Friday, November 14, 2008

Celoteh Murai 14

Rafidah dan Orang Politik

MURAI awal-awal lagi sudah dapat membaca apa yang ada dalam skirt politik Rafidah Aziz. Apa yang tersirat sudah Murai baca dan tafsirkan. Mengapa beliau merencana pelan peralihan kuasa hingga Jun, kenapa tidak Mac serentak dengan peralihan kuasa Abdullah dengan Najib? Rafidah ada strateginya sendiri.

Mac Najib Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Ketika itu Rafidah masih lagi Ketua Wanita Umno. Dengan kedudukan itu Rafidah boleh menuntut jawatan menteri daripada Najib. Najib pula akan menimbangkan kerana Rafidah juga berkerja keras untuk mempersarakan Abdulah Badawi lebih awal.

Rafidah berdoa agar Najib mengenang budi dan segala usaha-usaha beliau itu. Mana tahu kalau diberikan jawatan menteri dapatlah kumpul dua tiga billion lagi!

Sikap dan telatah Rafidah itu tidak menghairankan Murai. Sudah menjadi perangai orang politik bila sudah naik payah turun. Bila sudah duduk di kerusi empuk sukar melepaskannya. Biarlah orang kata tua, lembik, lemah tidak berwawasan dan sebagainya, mereka tidak akan pedulikan. Apa yang mereka tahu duduk di situ enak, sedap dan mendapat berbagai layanan istimewa; air orang hulur makan orang beri, nak berjalan orang membuka laluan.

Keadaan inilah juga menyebabkan Mahathir Mohamad menjadi seperti orang moryam apabila beliau berhenti menjadi Perdana Menteri. Beliau merasa terhina dan tidak dipedulikan lagi. Itulah sebab dia merayau siang malam. Ini terserlah bila mana Mahathir sering kali merintih, tidak ada lagi orang yang mencium tangannya selepas beliau tidak lagi berkuasa. Katanya semasa jadi PM dulu, tangan beliau sampai haus atau licin kerana dihidu dan dicium oleh orang ramai.

Bukan saja setakat tangan, punggungnya pun dicium! He...he...he...

Jadi bila sudah tidak jadi PM, segala keistimnewaan, penyanjungan dan pentaksuban itu hilang dari hidup Mahathir. Tangan dan punggung Mahathir juga sudah menjadi kasar dan berkerasak kerana tidak dielus dan dicium lagi.

Bukan saja Rafidah dan Mahathir, orang lain juga begitu. Masih mengaku kuat, sihat dan menggunakan berbagai alasan untuk terus menjadi orang besar. Walaupun mata sudah ruyup, dada selalu sakit, kaki sakit, kepala lutut (buah gomok) sakit tetapi masih nak jadi pembesar juga. Tidak mahu mengaku kalah dan menyerah kuasa kepada anak buah.

Biarlah berjalan pakai tongkat, orang papah tidak mengapa, asakan title keramat itu tidak hilang. Anih kenapa takut sangat kepada hal-hal pangkat dan kedudukan yang dianggap daki dunia itu? Selalu kita bercakap dan mengkritik orang yang sukar untuk berundur, tetapi bila sampai giliran kita, kita jadi dua kali lima sahaja. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin, buat tak serupa kata.

Kepada orang-orang politik yang degil nak turun dan nak buang kuasa, (atas apa jua alasan) usahlah mengeji Rafidah kalau nenek wanita Umno itu masih bercita-cita lagi untuk jadi menteri. Kalau kita juga serupa dengan mereka tindakan itu bagaikan dulang yang mengatakan paku serpih sahaja.

Dan fahamilah sikap dan fiil orang politik, selagi jasad mereka dapat dilihat selagi itu mereka akan berusaha untuk terus menahktai kuasa.

Murai: Berkicau seketika-seketika sahaja!

3 comments:

Anonymous said...

“Bukan saja Rafidah dan Mahathir, orang lain juga begitu. Masih mengaku kuat, sihat dan menggunakan berbagai alasan untuk terus menjadi orang besar. Walaupun mata sudah ruyup, dada selalu sakit, kaki sakit, kepala lutut (buah gomok) sakit tetapi masih nak jadi pembesar juga.”

Aii.. haji tie lain je maksud.. keras nampak???

ji..
bukan semua org politik mcm aji cakap.. kadang yang pakai tongkat, yg sakit "buah gomok" bukan tknk letak jawatan tp mengharapkan ade yg lebih baik dan benar2 sedia jadi pganti...

sebab..
hebat2 mahathir pun salah pilih peganti ji... amir.

ababina328 said...

Aduh-aduh pak, memang simurai ni,bukan calang-calang murai,siulannya memang mengena, sebiji, aduh.....dunia-dunia...

leje said...

bagilah peluang pada rafidah aziz bekerja untuk 4 PM..satu catatan sejarah bagi wanita malaysia..