SELEPAS SUBUH
Dalam apa juga bidang memerlukan kebijaksanaan. Untuk menjadi bijaksana, seseorang itu perlu menakluki atau pun sekurang-kurangnya mengetahui secara asas semua bidang ilmu. Kebijaksaan atau fatanah adalah empat daripada sifat yang menjadi "pakaian" Muhammad s.a.w menjadikan dia pemimpin agung yang hebat.
Sinonimas sifat itu dengan karektor Rasulullah itu menunjukkan sifat itu sangat penting dalam konteks pemimpin dan kepimpinan. Tanpa kebijaksanaan tidak mudah sesuatu perjuangan itu mencapai matlamatnya atau mempertahankannya selepas ia berjaya dirangkul.
Apabila sebut bijaksana, ia perlu memandang jauh, mengintai kesan dan implikasi ke atas sesuatu yang hendak dibuat. Kebijaksaan itu termasuklah bijak membaca dan menghurai sesuatu keadaan bakal terjadi.
Showing posts with label Muktamar Pas 61. Show all posts
Showing posts with label Muktamar Pas 61. Show all posts
Monday, June 8, 2015
Apabila Dewan Ulama kurang bijaksana
Labels:
Muktamar Pas 61
Sunday, June 7, 2015
Telatah di hari akhir muktamar
ULAS MUKTAMAR
Macam-macam gelagak yang dipamerkan pada hari akhir muktamar Pas khasnya pada masa penangguhan dan penggulungan perbahasan. Beberapa orang mengambil peluang bercakap di hari akhir itu, terutamanya mereka yang tewas, menelurkan berbagai emosi. Ada yang sedih dengan kekalahan, ada yang sebak sehingga tidak dapat berucap dan menitiskan air mata.
Ada yang melarikan rasa sedih dan sebak dengan menyanyi lagu penuh sindiran dan makna. Lagu yang memberi gambaran dan mesej bahawa kalau si penyanyi itu tiada lagi selepas ini atau berada di pihak lain jangan ditangisi.
Macam-macam gelagak yang dipamerkan pada hari akhir muktamar Pas khasnya pada masa penangguhan dan penggulungan perbahasan. Beberapa orang mengambil peluang bercakap di hari akhir itu, terutamanya mereka yang tewas, menelurkan berbagai emosi. Ada yang sedih dengan kekalahan, ada yang sebak sehingga tidak dapat berucap dan menitiskan air mata.Ada yang melarikan rasa sedih dan sebak dengan menyanyi lagu penuh sindiran dan makna. Lagu yang memberi gambaran dan mesej bahawa kalau si penyanyi itu tiada lagi selepas ini atau berada di pihak lain jangan ditangisi.
Labels:
Muktamar Pas 61
Saturday, June 6, 2015
Tunggu pandangan saya esok
Besok saya akan membuat ulasan muktamar Pas ke-61 yang penuh dramatik dan akan diingat selamanya oleh ahli parti itu. Kuala Selangor telah mencatat sejarah baru kepada parti agama itu. Peringatan saya agar Kuala Selangor tidak meninggalkan kesan memilukan nampak berlaku sesuatu yang memberi signifikan kepada Pas.
Saya akan ulas berkisar kepada nasib yang dialami mereka yang dikalah secara berkumpulan dan juga kesan kepada pemilihan pemimpin laksana pilih seraga ayam.
Hal-hal lain yang akan saya sentuhkan nanti apakah kepimpinan baru dalam Pas untuk semua dewan mampu menggerakkan Pas ataupun ia lebih cemerlang berbanding kepimpinan sebelum ini. Macam manakah agaknya Pas sekiranya ia bergerak dan hidup bersendirian setelah berpisah dengan DAP.
Tentunya tidak ketinggalan apakah kesan ekoran pemutusan hubungan Pas dengan DAP. Apakah ia membawa kesan buruk kepada kerajaan Pakatan di Selangor. Dan sejauh mana benarnya orang-orang tertentu sedang mencaturkan politik untuk Pas mengambil alih kerajaan Selangor bersama Umno.
Ada maklumat gelap yang sampai ke telinga saya mengenai rundingan ini. Sejauh mana benar dan logiknya?
Tunggulah esok. Wassalam Mso.

Friday, June 5, 2015
Pemilihan pemimpin Pas bak pemilihan seraga ayam
ULAS KEPUTUSAN
Saya yakin dan percaya suasana dan aura muktamar tahun ini tidak begitu "jelingah" lagi, walaupun ia dimeriahkan dengan pemilihan. Mungkin sudah ada peserta yang kecewa sedih dan tidak dapat mengawalkan perasaan dukalara dengan apa yang berlaku, sudah angkat punggung pulang. Mungkin yang terlebih emosi sedang membuat congakan terhadap masa depan mereka dengan Pas sambil mata berlinangan dengan air jernih.
Labels:
Muktamar Pas 61
Thursday, June 4, 2015
Ulasan saya mengenai keputusan pemilihan Pas, esok...
Keputusan pemilihan kepimpinan Pas telah pun diketahui. Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatan presiden mengalahkan Ahmad Awang. Hadi mendapat undi 928 manakala Ahmad mendapat 233 undi.
Begitu juga dengan Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya dua penggal ditangan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Walaupun kekalahan Ahmad dan Mohamad itu sudah dijangka, tetapi ia sangat kontra dengan suara dan naluri umum yang rata-rata memilih Ahmad. Inilah yang perlu dihuraikan. Apakah sebab musababnya, insya-Allah akan saya ulas dan rumuskan esok.
Cuma malam ini saya ingin berpesan, kepada penyokong tokoh-tokoh yang kalah usah bersedih dan bersendu. Sesungguhnya tangisan anda itu tidak wajar kerana kekalahan tokoh kesayangan anda bukan menerusi satu pelawanan sejati. Dan kekalahan itu juga tidak sama sekali membuangkan mereka daripada Pas. Mereka tetap mendokong Pas.
Tunggulah ulasan daripada saya esok. Wassalam Mso. [wm.kl.11:02 pm 06/04/15]

Subscribe to:
Posts (Atom)