Saturday, February 7, 2009

Seloka Hujung Minggu

Berapakah Nilai Projek Jatuhkan Kerajaan Pakatan Perak

SEMUA orang mempercayai projek menjatuhkan kerajaan Pakatan Perak menelan belanja yang bukan sedikit. Logiknya tidak ada sesuatu projek politik yang tidak menelan belanja. Apa lagi aset atau keuntungan yang diperolehi dari projek itu nilainya ribuan billion!

Ada beberapa pertanyaan atau persoalan yang boleh dikongsi bersama untuk menghuraikan permasalahan ini.

1. Berapa banyakkah Umno membelanjakan untuk projek berkenaan?

2. Siapa-siapakah yang mendapat keuntungan atau bayaran berhubung projek berkenaan?

3. Macam manakah bentuk bayaran dilunasi sebagai fee atau elaun atas kejayaan projek berkenaan?

4. Dari manakah sumber kewangan yang dibelanjakan untuk membayar projek berkenaan?

Anda boleh berkongsi memberi ulasan dan menjawab persoalan ini menerusi komen-komen yang ikhlas, rasional dan logik. - MSO

6 comments:

Anonymous said...

Jawapan yang tidak spesifik,

1. Harga projek dinilaikan melebihi 1 billion.

2. Imbuhan projek diberi pada pencadang, peyokong, perencana sehingga kepada pemberi keputusan.

3. Bentuk bayaran dari perbagai sumber termasuklah menggada-gadakan projek pembangunan, tanah, balak, wang zakat dan sumber2 yang lain lagi.

4. Satu sahaja sumber iaitu harta negeri dan negara yakni harta rakyat

Mohd Azrul Azuan said...

Salam. Jawapan saya ialah :

1. Projek ini mungkin bernilai menghampiri satu bilion. Mana tidak peliknya, jika rasuah pemilihan UMNO pun boleh seludup duit berbilion guna kapal terbang tentera, inikan pula rompakan adun di Perak.
2. Pastinya 4 orang Adun yang mendapat bayaran hasil jualan maruahnya itu. Juga kepada yang merancang, pelobi, SPR, SPRM, polis, SUK Perak dan tidak mustahil juga Sultan dan pihak Istana!
3. Cara pembayaran adalah wang berjuta disalurkan ke dalam akaun, gelaran Dato pada hari ulang tahun keputraan Sultan, pakej pelancongan ke luar negara dan penganugerahan projek.
4. Dari duit yang akan disalurkan oleh kerajaan pusat (duit rakyat), duit-duit rasuah tokey balak yang abkal dapat kawasan pembalakan tidak lama lagi, juga duit dari tokey judi besar dan kroni kaya yang menaungi UMNO.

Sekian.

author faethal said...

Antara peruntukan adalah hasil daripada komisyen pembelian kapal salam dan peralatan tentera yang lain. Lepas ni kalau tak cukup boleh beli Eurocopter plak dan dapat komisyen lagi.
Pasal tu arwah Altantuya mengamuk kat umah razak baginda nak tuntut komisyen yang dijanjikan.
Mana komisyen tu pergi.Di sinilah!.Dan lepas ini di kedah,selangor dan lain-lain.

mat_terab said...

Duit tu semuanya duit sapa agaknya...?
Dah tentu duit rakyat takkan duit poket Najib...?
Takkan Duit UMNO....?
Sudah tentu duit rakyat tambahan Pula Najib Pegang Kem Kewangan Senang sangat la nak bawa keluar Duit Tenyeh je.....dah dapat sapa berani bantah....?

Anonymous said...

yang untung mestilah Datuk NASARUDIN (BOTA)
Kerana beliau lah yang sanggup JADI KATAK sekejap kedalam PR,.....

Anonymous said...

Assalamualaikum MSO,

Saya adalah peminat saudara sejak tahun 1998. Saya masih lagi menyimpan hasil karya saudara Anwar: Sumpah Dan Air Mata. Cuma saya masih belum berkesempatan untuk membeli buku saudara yang terbaru disebabkan sukar untuk dijumpai di kedai buku.

Jawapan 1:

Dalam 100 juta ringgit duit rakyat melalui Pakej Ransangan Ekonomi

Jawapan 2:

kroni-kroni Dato' Seri Najib. Paklah amat kecewa setelah mengetahui BN telah menguasai kerajaan Perak. Paklah berharap DUN Perak dibubarkan dan pemilihan UMNO akan ditangguhkan untuk pilihan raya di Perak.

Jawapan 3:

Melalui bon saham atau penganugerahan tanah, aset. Tidak mustahil pembayaran secara installment setiap bulan.

Jawapan 4:

Kemungkinan menggunakan Pakej Ransangan Ekonomi Pertama dan proses pembelian ADUN2 Pakatan Rakyat diteruskan dengan Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang dikhabarkan akan diluluskan.