Tuesday, November 11, 2008

Ulasan Isu

Kamilia Lebih Sesuai Untuk Pimpinan Wanita

TAHNIAH diucapkan kepada ketua wanita Kuala Kangsar, Kamilia Ibrahim (foto) kerana tegas dan konsisten dengan hasratnya untuk bertanding Naib Ketua Wanita. Kamilia menolak pelan peralihan kuasa yang dibuat oleh Rafidah Aziz yang berselindung disebalik untuk kepentingan parti namun hakikatnya bertujuan untuk mengekalkan kedudukan dan kekuasaannya dalam sayap kiri Umno itu.

Kamalia juga menolak keputusan yang dibuat oleh Exco Wanita yang mahukan pelan peralihan kuasa berjalan seperti mana dirancangkan iaitu pada Jun tahun depan dan yang memutuskan supaya jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita tidak dipertandingkan.

Alasan Kamilia untuk kekal dengan keputusan itu ialah kerana, tidak ada peruntukan dalam perlembagaan Umno yang menentukan apa-apa jawatan tidak boleh dipertandingkan dan keputusan Exco wanita itu bukan sesuatu yang dibenarkan oleh perlembagaan. "Saya tidak ikhtiraf pelan peralihan kuasa berkenaan," ujarnya.

Sikap yang diambil oleh Kamilia itu satu sikap tegas, berani dan terbuka yang harus ada pada semua ahli politik. Kamila ternyata mempunyai wawasan dan keyakinan tersendiri dan tidak mudah dijadikan lembu oleh Rafidah seperti mana beberapa Exco wanita lain. Kamilia juga ternyata bukan wanita yang mudah terpesona dengan perfume yang dipakai oleh Rafidah dan beliau ada pewanginya tersendiri.

Ada dua sebab menurut Kamilia kenapa beliau mahu meneruskan hasratnya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita itu. Pertama, kerana Rafidah sudah mengumumkan untuk berundur dan kedua kerana ingin memperjuangkan Islam dan menaikkan martabat wanita. Menurutnya isu-isu Islam sering disebut dalam pergerakan itu sejak akhir-akhir ini.

Umum tahu bahawa Rafidah tidak begitu mementingkan isu Islam ataupun menjadi juara memperjuangkan isu Islam. Beliau lebih menampilkan dirinya sebagai seorang wanita moden yang bertaraf antarabangsa. Bibirnya tidak pernah kering atau pudar dengan gincu merah. Dengan penampilan ini menyebabkan tumpuannya kepada hal ehwal wanita terabai atau tidak diperhatikan langsung.

Apa yang berlaku wanita di zaman Rafidah ialah wanita yang tebal dengan gincu, tebal dengan kosmetik dan yang berat lengan dan bahu dengan barang kemas dan beg tangan besar. Keadaan itu menyebabkan wanita dilihat sebagai kumpulan modeling tua daripada wanita yang mempunyai aspirasi untuk perjuangan Melayu dan kaum itu sendiri.

Komitmen Rafidah kepada agama juga begitu rapuh. Hal ini boleh dilihat kepada sikap dan penerimaan kepada pakaian menutup aurat. Saya tidak mahu mengatakan tutup kepala itu wajib, namun fesyen yang menampilkan kesopanan wanita ini terang-terangan diketepikan oleh Rafidah. Beliau pernah mempersoalkan mengenai halal haram mengenai penutupan kepala (aurat) wanita semasa dalam Majlis Tertinggi Umno.

Nasib wanita terutamanya ibu tunggal juga tidak terbela dengan sepatutnya. Tidak ada apa-apa institusi yang diperkenalkan oleh Rafidah untuk membantu wanita golongan ini. Pendeknya wanita di zaman Rafidah hanya wanita bermerah-merahan sahaja.

Jadi apabila Kamilia sudah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua dengan membawa wawasan dan gagasan yang dilihat progresif itu seharusnya perwakilan wanita memberi perhatian. Apa lagi disaat Umno sedang menunju kehancuran kini eloklah kalau wanita juga turut sama memainkan peranan untuk membaiki dan mengembalikan mertabat dan wibawa Umno dimata umum khususnya kaum perempuan di negara ini. [wm.kl. 11:15 pm 11/11/08]

4 comments:

IndukYati said...

camtulah hendaknya Pn Kamilia,satu tabik spring yang memantul sebanyak 23 kali utk Puan..sememangnya sikap tegas bukan garang harus ada didalam setiap diri pemimpin, bukan ikut melulu...esok kita akan ditanya"apa yang kau pimpin" tak boleh jawab...pikir sendirilah akibatnya..

al 'awab said...

