Showing posts with label Mahathir dan Brahim. Show all posts
Showing posts with label Mahathir dan Brahim. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

Moral Politik Mahathir Dengan Ibrahim Ali 2 x 5

PANDANGAN AHAD                                                                                                        

Kapanlah Mahathir Mohamad akan insaf? Beliau terus merasakan dialah terhebat berbanding dengan orang lain. Perangai dan sifat Yahudi tersemai di dalam diri Mahathir. Satu keburukan dan kemurkaan Tuhan kepada Yahudi ialah apabila kaum itu meletakkan dirinya lebih mulia dari segala makhluk (manusia) lain dan menganggap bangsa lain lebih hina dari haiwan. Nah begitu jugalah pandangan dan sikap Mahathir terhadap orang lain. Dia suka merendah-rendahkan orang lain apa lagi mereka yang difikirkan boleh mengatasi kehebatannya.

Dia juga seorang yang gila kepada pemujaan. Dia mahu dia dikultuskan. Sesiapa yang boleh memuja dan mengagungkannya itulah orang baik dan orang yang patut disokong. Baginya orang baik itu apabila sanggup menjadi penjilat dan penghidu kentutnya. Orang itulah yang perlu diberi kemenangan.

Thursday, January 24, 2013

Mahathir, Ibrahim Menyusahkan Najib

PANDANGAN                                                                                                                    

Pada saat tibanya pilihan raya umum ke-13 Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor sangat mengharap akan ada waktu damai bagi Umno. Najib sangat mengharapkan ada kesenggangan masa kritikal untuk menghadapi pilihan raya. Najib perlukan ketenangan dan sedikit olak menenangkan situasi.

Ibrahim dan Mahathir menyusahkan Najib.
Disebabkan itu beliau cuba berlunak dengan rakyat. Najib memberi wang kepada rakyat dalam berbagai bentuk dan jenama. Semua entiti masyarakat beliau dekati dan menanganinya dengan semesra-mesranya yang boleh. Sepatah ayat dalam skrip lakonan untuk menawan hati rakyat tidak ditinggalkan.

Satu masa Najib hampir berjaya memancing hati semua orang. Rakyat marhain senang dengan cara Najib mengingati mereka. Walaupun rakyat tahu itu adalah sebahagian hipokrasi pilihan raya tetapi rakyat menerimanya. Rakyat memberi simpati kepada Najib sebagai membalas budi baik Najib memberi berbagai insentif dari wang saku rakyat juga.