Thursday, February 12, 2009

Terkenang Pangkor

Tahniah Zambry
Selesailah Masalah Rakyat

ZAMBRY Abduk Kadir (foto) telah pun menjadi MB Perak Darul Ridzuan. Beliau mengangkat sumpah dalam suasana yang luar biasa apabila ribuan penunjuk perasaan menggayang di luar istana Iskandariah tempat berlangsungnya peristiwa bersejarah kepada Zambry itu.

Alhamdulilah tidak ada pertumpahan darah terjadi walaupun perkarangan istana itu digambarkan sebagai suasana di Gaza oleh sesetengah pemerhati. Hasilnya hanya sembilan orang penunjuk perasaan termasuk seorang warga Indonesia ditangkap. Mereka telah pun dihadap ke mahkamah dan dikenakan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Selesa lalu juga barisan Exco Zambry terdiri daripada enam orang Adun telah pun mengangkat sumpah. Mereka diberikan portfolio masing-masing. Selepas itu keesokan harinya Zambry dengan kuasa eksekutifnya telah melantik empat orang penasihat kepada MB yang berstatus Exco.

Jawatan ini pertama kali diwujudkan. Kerana itu ia dipertikaikan oleh anggota bekas Exco kerajaan Pakatan Rakyat. Ngeh Koo Ham telah membawa kes itu ke SPRM mendakwa perlantikan empat orang penasihat bertaraf Exco itu menyalahgunakan wang rakyat. Kita tunggu apa hasilnya.

Ternyata Zambry menjadi MB dalam keadaan penuh gelora. Dalam situasi politik Perak belum reda beliau menduduki kerusi itu. Suasana itu juga menjadi cabaran dan ujian kepada Zambry. Apakah Zambry dapat mengheningkan kemelut di Perak itu? Bergantung kepda bijaksana Zambry sebagai MB.

Ramai pemerhati politik merasakan Zambry akan menghadpai masalah. Walaupun tidak sampai seminggu, khabarnya sudah ada yang mempertikaikan kebijaksanaan Zambry dalam menyusun saf Exconya. Ada beberapa Adun dikatakan mempersoalkan kenapa empat kerusi Exco lagi tidak diisi dan mereka dikatakan merasakan diri mereka di ketepikan.

Iya, apakah Adun-adun lain yang tersisa sebanyak 21 orang lagi itu tidak mempunyai kelayakan dan intergriti untuk dilantik menjadi Exco? Biarkan mereka mempertikaian dan sama-sama kita saksikan bagaimana kesudahannya.

Semua itu kena dijawab dan dihuraikan sebijak mungkin oleh Zambry. Apakah itu keputusannya ataupun kehendak pihak lain? Sekiranya beliau tidak berwaspada dan menanganinya dengan baik dan memberi kepuasan, tidak mustahil Zambry akan dipersoalan. Mungkin untuk sehari dua ini tidak, tetapi selepas beberapa bulan ia akan mula terdengarlah soksek-sokseknya. Menjadi MB dalam keadaan kritikal itu menyebabkan Zambry tidak mempunyai kekuatan dan keyakinan secukupnya.

Pendeknya, Zambry memerlukan ketinggian daya psikologis dan diplomasi untuk menjawab dan menjelaskan atas tindak tanduknya itu. Ada juga mengira kekosongan empat Exco itu sebagai umpan untuk menarik mana-mana Adun Pakatan Rakyat sebagai imbuhan sekiranya mereka sedia menyemberangi ke dalam BN?

Semua permasalahan itu berat yang harus diselesaikan oleh bekas pengidola Anwar Ibrahim itu. Ia menjadi ujian samada beliau layak menjadi pemimpin atau tidak atau menentukan tempoh kedudukannya di kerusi panas itu.
Bagaimana pun di sini saya rasa tidak adil kalau untuk melihat Zambry dapat menyelesaikan itu semua dalam masa satu malam. Ia memerlukan masa yang panjang untuk mengatasinya.

Untuk melantik Exco – mengisi yang empat lagi kerusi itu beliau tidak boleh bertindak sendirian. Masih ada kuasa atau orang lain yang beliau kena minta pandangan dan meminta restunya. Zambry tidak boleh pandai-pandai bertindak. Di Perak hari ini Zambry tidak akan boleh membelakangkan Mohd Najib Razak dan Zahid Hamidi kerana mereka adalah ketuanya.
Pastinya pula naluri politik Najib dan Zahid di Perak berbeza!
Begitu juga saki baki pengaruh politik yang ditinggalkan oleh Tajol Rosli Ghazali masih ada dan tidak mudah untuk dikikiskan. Sedikit sebanyak kesan-kesan politik masa lalu itu tetap menghantui Zambry. Apakah Tajol ikhlas dan redha melibat jenazah politiknya dikebumikan begitu saja tanpa menanti apa-apa pesaka!

Kita tinggalkan masalah yang bukan mudah diselesaikan Zambry itu. Cuma di sini saya mengharap supaya Zambry selesaikan dulu masalah ringan yang berlaku dalam kawasannya. Kesempatan beliau jadi MB cukup baik untuk beliau memberesi beberapa masalah penduduk Pangkor yang bertimbun dan membusuk khasnya di Pulau Pangkor.

Semasa saya mengunjungi Pulau Pangkor penghujung tahun lalu banyak masalah yang terdengar di telinga. Salah satu ialah mengenai perumahan nelayan di Taman Pangkor Indah yang dikatakan telah terbengkalai sejak dua tahun lalu.

Rumah teras sebanyak 101 unit itu dibina untuk perpindahan nelayan yang tinggal di tepi pantai Telok Godong. Setengah pembeli sudah pun membayar pinjaman bank tetapi sampai ke hari ini masih belum dapat mendiaminya. Katanya masalah di antara pemaju dengan kerajaan negeri belum selesai.

Pembeli dikatakan telah beberapa kali meminta bantuan Zambry sebagai Adun menyelesaikannya. Zambry juga telah memberi jaminan. Namun sampai kini ia tidak diselesaikan lagi. Muhyiddin Yassin semasa menjadi Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani juga pernah sampai ke perumahan itu. Namun ia tidak juga berjaya menyelesaikannya.

Perumahan yang terbengkalai itu kini sudah tidak terjaga. Keadaan sekitar juga sudah ditumbuhi rumpai rampai dan semak samun meliar dan sesetengah tingkap nakonya sudah ada yang pecah. Semoga dengan terlantiknya Zambry beliau akan dapat menyelesaikan masalah rakyat marhean di pulau itu. Masalah itu dirasakan ringan berbanding dengan soal perlantikan Exco tadi.
Tidak terlupa juga, diharap beliau akan menjenguk Talib Din, di kampung Sungai Pinang Besar warga emas yang rumahnya hampir ruboh yang pernah dipostingkan dalam blog ini tidak lama dulu. Kepada Zambry tahniah dan selamat berkhidmat kepada rakyat dengan penuh keadilan dan kePakatan Rakyat. [wm.kl 10:30 pm 12/02/09]

1 comment:

Anonymous said...

salammualaikum...
Pasti selepas ini akan ada lebih banyak lagi perjanjian pangkor selepas ini dan akan dibuat sendiri oleh org pangkor.

2.Amatlah di harap perjanjian pangkor kali ini tidaklah menjual agama,bangsa dan negara.

3.Terima kasih juga kepada Zamri kerana melantik Kapt(B)Najibmuddin Ilyas sebagai penasihat..kerana saya anak batu kurau.

4.Akhirnya takdir tuhan memihak kepada zamri utk beliau menjadi MB.Dulu takdir ini memihak kepada Nizar.

budak batu kurau