Friday, February 26, 2010

Panas Karipat

Tengku Razaleigh Menjadi Duri Yang Terpacak Dalam Daging Umno

AHLI politik yang bijak itu ialah ahli politik yang boleh menghidupkan dirinya dalam keadaan bagiaman sekalipun. Bijak mengambil kesempatan bermain dengan isu untuk menzahirkan dia masih wujud dan relevan, bertenaga dan tidak boleh diketepikan. Apa lagi kalau isu yang dibangkitkan itu isu yang menyentuh hati dan naluri rakyat bawahan. Ahli politik demikian juga bukan mudah untuk dipadamkan kerja dan idealisme politiknya.

Begitulah dengan aksi politik Tengku Razaleigh Hamzah. Dia tidak ada apa jawatan dalam kabinet dan parti. Malahan dia pernah 'ditohok' oleh Dr Mahathir Mohamad. Dia pernah 'diselam air' dua kali oleh Mahathir. Dia juga pernah ditipu hidup-hidup dua kali oleh Dr Mahathir. Namun ternyata kekebalan hayat politiknya, Tengku Razaleigh masih bersinar dan terus menjadi pengharapan rakyat. Idea, pandangan dan ulasannya masih diminati rakyat dan dinanti pemerhati politik.

Penerusan nyawa politiknya kerana keikhlasan beliau dalam berjuang.

Misalnya isu tuntutan royalti petroleum di Kelantan benar-benar meletakkan Tengku Razaleigh atas pentas politik semasa yang membanggakan banyak pihak. Bukan saja ahli dan penyokong Umno yang mengenali perjuangan suci Tengku Razaleigh sejak dulu, tetapi ahli dan pemimpin Pas juga merasa terharu atas tindakan Tengku Razaleigh. Orang Pas nampak bahawa Tengku Razaleigh seorang negawaran yang ikhlas bukan seorang oportunis kelas pengutip sampah sarap.

Sikap dan pendirian beliau berhubung tuntutan itu secara tidak langsung menunjukkan tanggungjawab dan perjuangannya untuk membela rakyat Kelantan berterusan. Dan pendirian beliau itu bukan untuk menentang Umno, sebaliknya demi hak dan keadilan. Kalau kita bercakap soal hak dan keadilan semua orang kena setuju dengan Tengku Razaleigh.

Tidak timbul sebenarnya beliau tidak setia kepada Umno. Pandangannya berkadas dengan Umno kerana dia berpegang kepada kebenaran. Hakikat Kelantan berhak menerima bayaran tunai 5% terus dipertahakan kerana itulah kehendak undang-undang dan ikrar yang termenterai yang dilihat dan diakui sendiri olehnya.

Kalau orang faham perjuangan Tengku Razaleigh dalam hal ini orang tidak akan marah kepadanya. Orang Umno baik Mustapa Mohamed, Awang Adek Hssein atau Setopa Anak Tak Gawa Ali, tidak akan marah kepada Tengku Razaleigh Hamzah bahkan mereka sepatutnya bersama Tengku Razaleigh. Kalau difahami betul-betul, untuk siapakah Tengku Razakeigh perjuangkan semua itu? Wang tunai sebanyak 5% itu bukan untuk beliau atau istana Kelantan melainkan untuk rakyat Kelantan. Bukankah Umno melaungkan perjuangan mereka untuk membela bangsa Melayu?

Seperti mana yang dijelaskan Tengku Razaleigh apa yang beliau lakukan itu juga kerana mempertahankan semangat dan tujuan Petronas - Akta Pembangunan Petroleum itu diwujudkan iaitu untuk membantu negeri-negeri Pantai Timur yang masih miskin seperti mana dihasratkan oleh Tun Razak Hussein. Di sini boleh dianggapkan beliau cuba melaksanakan amanat dan pesanan Tun Razak untuk orang Melayu apabila putranya engga berbuat demikian.

Sayang ramai tidak memahami hakikat dan rahsia tersurat ini, maka adalah yang 'murih dan marah' kepada Tengku Razaleigh. Mereka yang marah adalah mereka yang berfikiran sempit dan melihat ke tembolok sendiri.

