SESUDAH SUBUH
| Bersama anak menantu dan empat cucu. (Seorang cucu tak kelihatan). |
Kenangan yang cukup mengetik hati sepanjang umrah dan ziarah ketika itu ialah semasa bekereta kabel bersama cucu di Taif.
Buat kali kedua dalam hidup saya, itulah menaiki kereta kabel. Kali pertama di Langkawi kira-kira 10 tahun lepas. Walaupun saya kerap mengembara tetapi kereta kebal bukan satu kebutuhan. Kalau bukan kerana diheret cucu-cucu, tidak ada keperluan untuk saya menaiki kereta kabel. Namun menaiki kereta kabel di bumi bersejarah Taif itu memberi sesuatu pengertaina sangat signifikan buat saya.