MENIMBA SOKONGAN DAN KEKUATAN HAKIKI.

Assalamualaikum warahmattullah.

Saya samasekali tidak berhasrat untuk menjadi juara laga dimedan pertembungan Wanita Umno Malaysia menobatkan pimpinan perdana mereka.

Walau bagaimanapun saya sekadar untuk mengeluarkan pandangan khususnya sokongan moral kepada Datuk Kamilia Ibrahim Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar untuk memberi keadilan dan membalas penghargaan kepada semua Bahagian-bahagian Umno yang mencalun dan melayakkan Datuk Kamilia untuk bertanding dan menghadapi persaingan untuk jawatan Timbalan Ketua Umno Malaysia.

Yang Berbahagia Datuk!
Sesungguhnya masa dan peluang keemasan yang sebagini rupa, dipenghujung kariar Datuk mendapat peluang dan layak bertanding untuk jawatan tersebut telah menjadi realiti untuk diri pribadi Datuk. Percayalah peluang ini tidak akan berulang.

Pada hemat saya, dan dalam pengamatan saya, dengan izin Allah dalam pertandingan jawatan TK Umno ini ianya akan berpehak kepada Datuk untuk mendapat dan memperolehi sokongan undi kemenangan dari perwakilan yang telah membuka dan menunjuk jalan kepada Datuk.

Justeru tidak ada jalan songsang untuk Datuk untuk menafikan bahagian-bahagian yang telah menolak dan melonjak nama Datuk diperengkat negara yang mewangi sekarang. Penolakan Datuk atau menerima plan diluar lunas demokerasi, ianya akan menhanyutkan sokongan dihari-hari kemudian. Percayalah penegasan saya ini.

Disini tidak ada jalan undur juga kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil. Dalam percaturan politik Umno yang serba kabur ini pilihan yang tepat untuk Datuk Shahrizat adalah menetang Tan Sri RA. Kini bukanlah masa yang sesuai untuk TS RA untuk bermain catur.

Saya amatlah berharap semuga Datuk Kamilia wajib menerima dan sedia menghadapi risiko menang untuk jawatan Timbalan Ketua secara pertarungan dan pertandingan yang sah semerbak mewangi sebagai Sri Kandi.

Tolaklah perundingan untuk mereka menyekat kemaraan dan sokongan ramai yang Datuk perolehi sekarang. Percayalah Datuk akan mendapat sokongan mutlak kearah mencipta dan mencapai kemenangan dalam pertandingan.

Usahlah Datuk berganjak dan berubah niat untuk tidak mahu bertanding jawatan tersebut. Ibarat ikan panggang dihadapan kucing. Saya yakin majoriti undi diantara 60 - 85 undi Inshaallah akan menyebelahi diri Datuk.

Saya nukilkan ibarat sokongan disini dengan kata-katan "Madu Tualang yang Datuk beli; mengiringinya adalah manis dan lazatnya manisan tersebut yang ianya tidak berpisah tanggal.

Sekian, selamat bertanding.
Wasalam. TK.

9.20 mlm

Anonymous said...

Salam MSO,

Pelan peralihan kuasa yang dibuat oleh Rafidah boleh dilihat sebagai tipu muslihat yang sememangnya untuk mengekalkan kedudukan dan kekuasaannya dalam Wanita UMNO.

Jika dia mempunyai masa menunggu peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib bulan march 2009 maka ada kemungkinan Rafidah akan menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai menteri dalam kerajaan Najib pula.

Jika dia dilantik sebagai menteri oleh kerajaan Najib, Rafidah akan memberi berbagai alasan untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Wanita dan pelan peralihan kuasa yang diwar-warkan itu tidak akan berlaku.

Maka melepaslah Syarizat untuk menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO. Akibatnya jadi lah seperti kata pepatah "dikejar tak dapat dikendong keciciran".

Kepada Wanita UMNO, jika ingin perubahan dalam kepimpinan parti maka anda mesti bersatu dan jangan terikat dengan peralihan kuasa seperti yang dijanjikan. Pilihlah calon yang berwibawa demi masa depan Wanita dan negara.

Kepada YB Kamalia, "biar berputih tulang jangan berputih mata".

Anonymous said...

Saya rasa berbangga dengan keputusan datuk terutama untuk berjuang memartabatkan kaum wanita serta nilai islam. Sepatutnya sudah lama begitu..Imej bibir merah seperti yang ditunjukkan oleh Rafidah amat tidak kena dengan Imej Islam,seharusnya dari dulu lagi wanita UMNO dah patut berubah, tapi belum terlambat lagi,
semoga berjaya Datuk, tahniah.