Tidak kisah kalau Muhyiddin Yassin kurang senang dengan sikap Tengku Razaleigh itu. Tidak mengapa kalau Najib juga tidak bersetuju (tetapi Najib nampaknya tidak sangat menunjukkan kejengkilan). Begitu juga tidak pelik kalau Rais Yatim tidak rela wang tunai itu diberikan kepada Kelantan. Usah peduli kalau Dr Mahathir juga tidak sokong kerana sudah berdekad Mahathir menganiaya rakyat Kelantan. Ketahuilah dendam Mahathir kepada Kelantan tidak berkesudahan dan akan terheret ke liang lahad.

Tetapi kalau orang yang lahir di Bachok Kelantan, lahir di Pasir Pekan Kelantan juga turut tidak setuju dengan Tengku Razaleigh Hamzah mungkin orang-orang ini sudah gila, kalaupun tidak cerdik. Gila bermakna dulu dia cerdik tetapi kerana tension atau terkena buatan orang menyebabkan dia jadi gila manga.

Kerana apa yang dipertahankan Tengku Razaleih itu satu hakikatlah, maka Umno nampak kekok untuk mengambil tindakan kepada ahli Parlimen Gua Musang itu. Nampaknya Umno kena berfikir panjang dan mengkaji implikasinya. Jadi Tengku Razaleigh kini jadilah duri yang terpacak dalam daging Umno yang sukar untuk dicabut dan sakit kalau terus dibiarkan.

Mungkin Umno faham akan bahana kalau mereka mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh. Yang jelasnya kepada Umno Kelantan. Kalau takdir Tengku Razaleigh diambil tindakan ini menyebabkan Umno akan menerima naas besar. Pengaruh dan aura Tengku Razaleigh di Kelantan masih kaut. Apa lagi kalau Tengku Razaleigh yang dianggap suara istana bergabung dengan Tok Guru bernama Nik Aziz ini menyebabkan Umno akan hancur. Tidak musthail dalam pilihan raya akan datang Umno akan mengulangi sejarah malu yang parah dalam pilihan raya tahun 1999, tidak menang walaupun satu kerusi.

Natijah dan implikasi inilah yang ditakuti oleh Umno. Inilah menyebabkan Umno berhati-hati untuk bertindak ke atas Tengku Razaleigh. Soalnya apakah dengan terus membiarkan duri bernama Razaleigh menikam Umno itu Umno Kelantan senang duduk! Jawabnya, membiarkannya salah, cabut juga salah jadi Umno Kelantan serba salah dalam menghadapi Tengku Razaleigh! [wm.kl. 6:00 pm 16/02/10]

6 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Tengku Razaleigh Hamzah adalah tanda sebenarnya masih ada orang Melayu yang ikhlas dalam UMNO walau pun parti itu penuh dengan mereka yang lebih bersungguh untuk menjaga perut sendiri. Sama juga dengan PAS, sebenarnya kita juga akan dan boleh bertemu dengan mereka yang tidak ikhlas dan berkepentingan dalam perjuangannya. Apa pun keikhlasan hanya boleh dinilai oleh Allah dan orang-orang yang ikhlas juga.

Unknown said...

perjuangan kuli amat di sanjongi oleh akar umbi rakyat kelantan dlm pelbagai wadah politik ,sehinga dlm umno sendiripon,fakta2 yg dibentang kan amat meyakinkan rakyat walau apasaja yg di suarakan oleh tiga serangkai pak pandir politik,rakyat kelantan tidak akan dapat di pengaruhi walau di dukong oleh jentera2 umno pusat,perkara ini menyebabkan keresahan kpd bijak pandai umno kelantan apa tidak nya mereka berdepan dgn majoriti rakyat kelantan,kuli dgn dukongan penoh dari pihak yg berwibawa di kelantan
selain dari kerajaan kelantan,rasanya kuli telah menyahut seruan darah hulubalang sebagai kerabat di raja kelantan menghunus kris keperwiraan mempertahan hak kelantan walaupon di anggap penderhaka oleh juak2 umno,bagi nya kesetian kpd kelantan menduhului agenda politik sempit umno ,terutama nya tiga pendikar upahan yg semimang akan tersisih dari jiwa rakyat kelantan yg murni mereka tidak lebeh dari anak derhaka yg akan menunjol dlm setiap zaman.mereka tidak lebeh dari seldadu upahan penjajah british yg membunuh shahid tok janggot semasa perjuangan menentang penjajah dehulu.bravo kuli semuga akan lahir ribuan kuli
lagi dlm umno kelantan yg berani kerana benar, tonjol kan kebenaran walaumacammana pahit sekalipon.

