Thursday, May 15, 2014

Pas pujuk Mat Said ke Mat Said pujuk Pas?

ULASAN TENGAHARI                                                                        

Kata Ahmad Said atau Mat Said ketika dia "hilang akal" dua tiga hari lepas ada pemimpin Pas datang memujuk dia agar membuat keputusan cepat. Ketupusan apa? Dia juga kata kalau dia tak halang ramai lagi Adun Umno akan keluar parti menyebabkan Umno akan hilang kuasa memerintah.

Benarkah orang Pas yang pergi pujut Mat Said, atau sebaliknya. Kalau boleh Mat Said sebutlah seorang dua yang pergi pujuk dia itu. Atau pun dia sahaja yang berasan. Kita tidak yakin orang Pas jadi selemah dan sepelahap itu untuk pujuk Mat Said. Pas selamanya bermain politik cara baik dan politik munafik bukan cara Pas.

Apa yang didapati Mat Said ada hantar orang dia pergi berjumpa dengan orang Pas. Tetapi pihak Pas tidak berapa layan sebab tidak yakin kepada Mat Said. Mungkin kerana malu dengan keadaan itu dan untuk menghalalkan tindakan masuk balik Umno selepas tidak sampai 48 jam istyhar jadi bebas Mat Said kata Pas pujuk dia.

Mat Said sebenarnya tidak baca yang Najib Razak akan buat keputuan cepat untuk menukarnya dengan Ahmad Razif Abdul Rahman. Dia mengira Najib akan perlewatkan sebabkan itu Mat Said berdalih dan memberi alasan kerana kenduri kahwin anaknya. Tetapi Najib sudah membaca kilat dalam kilau.

Tahu-tahu Najib atur majlis angkat sumpah secara senyap dan Mat Said "selak terkangkang". Najib katanya tahu rancangan Mat Said yang dikatakan hendak bawa dua tiga orang Exco keluar Umno dan berpakat dengan Pas. Dari mana Najib dapat tahu itu kebijaksanaan Najib. Seorang perdana menteri tentu mempunyai info dari berbagai dimensi. Tetapi kalau bukan salah seorang Exco atau orang yang rapat dengan Mat Said memberi tahu, siapa lagi.

Katanya untuk mengelakkan nasi menjadi bubur Najib terpaksa lakukan pertukaran secepat yang boleh tanpa pun memberi tahu kepada Mat Said. Malam angkat sumpah MB Mat Said tidak hadir mungkin kerana tidak pun dimaklumi.

Kepada Mat Said jangan kerana projek gagal diletakkan kesalahan ke atas Pas. Bukankah Pas buat selama-lamanya tidak mempercayai kepada Umno. Apa yang dihitung Pas itu benar, belum sampai kering kain dijemuran Mat Said sudah masuk Umno semula.

Sementara itu Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat menafikan dakwaan Mat Said yang kononnya dia dipelawa menyertai Pas. Kata Saiful Pas memang tidak percaya kepada Mat Said kerana ia menjadi liabiliti.

"Pas tidak mengharap untuk membentuk kerajaan menerusi Adun lompat," katanya. Syabas Pas Terengganu kerana bersikap gentlemen. [wm.kl.12:39 pm 15/05/14]

No comments: