Wednesday, April 3, 2013

Sah Parlimen Bubar, Pilihanraya Tiga Minggu Lagi?

BERITA MUKTAMAD                                                                                                    

Najib Razak: Umum pembubaran parlimen dengan tenang.
Sah parlimen penggal ke-12 telah bubar. Baru sekejap tadi Najib Razak telah mengumumkan pembubaran parlimen ke-12. Pembubaran parlimen itu sesuai genap tempoh empat tahun Najib menjadi perdana menteri.

Sebelum berucap mengumumkan pembubaran parlimen secara langsung menerusi 'talibising' Najib telah menghadap Yang diPertuan Agong pagi tadi untuk menasihat Agong membubarkan parlimen.

Sehubungan itu pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari. SPR akan bermesyuarat paling awal esok sebaik menerima surat pembubaran parlimen. SPR akan mewartakan mengenai pembubaran parlimen kemudian akan menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Najib berharap ketua-ketua kerajaan negeri akan menghadap Sultan atau Raja dan Yang diPertuan Negeri untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan serentak.

Dengan pembubaran parlimen hari ini tamatlan spekulasi mengenai bila tarikh parlimen dibubarkan. Kini semua pihak dan parti yang berhajat untuk menyertai pilihan raya  perlu mengandakan usaha ke peringkat maksimunya. Lakukan dengan penuh profesional dan kita mengharapkan pilihan raya ke-13 berlangsung dalam keadaan aman dan jaya serta dalam ukhuwah demokrasi tulen. [wm.kl.11:47 am 03/04/03]

1 comment:

regretto said...

pecutan akhir ntuk parti2 bertanding bg memastikan kemenangan...