Monday, January 5, 2009

Sebuka Mata

6,000 Anggota Polis Tambahan di Kuala Terengganu?

HARI ini terdapat 6,000 anggota polis yang berkhemah di Kuala Terengganu sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari depan, demikian menurut Tengku Hassan Tengku Omar, penyelaras pengundi luar Pas.

Katanya kebajiran begitu ramai anggota polis bermula sejak seminggu lalu. Mereka ditempat di setiap Unit Peti undi yang terdapat di Parlimen Kuala Terengganu. Khemah-khemah khas dipasang bagaikan khemah tentera yang menanti kemaraan musuh.

Setiap peti undi dijaga oleh pegawai berpangkat Dua Paku ke atas.

Apakah kedatangan begitu ramai anggota polis kerana mereka bimbang keselamatan proses pilihan raya berkenaan yang bermula secara rasmi esok, hari penamaan calon? Ataupun kedatangan polis itu mempunyai motif tertentu.

Calon BN Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab terhadap polis. Beliau dijangka akan melepaskan jawatannya hari ini untuk membolehkan beliau mendaftar sebagai calon esok. Apakah kedatangan polis itu untuk membantu dan menjamin Wan Farid?

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali meminta dan berharap polis menjadi pengadil yang baik dalam pilihan raya berkenaan dan jangan sesekali berlaku tidak ada. Katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan anak-anak Terengganu beliau minta pengundi jangan takut atau gerun dengan kedatangan anggota polis begitu ramai kerana tujuannya untuk menjaga keselamatan.

Sementara itu peranan khemah polis yang didirikan di setiap unit peti undi juga untuk memudahakan pihak polis menerima sebarang laporan yang berlaku berhubung pilihan raya berkenaan.

Sekiranya ada sesuatu kejadian orang ramai tidak payah bersusah payah ke Balai Polis, sebaliknya terus boleh laporkan di khemah polis berkenaan yang bertindak sebagai balai bergerak. [wm.kl 8:30 am 05/01/08]

No comments: