Showing posts with label Darul Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Darul Hijrah. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

YDH duta kemanusiaan Malaysia ke Syria

CATATAN MUSAFIR (1) 

Penglibatan Yayasan Darul Hijrah (YDH) dalam membantu mangsa pelarian Syria meletakkan Ngo tersebut melakari peta dunia dalam melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaannya. Sebelum ini YDH dikenali dan dikagumi dengan penglibatannya dalam membantu mangsa banjir di Kelantan tahun 2014.

Omar berterima kasih atas usaha YDH.
Sewaktu negeri Cik Siti Wan Kembang dilanda banjir "emas" peranannya bukan sahaja menyediakan pelbagai keperluan untuk mangsa seperti makanan, pakaian, kaunseling dan keperluan-keperluan lain, tetapi turut juga membina khemah kediaman sementara dan juga rumah kediaman kekal.

Penglibatan YDH meringankan beban mangsa banjir sekaligus meringankan juga beban dipikul oleh kerajaan Kelantan yang terkial-kial dalam menguruskan mangsa banjir. Peranan serta tanggungjawab YDH ketika itu ia dilihat mendahului agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya menangani bencana banjir.