntikan semangat kepada PKR khasnya untuk PKR Kelantan. Zaid juga terus dilantik menjadi salah seorang ahli pimpinan PKR.
Penyertaan mereka yang gagal mendapat tempat dalam parti asal mereka ataupun tidak sesuai dengan prinsip parti masing-masing masih ramai. Ada beberapa tokoh parti komponen yang dikatakan sedang menunggu masa dan ketika saja untuk berbuat demikian.
Salah seorang yang dikatakan sudah membuat perhitungan terakhir akan ikut sama menggabung diri dalam PKR ialah tokoh politik India dari MIC. Tokoh ini dikatakan akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya selepas parti itu selesai mengadakan perhimpunan tidak lama lagi. Kita tunggu! [wm.kl. 1:00 t/hari 19/07/09]