Nak soal sikit sahaja. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan kedudukan Ting Tiong Choon (foto) sebagai Adun Pujut kekal. Ertinya dia masih sah sebagai wakil rakyat kawasan itu. Menurut hakim yang mengadili kes itu, perlucutan kedudukan Tiong Choon sebagai Adun itu tidak sah.Ertinya pilihan raya ditetap oleh SPR 4 Julai depan tidak akan berlaku. Begitulah kira-kiranya.
Yang nak tanya sikit ialah kenapa, SPR tergesa-gesa mengumumkan pilihan raya perlu diadakan sedangkan Adun berkenaan masih ada peluang merayu kedudukannya kepada mahkamah dengan membawa saman pemula.