firdaus said...

mungkin ada baiknya kalau Tengku Razaleigh bertanding dalam pru akan datang sebagai calon bebas menyokong PR nanti
masa itu beliau boleh bebas bercakap dalam memperjuangkan melayu tanpa platform umno
menjadi lebih bebas dari berahing ali al-kataki

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Sebagai anak jati Kelantan, bukan setakat YBM Tengku Razaleigh sahaja yang berhak mempersoalkan dan memperkatakan soal royalti minyak untuk Kelantan malahan saya sendiri dan saya percaya seluruh rakyat Kelantan (yang sayangkan negeri Kelantan) turut berhak mempersoalkan hak yang telah termaktub melalui perjanjian bersama kerajaan Kelantan, Persekutuan dan PETRONAS yang telah dimeterai pada 9 Mei 1975 di bawah Akta Kemajuan Petroliam, 1974.

Saya menyanggah ulasan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, berhubung kenyataan yang mempertikaikan tindakan YBM Ku Li tentang isu royalti minyak Kelantan dengan menyifatkan apa yang dilakukan oleh YBM Ku Li bertentangan dengan prinsip dan pendirian parti UMNO berhubung isu tersebut. Soalnya, apakah saudara Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu sedar bahawa isu minyak ini tiada kaitan langsung dengan parti UMNO kerana soal tuntutan minyak ini adalah antara kerajaan Kelantan, kerajaan Persekutuan serta PETRONAS dan bukannya antara parti PAS, UMNO dan PETRONAS. Harap buka minda, lapang dada, buka hati, cuba hayati berhubung soal ini kerana ia bukan hak royalti untuk parti politik, tetapi hak untuk kerajaan Negeri.

Prinsip YBM Ku Li seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam ucapan semasa forum minyak di Kota Bharu jelas lagi terang bahawa beliau bukan mewakili mana-mana pihak tetapi mewakili diri sendiri atas kesedaran sebagai anak jati Kelantan, oleh sebab itu beliau menghadirikan diri kerana forum tersebut adalah anjuran badan NGO dan bukannya anjuran parti politik.

Sekarang, dolak dalih puak-puak yang mempermainkan wang ehsan bagi menggantikan wang royalti jelas kelihatan yang mana janji awal wang tersebut akan diagihkan kepada Kelantan pada Mac 2010 (pernah terpapar di dada akhbar utama negara), namun kenyataan terbaru Kelantan akan dapat pada April 2010 pula melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) selepas cara pengagihannya diputuskan oleh Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan (JPWIK). Jadi yang mana boleh dipercayai? Sekejap Mac kemudian April. Sekejap wang royalti kemudian wang ehsan. Sekejap JPP kemudian JPWIK.

Kami rakyat Kelantan tetap bersama YBM Ku Li mempertahankan hak dan daulat negeri Kelantan.

Wasalam.

Muara said...

Tuan Hj MSO,

Saya 'cemuh' (meluat) dah dengan sikap hipokrit orang politik, terutamanya orang2 besar UBN (orang PAS pun ada jugak peel hipokrit ni). Mereka ni bukan tak tahu tapi buat2 tak tahu. Mereka meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan/semangat pentadbiran dan pengurusan negara.

Adakah Tuan Haji tidak dapat melihat bahawa rakyat Malaysia (kita semua ni la) sekarang ini seolah-olah tok pakir (merempat dan melarat) di negara sendiri? Ini semua adalah disebabkan oleh sikap ahli politik yang saya sebutkan di atas tadi.

Tuan Haji,
Kadang-kadang saya tidak boleh menerima ahli politik negara kita sebagai PEMIMPIN NEGARA. Pada saya, mereka hanya layak kekal sebagai AHLI POLITIK sehaja. Adakah Tuan Haji bersetuju?

mohd sayuti omar said...

Sdr Muara saya setuju. Sudah lama saya merasakan ini sebab saya kurang percaya dan yakin dengan penampilan politik kita. Sebab itu satu mekanisme baru untuk memerintah negara diperlukan dan tidak hanya diharapkan kepada politician. Saya sudah katakan soal agama, bangsa dan negara tak boleh diserahkan kpd politician sebab semuanya mereka akan perdagangkan untuk kepentingan peribadi mereka.
Salam.