Saturday, January 3, 2009

Susupan Pagi

Dewan Pemuda Pas akan pastikan kemenangan Wahid

DEWAN Pas antara sayap parti yang mengambil tindakan awal dan telah bergerak untuk memastikan kemenangan pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari depan. Ketuanya Salahuddin Ayub (foto) telah mengarahkan seluruh anggotanya agar memberi tumpuan kepada pilihan raya berkenaan untuk memastikan kemenangan Pas.

Katanya, waluapun calon Pemuda tidak terpilih tetapi itu bukan sebab untuk pemuda tidak memberi komitmen sepenuhnya pada pilihan raya berkenaan. “Bagi pemuda apa yang diputuskan parti, itu yang pemuda julangkan,” demikian tegas Sallahuddin penuh bersemangat dalam satu perbualan dengannya lewat petang ini.

Beliau yang menafikan Pas berhadapan dengan masalah sehingga lambat mengumumkan calon menjelaskan kelambatan itu adalah strategi Pas. “Disebabkan BN telah mengumumnkan calonnya awal, maka secara automatik Pas menjadi lambat,” ujarnya sambil berfalsafah.

Sebelum ini Pemuda Pas turut mengemukakan calonnnya untuk diletakkan pada pilihan raya berkenaan.

Semangat yang ditunjukkan oleh Dewan Pemuda itu patut dicontohi oleh semua fraksi dalam Pas dan juga individu atau puak tertentu dalam Pas yang sebelum ini berusaha meletakkan calon pilihan masing-masing.

Sikap yang diambil Pemuda yang sedia untuk mematuhi dan tidak menimbulkan sebarang masalah dalam saat parti menghadapi lawan patut dipuji dan langkah itu sesutau yang positif.
Sehubungan itu kata Sallahuddin Pemuda sudah menyediakan 30 program kempen bagi memastikan kemenangan calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut.

Menurut Sallahuddin antara program yang telah diaturkan ialah mendekati golongan muda dan turun ke padang mendekati rakyat setempat untuk berkonsultasi dengan mereka bagi meninjau masalah semasa yang mereka hadapi.

“Dalam hal ini Pemuda akan lebih menumpukan kepada golongan muda,” jelas Sallahuddin, manakala bentuk kempen yang akan diambil katanya pendekatan dinamik dan tidak sesekali menggunakan pendekatan agresif.

Baginya sudah sampai masanya bentuk kempen secara lebih dinamik dan professional digunapakai kernana masyarakat pengundi sudah matang dan persepsi mengenai politik juga sudah banyak berubah berbanding dahulu. “Orang muda lebih suka kepada politik berbentuk fakta dan isu realistik daripada retorik dan kebanyakan isu mereka sudah faham,” jelasnya lagi.
Lain-lain program yang disusun ialah rehlah, hiburan dan sukan rakyat. Johan akademik nasib tahun 2008 katanya akan dibawah turun untuk mengadakan persembahan di Kuala Terengganu.

“Kita berharap program ini bukan kempen semata-mata tetapi bagi memenuhi tuntutan kerana hiburan itu fitrah manusia,” tambahnya.

Dalam pada itu Sallahuddin memberi amaran agar pilihan raya itu nanti tidak akan dicemari dengan kebanjiran pengundi luar. “Suka saya sebutkan Pemuda Pas tidak perlu menyebut apakah tindakan yang mereka hadapi sekiranya pengundi luar ini masuk ke Kuala Terengganu nanti.”

“Pemuda tahu bagaimana mereka hendak bertindak tanpa diajar sekiranya keadaan itu berlaku kelak dan kita berharap masalah pengundi luar ini tidak akan berlaku,”tambahnya serius. Beliau menyebut itu kerana mengenangkan masalah pengundi luar pernah berlaku di Terengganu yang menyebabkan antara faktor kerajaan Pas Terengganu tumbang tahun 2004. [d kota kl 7:30 pm 02/01/08]

No comments: