Sunday, September 9, 2012

Tradisi Rumah Terbuka Pas Diteruskan

RELEKS MALAM

Sudah menjadi amalan atau tradisi Pas Pusat mengadakan hari rumah terbuka sempena Aidifitri untuk membolehkan orang ramai dari berbagai lapisan masyarakat bertemu mata dan berjabat salam silaturahim dengan para pimpinan Pas. Majlis itu juga akan mengeratkan lagi hubungan pemimpIn, ahli dan penyokong Pas sesama mereka.

Tahun ini rumah terbuka Pas beralih tempat sedikit dari Taman Melawar ke padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru Kuala Lumpur dengan tuan rumahnya Pas Wilayah dan Pas Selangor.  Majlis bermula selepas Zohor jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang. Lebih 10,000 hadir majlis rumah terbuka berkenaan walau pun hujan turun rintik-rintik. Hampir semua pimpinan utama Pas hadir untuk beramah mesra dengan orang ramai dan juga pada tetamu khas dari parti komponen Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat mengepalai majlis ramah mesra dengan para tetamu bersama Presiden Abdul Hadi Awang, timbalannya Muhammad Sabu dan dua Naib Presiden Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Turut sama menyambut ketibaan tetamu ahli jawatankuasa kerta Pas, Dr Mohd Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mujahid Yusuf Rawa dan lan-lain.

Tidak ketinggalan yang hadir sama Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din, timbalan ketua Dewan Ulamak Ahmad Yaacob yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Turut hadir menyerikan rumah terbuka itu Penasihat Umum Keadilan, Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali. Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak ketinggalan hadir sama.

Berikut ada beberapa keping gambar yang sempat disambar oleh Galaxy note saya: [wm.kl.9:58 pm 09/09/12]
Sebahagian orang ramai yang hadir.
Orang ramai bersalaman dengan pimpinan.
Mahfuz sedang bersalaman dengan Dr Wan Suhaimi.
Pimpinan berbaris menyambut para tetamu.
Ahmad Yaacob sedang memperkatakan sesuatu kepada Arifin Mahmod.
Penasihat DAP Lim Kit Siang (kiri) bergambar sebelum menjamah juadah.
Pemuda pembela bangsa dan agama.
Orang kuat di sebalik rumah terbuka bersama Takiyuddin Hassan.
Pejuang dan pembela rakyat marhain, Mazlan Aliman.
Dari kanan: Nik Abduh, Dr Izani Hussein, Fatah Mahmod dan Dr Mohd Hatta Ramli.

No comments: